Khamis, Mei 28, 2009

Ah Long Anjing

“Ada tiga mangsa ah long, kena kurung dalam rumah, kena ikat macam anjing!,” lapor jurukamera menghubungi saya jam 5 petang semalam.

“Awak di mana?,” tanya saya.

“Serdang,” jawabnya.

Lokasi mangsa berbangsa Cina, berusia antara 29 dan 45 tahun diselamatkan, bilik sebesar tandas di Jalan PBS 14/2, Pusat Perindustrian Bukit Serdang, Selangor. Kaki, tangan dan leher mereka diikat menggunakan rantai besi ke tiang. Ah long memberikan mereka makan roti dan minum air paip selama tempoh 'dipenjara', jika bising, dibelasah. Mereka diperlakukan sebegitu akibat gagal melunaskan hutang berjumlah antara RM1500 dan RM4000. Mangsa diselamatkan 3 jam selepas polis menahan dua ah long berusia 30 dan 33 tahun di Serdang Raya.

Jika dilihat, sebelum ini ah long bertindak menampal gambar peminjam di kawasan berhampiran rumah bertujuan memalukan mereka kerana gagal menjelaskan hutang dan bunga berlipat ganda. Selain daripada itu, ah long dilaporkan menyimbah rumah dan kenderaan peminjam menggunakan cat pelbagai warna.

Kini, tindakan ah long semakin berani. Mereka mampu menyeringaikan taring kerana tindakan acuh tidak acuh pelbagai pihak. Ah long saya lihat masih bebas menampal poster dan banting tanpa mengira lokasi, menawarkan khidmat pinjaman mereka, majoriti dipercayai berselindung di sebalik syarikat pemberi pinjam wang berlesen.

Dalam mendepani krisis ekonomi, semakin ramai mencari jalan mudah mendapatkan bantuan kewangan samada golongan marhain mahupun ahli perniagaaan. Mereka mendakwa sukar mendapatkan pinjaman ditawarkan institusi kewangan berikutan syarat ketat dituntut.

Secara peribadi, saya berasa muak mendengar masalah berulang tidak berkesudahan ini. Media khususnya berulangkali memaparkan kes membabitkan jenayah kekerasan ah long tetapi setakat ini tidak mendapat perhatian wajar pihak sepatutnya menangani masalah timbul.

Tunggu, sehingga ada nyawa terkorban, ketika itu pihak berkuasa bakal terhegeh-hegeh bertindak menggubal undang-undang diperlukan bertujuan membanteras kegiatan ah long.

[ Gambar: Berita Harian ]

24 ulasan:

  1. Hendak seribu daya, kita mempunyai mekinisma untuk membenteras aktiviti along. kita mempunyai cukup Undang2, unsur2 dan badan2 kawalselia. Memang ramai orang dah jelak memdengar isu ini. Media masa telah memainkan peranan yang cukup baik. Tetap hingga hari ini tindakan along semakin zalim. Mereka seolah2 mencabar, dan pihak berkuasa seolah2 dah tak kuasa. Kita tak boleh salahkan peminjam kerana tawaran ada dimana2 dan mereka peminjam bersebab. Cuba kita berfikir di luar kotak pemikiran kita, memgapakah isu ini tidak boleh diselesaikan?. Tidak ada isu yang tidak dapat diselesaikan jika ia melibatkan orang biasa.

    What say you?

    BalasPadam
  2. Bank konvensionalpun apa kurangnya dengan faedah (riba') yang berleluasa hingga menidakkkan syara' itu sendiri dan masih menggunakan matawang kertas tidak mahu kembali semula kepada matawang dinar emas yang jauh lebih kukuh dan adil.

    BalasPadam
  3. en mazidul..

    problem manusia ni bila dah meminjam pandai-pandai lah bayar balik..

    tgk mcm PTPTN..sehingga nama list kat news paper pun tak reti-reti nak bayar jugak..

    sy rasa kalo kita tak mampu nak bayar jgnlaa terasa 'gatal' jer hati nak meminjam.

    ramai peminjam along ni dikalangan mereka yg berjudi sbb ketagihan..

    tak adil nak salahkan along jer sbb dorang ni baik hati kasi org susah pinjam duit..betul tak??

    "kita tolong orang tp kita yg disalahkan.." combi pernah dgr pengakuan seorg along ditv satu masa dulu :)

    ................

    ada kwn2 combi bergosip..org kita kalo nak pinjam duit muka manis mcm gula..bila dapat duit ghaib entah ke mana..jumpe buat2 tak kenal jek :p

    sendiri mau ingat laa beb..!

    BalasPadam
  4. salam..Bg ana ini suatu perbuatan melampau.. Bukan tak nak bayar tapi kemungkinan besar mereka tiada duit untuk membayar sebab tue laaa perkhidmatan ah long digunakan.., bg ah Long yang tak sabar nak kutip duit walaupun peminjam takder duit plesss tutup syarikat. Jangn duk sibuk pekena owang sampai jadikan owang macam anjing. Kepada owang Melayu yang rata2 merupakan pelanggan ah long terbesar henti2kan meminjam duit daripada ah long... Better try cakap ngan keluarga terdekat untuk pinjam duit. Atleast mereka ada tolak ansur. kalo ah long ni dah tentu takder tolak ansur. lps pinjam daripada sedara mara tahulahh bayar balik jangan buat derrrkkk jerrr...mmng la next day, years n bila2 pun diorang tak dapat nak bg kepercayaan lagi...bg syarikat saya yang kebanyakan menyelesaikan kes ah long ni, bila saya lihat ah long ni baik jer datang ke syarikat kami. tapi rupanya hampesssssssssssss.....

