Selasa, Mei 19, 2009

Samseng Jalanan

Hari ini secara rasmi Pasukan Polis Di Raja Malaysia berkuatkuasa serta merta menggantikan gelaran ‘Mat Rempit’ kepada ‘Samseng Jalanan’.

Dari aspek psikologi, label Mat Rempit membuatkan kelompok menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya berasa bangga dengan tindakan mereka. Menganggap diri hero, pelbagai aksi bahaya mereka pertontonkan kepada orang ramai.

Bersama kita lihat, adakah penukaran gelaran itu bakal membuatkan samseng jalanan tersedak dan berasa malu menampilkan diri mereka di jalanraya seluruh negara.

17 ulasan:

  1. xsedap la pulak.. kne dapat nama len yg sesuai dgn dorg...

    mybe "bakal jenazah jalanan" sesuai kot

    BalasPadam
  2. Gelaran samseng jalanan itu memang tepat dan sesuai sekali utk menggantikan mat rempit. Setuju..

    BalasPadam
  3. setuju kalu gelaran mat rempit tu ditukar kepada samseng jalanan...

    Katakan BENCI kepada Mat Rempit!!

    BalasPadam
  4. ada golongan yg malu dan ada yang tidak..kategori remaja byk sifat, tapi kalo ada HUKUMAN yang boleh beri SERIK n SEDAR (kena tanya pakar)..mungkin kesan maksima..

    BalasPadam
  5. Ya, saya setuju dengan penukaran gelaran itu.Saya memang sudah lama memikirkan bahawa istilah 'Mat Rempit' itu terlalu sempit bagi mereka, kerana mereka melakukan banyak kejahatan lebih dari sekadar merempit di jalanan.Mereka terlibat dalam jenayah dan cenderung ke arah jenayah. Gelaran 'SAMSENG' adalah lebih tepat dan bernas.

    'BELIA BENCI SAMSENG'


    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  6. mereka ini (golongan mat rempit/samseng jalanan) perlu diberi peluang untuk mengisi waktu terluang... mereka mungkin bosan di malam hari dan mereka hanya ada motor untuk berhibur... tiada duit untuk ke pub atau disko (contoh... kan orang dewasa ada duit... situ pulak tempat lepak golongan yang berduit...)... apa kata adakan aktiviti di kawasan perumahan mereka... ahli JKK kena ambil perhatian nih... ketua kampung ke... sentiasa adakan aktiviti... baru lah mereka tak bosan dan nak merempit atau jadi samseng...

    BalasPadam
  7. sudah agak telambat, mungkin sebab dah teruk sangat baru nak terfikir. kalau dari dulu lagi buat benda ni mungkin dah lama selesai. camne pun semua pihak kena beri kerjasama untuk tidak mempopularkan lagi istilah mat rempit. jangan sekadar melepas batuk di tangga.

    ni ada beberapa idea dari pakar psikiatri:

    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=411609

    BalasPadam
  8. mat rempit dan samseng jalanan macam ada beza sikit la. rasanya tak semua samseng jalanan merempit..yang drive kereta pun ramai yang samseng..

    BalasPadam
  9. bagi la ape nama sekali pun. tetap sama. bilangan yang merempit semakin ramai. malah budak-budak sekolah apabila ditanya ada yang bercita-cita ingin menjadi mat rempit.

    perkataan "REMPIT" itu sendiri sudah sebati dengan jiwa mereka. adakah anda semua ingat dengan menukar gelaran tu mereka hairan sangat? hmm... tolonglah rakyat malaysia. jangan terlalu "SKEMA" sangat...

    BalasPadam
  10. nama paling sesuai...... hantu jaalanan atau bar.. jalanan

    heranya bangsa melayu yang ramai.

    bila ditayang video klip pesalah kena sebat kepada pelajar...ngo bantah

    bila tunjuk video klip mat rempit terputus dua...ngo kata sadis sangat

    bila nak ketuk sikit. NGO kata TAK BOLEH.....tapi NGOP tak bagi cadangan bagaimana nak atasi masalah ini?

    BalasPadam
  11. apa dah jadi dengan nama mat cemerlang yang pernah diwar-warkan dulu? apakah tidak di praktikkan secara meluas, kenapa masih mengekalkan nama mat rempit...?

    BalasPadam
  12. ..Memang patut jadi SAMSENG JALANAN. Hanya samseng yang tak fikirkan keselamatan/kesejahteraan orang lain..
    Seperkara lagi, cerita2 yang sealiran dengannya patutnya jangan dibenarkan tayang seperti Impak Maksima dll..

    BalasPadam
  13. dikg saya gelaran utk mat rempit ialah 'mayat hidup' ok tak..??

    ok laa tuu..! :p

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    Pada hemat saya

    Tukarlah berapa kali pun 'term' atau 'gelaran' atau 'Istilah' yang di kuatkuasakan oleh Pihak PDRM dan Dewan bahasa dan Pustaka,

    Hasil dan implikasinya tetap sama.

    Saya sebenarnya menyokong apa yang dikatakan oleh tetamu 360 dalam isu 'Rempit' baru baru ini.

    Jika orang suka Main Golf
    - ada padang golf

    suka Karaoke
    - ada Kotak Merah

    suka bersukan
    - ada trek

    suka makan
    - ada restaurant

    suka memancing
    - ada kolamnya

    suka aktivity lasak
    - ada out-bound school

    Tapi jika 'suka merempit'
    - mana treknya?????

    Cadangan dari pihak kita ialah: - Kita minta pihak Berkuasa bina trek khas untuk mereka merempit dan tunjuk bakat

    Kalau degil jugak, barulah di ambil tindakan sewajarnya.

    Setuju???

    Klau setuju mari kita jumpa Tan Sri Musa Hassan dan mereka yang berkuasa dalam hal ini.

    Sekian terima kasih

    Wasalam

    BalasPadam
  15. Abang Mazidul, ape kata kita war2kan satu nama lain yang lagi best iaitu "penyangak jalan raya". Bila dah biasa dlm sebutan masyarakat, baru diorg malu.

    Sepatutnya mat rempit ni ditarik lesen memandunya bagi yang berlesen dan disenarai hitamkan dari mengambil lesen bagi yang tiada lesen. Tapi lesen class D dan ke atas dikekalkan. Automatically diorg takkan menunggang motosikal lagi sebaliknya bekerja keras untuk mendapatkan kereta. Baru la tak menganggur. Bila menganggur ni la masalah ragut makin berleluasa.

    -nasri, damansara

    BalasPadam
  16. samseng jalanan atau mat rempit menurut perhatian saya berubah waktu merempit lebih ke ahad petang menurut kawan saya...ini menunjukkan bukti bahawa anjing2 jalanan ini yang berebut satu makanan(RESPEK) ini x akan berubah...pelik??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.