Isnin, Mei 04, 2009

Lelaki Membosankan?

Sebilangan perempuan lebih berminat menjalin cinta membabitkan hubungan seksual dengan perempuan, kelompok lesbian.

“Perempuan sebenar lebih bijak ‘melayan’ kehendak perempuan sebenar lain,” kata mereka.

Namun aktiviti sisi gelap lesbian tidak begitu menonjol berbanding kegiatan pengkid. Pengkid, perempuan berperwatakan seperti lelaki, gemar menggoda kaum berjantina sama. Mereka berani berpegangan tangan dan berpelukan di khalayak ramai, kononnya lambang bukti cinta sejati.

Perempuan lesbian dan pengkid, mungkinkah mereka bosan terhadap lelaki sehingga menuntut kasih sayang kaum sejenis?

22 ulasan:

  1. Perkara seperti ini telah lama berlaku semenjak zaman Kaum Luth lagi.

    BalasPadam
  2. Dunia dah nak kiamat...

    Jom ke blog saya yang sedang menanti kunjungan Sdr/i...

    BalasPadam
  3. Mungkin juga...tetapi pendapat saya ia boleh berlaku disebabkan oleh dua faktor.Pertama faktor sekeliling dan kedua faktor pengalaman.Saya suka sentuh bab pengalaman.Segelintir perempuan mempunyai pengalaman pahit yang dialami setelah diperkotak-katikkan kasih sayang yang luhur,tulus dan cinta oleh beberapa lelaki.Disebabkan pengalaman berdarah ini dengan kekuatan iman yang kian menipis menyebabkan perempuan mudah terjurus ke lembah lesbian dan pengkid.Itu pendapat saya...apa pendapat blogger yang lain.Terima kasih..

    BalasPadam
  4. harap lesbian jugak difatwakan HARAM seperti mana pengkid, dan mungkin sedikit sebanyak dapat menyedarkan individu itu sendiri

    BalasPadam
  5. entah la
    xbes2 lagi masalh ni
    entah bilew nak satel

    BalasPadam
  6. Masalahnya, adakah mereka BOSAN dengan sikap dan perangai lelaki?

    BalasPadam
  7. mungkin lelaki yang ada sekarng nie tidak berkualiti... tau menagih kasih tp tidak pandai menunaikan janji..

    cakap je lebih..tp masa untuk mereka kurang..

    lelaki yg hensem pulak jd gay.. yg xhensem pulak byk mati atas jalan je..

    lelaki yang berharta pulak kaki berkerja... lelaki yg relax pulak.. asal kuar pompuan gak yg keluarkan duit..

    lelaki nmpk je berani..dh terlajak perahu.. ade ke yg nk bertggjwab.. bg cadangan suruh gugurkan de la.. xde ciri jd pemimpin keluarga pun

    p/s- rapuan di pagi hari je bro.. cam mana plan mndi sungai tue

    BalasPadam
  8. aku snr nye ade sorg mmbr yg bcinte ngan kaum sejnis nie,,,die nie dak klantan,,,,so die bljr jauh nun di selatan...die cinte ngan kaum sejnis pown sbb asyk kecewa jerk ngan bf2 die dlu...2 pasal ler die kapel ngan pompuan...aku pown da xtau cam ne nak nasihat die....

    BalasPadam
  9. ada pasangan lesbian yg acu kenal berkata..(erk mcm skema lak ayat nye..)

    "aku ada ramai abg..boleh dikata kan semua nye pasang 2-3 pompuan..tu sebab aku pilih jadi lesbian sbb tak nak dimain kan lelaki mcm mana abg aku buat pd gelfren2 dia..."

    BalasPadam
  10. MUNGKIN SEBELUM INI, MEREKA PERNAH BERULANG KALI PUTUS CINTA DAN KECEWA DENGAN LELAKI, LALU BERALIH ARAH PADA HUBUNGAN SEJENIS.

    MUNGKIN JUGA FAKTOR KELUARGA ATAU PERSEKITARAN.

    BalasPadam
  11. ramai yg komen sebab pernah dikecewakan oleh xbf masing2. ada benarnya. saya setuju.!! tapi boleh juga kalau saya katakan perkara ini terjadi kerana tiada pemantauan dari peringkat awal. masyarakat, ibu bapa, guru, dan G seharusnya sedar perkara ini dari awal lg. bila ada petanda perkara ini akan terjadi, langkah PEMBASMIAN 100% perlu segera. apa yg terjadi sekarang, kita hanya leka dan asyik bercerita. bila sudah melarat kita bising bersuara. bila sudah menjadi barah dlm masyarakat, kita terus saja menuding jari menyalahkan orang dihadapan kita. wallahualam.

    BalasPadam
  12. Saya lihat budaya masyarakat Malaysia yang macam dah accept fenomena ini. Sebab itu sukar nak ditangani kerana di negara kita ini budaya lagi power ikutannya jika dibandingkan dengan ikutan pengangan tiang agama kita.

    BalasPadam
  13. sy sokong komen saudara 'framestone'
    kualiti makin lame makin rendah sbb sumer nk ikot sgt ngan cara barat,dari segi perangai mahupun pakaian hingga lupa psl larangan agama..berpegangan tgn la,'ringan2' la,dh terlajak xnk ambik tanggungjwb..kata2 x terjaga,perangai cam macho tp hampeh..
    myb tu sbb diorang bosan dgn lelaki & berpaling ke kaum sejenis
    yg perempuan pon boleh dikatakn shortsighted jgk dlm hal ini sbb xnk menilai & mudah sgt terkulai ngn pujuk rayu si laki,dh terhantuk baru terngadah,lps tu trus x caye sumer laki,pusing kat pompuan lak..
    konklusinyer,kuatkn la pegangan agama dlm hati,wallahualam
    -peringatan jgk kat diri ini yg selalu alpa-

    BalasPadam
  14. perempuan yang terjebak dalam perkara macam ni sebenarnya mereka ni semua tak berpijak di bumi nyata.
    tak bersyukur dengan kurniaan Tuhan!!!

    BalasPadam
  15. bukan bosan dengan perangai lelaki.. Kecewa dengan cinta mungkin adalah sebab utama mereka berubah hati. Apapun,balik lah ke pangkal jalan.. Ada ramai lagi lelaki yang baik dan boleh menyintai diri mereka..

    BalasPadam
  16. kadang-kadang saya gelihati melihat perwatakan pengkid ni..kebetulan ada beberapa orang pengkid di tempat kerja saya dulu...cara diorang berpakaian lelaki memang mengalahkan lelaki juga...hehe

    BalasPadam
  17. jangan kita meniru lelaki dan sebaliknya..itukan haram..
    ALLAH jadikan manusia sebaik2 kejadian...jgn sampai Allah turunkan bala..mcm kaum nabi luth a.s..nauzubillah..dan tsunami..lagi nauzubillah..nak kena bala bukan sorg2 dia..tp yg tak bersalah turut jadi mangsa..fikir2kanlah..dan renung2kanlah..

    BalasPadam
  18. Masalahnya, adakah mereka BOSAN dengan sikap dan perangai lelaki?

    jawapan... mungkin ianya juga betul memandangkan ramai lelaki zaman ini tidak boleh diharap kerana tidak berjaya di dalam pelbagai bidang terutamanya agama. ditambah pula isu rempit, sex bebas, gay & gangsterisme.

    tetapi, itu semua alasan yg direka kerana nak menghalalkan cara. perempuan dicipta utk lelaki. jika pegangan agama tidak kuat, inilah jadinya.

    kesimpulan, kuatkuasakan undang2 syariah dgn lebih ketat. laksanakan hukuman dikhalayak ramai.

    BalasPadam
  19. Bro maz..,berkenaan persoalan apakah mereka ni bosan ngn lelaki rasanya ialah...mungkin mereka dah merasai kepayahan atau kerumitan bila berada disamping orang bernama lelaki atau mungkin gak mereka pernah melihat keluarga atau saudara terdekat bagaimana masaalah terpaksa ditanggung bila berdekatan dgn lelaki

    BalasPadam
  20. berdasarkan pemerhatian saya selama ini (saya mempunyai kawan2 yg bercinta sesama jenis termasuk lelaki dan perempuan)antara sebabnya wanita lebih cenderung utk memilih pasangan sama jenis bukanlah kerana lelaki itu membosankan...

    antara sebab utamanya ialah... kekurangan role model yg baik daripada seorang wanita... dengan kata lain... golongan lesbian/pengkid ini kekurangan role model daripada seorang perempuan terutama seorang ibu... ataupun dalam keluarganya mempunyai saudara/adik beradik lelaki...disitu mereka cuba mencari kasih sayang daripada wanita lain... dan akhirnya menyebabkan mereka bercinta sesama jenis...

    selain itu, 'dendam kesumat' terhadap lelaki- kemungkinan semasa kehidupannya lalu, wanita lesbian ini mempunyai pengalaman yg pahit dengan lelaki... boleh jadi dia pernah dirogol, pernah dilukai secara psikologi dan juga fizikal... lebih lagi kalau penderaan itu datangnya daripada orang yang sangat rapat hubungannya wanita berkenaan... keadaan ini menyebabkan mereka tidak percaya dengan lelaki dan sekaligus menutup pintu hati mereka terus dan lebih rela bercinta sesama jenis...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.