    BalasPadam
  5. Saya ada tengok keadaan mangsa2 tersebut di kaca tv...pertama kali saya melihat realiti sebegitu rupa di Malaysia. Memang sah, si ah long ni memang sanggup buat 'apa sahaja' untuk membuatkan hutang mereka dibayar..ugut,culik,pukul,kurung,dera dan bunuh pun mereka sanggup.

    Si mangsa pun salah juga, sudah tahu risiko meminjam dari ah long, tetapi masih berani pinjam juga. Pinjam duit ah long untuk bayar hutang ah long..bertambah-tambah masalah..


    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  6. teringat jiran sebelah umah yg berhutang dgn ah long...habis perniagaan, keta mewah dan rumah ditarik balik oleh bank..anak2 terpaksa berenti sekolah dan bekerja membayar hutang ayahnya yg dikatakan berjudi di genting..ah long pula jenis yg berkereta mewah dan tidak menghormati org sekeliling. menjerit bergaduh meminta wang sedangkan masa itu rumah saya sedang membuat kenduri arwah..patutnya org yg berhutang dgn ah long ini pun dikenakan tindakan...

    BalasPadam
  7. berbalik kepada peminjam itu sendiri. kalau peminjam itu tidak meminjam dari Ah Long, mereka tidak akan diseksa sebegini rupa. kalau kawan kita pinjam duit kita pun kita akan bising juga.

    BalasPadam
  8. ah long semakin berani kerana pihak berkuasa semakin kecut..! polis hari ni sibuk menjaga kepentingan orang politik..! kenapa tak ISA kan saja ah long tu..??? bukankah ah long tu lebih merbahaya dari orang-orang yang sedia ada di dalam kem kamunting tu.?

    BalasPadam
  9. Ayat terHEGEH-HEGEH tu lembut sangat.
    Nak seribu daya tak nak seribu dalih, tokey Along pakai pager pakai Walkie talkie.

    Orang akan berkata/pelek kenapa lalang tumbuh, dakwaan sudah disembur racun,ingat tak kerja kan. Tetap orang tak percaya.
    Tapi jika lalang tak tumbuh kemeudian bagi tau orang tak kerja.Orang tak laa bising/pelek sangat.

    BalasPadam
  10. 29 Mei 09, PM meluahkan rasa terkejut berikut tindakan ah long terbabit.

    Diharap pihak berkuasa melaksanakan tindakan mencegah lebih efektif.

    BalasPadam
  11. Saya tidak punyai bukti, tapi pada pandangan saya, ah long asalnya adalah perompak, penyamun ataupun lanun. Bila duit dan harta hasil kerja haramjadah sudah berlambak, mereka menyamun dan melanun cara halus pula; memberi pinjaman dan mencekik darah. Kalau merompak cara ganas, mungkin nyawa melayang tertusuk peluru polis. Nak tangkap depa ni senang saja. Kalau ada risalah yang diletakkan di viper kereta atau kusyen motosikal atau poster yang dilekatkan dipokok/bangunan, segeralah polis menyamar. Pasti boleh tangkap. Cuma mau dengan tak mau saja!

    BalasPadam
  12. kalau stakat PM terkejut tpi pihak berkuasa setakat pandang2 lihat2 saje pun tak boleh jadi...ataupun ada dikalangan pihak berkuasa yg terlibat memberikan perlindungan??

    BalasPadam
  13. Ah long sekarang ni dah jadi ancaman kepada masyarakat...pihak berkuasa perlu buat sesuatu...jangan berpeluk tubuh sahaja...

    http://azrulhisham.blogspot.com

    BalasPadam
  14. saya sangat dengan encik mazidul!
    muaknya dengar masalah..
    penyelesaian macam kabur ja...
    huh...

    BalasPadam
  15. Ramai dah jd mangse along ni. walaupn pihak media dah menyiarkan bermmacM2 kisah kotor ah long..kalo dulu ahlong bergerak naik motor brhelmet full face bawak beg galas..org cakap dalam beg tu penuh dgn duit,tu cerite dulu..org kampung pun tau,xkan pihak berkuasa masih tak tau lagi kot..dah berpuluh tahun cerite ni bermain2 di segala bibir akhbar dan tv..ape tindakan nye?yg terus jd mangsa ialah org kite jugak..cakap nak utamakan rakyat,tapi..............ape dah jadi?

    BalasPadam
  16. Assalamualikum

    Dulu tak pulak dengar cerita-cerita along ni tapi sekarang lain pulak cerita. "Zaman dah berubah..." iklan sebuah rancangan..

    Dulu tak de lesen sekarang along diberi lesen...

    Kan elok kalau tak diberi lesen Dalam kes ni kementerian yang memberi lesen perlu buat tindakan

    BalasPadam
  17. dia buat mcm negeri sendiri je, tangkap orang pas tu sumbat dldm bilik kurungan, bg makan sehari sekali, mcm haram je.

    BalasPadam
  18. salah yang berhutang juga.. dah tahu along mcm mana kenapa berhutang jugak..

    BalasPadam
  19. masih ade ek org cemni...takutlah..cemanalah keluarga org tu..

    BalasPadam
  20. kes ini memberikan kesan POSITIF terhadap memerangi ALONG..negeri JOHOR sudah mula bertindak..negeri lain bila lagi.terima kasih media masa..

    BalasPadam
  21. saya dengar, kalau pinjam sepulu ribu, kena bayar sepuluh ribu tepat-tepat sewaktu proses pembayaran semulapinjaman. tapi kalau tak mampu kena bayar seratus lebih sampai si peminjam ada jumlah 10 ribu di tangan dan membayar penuh maka hutang itu akan langsai, di sini nampak sangat satu penindasan dan mengarut!

    BalasPadam
  22. salam ,

    kalau kita pantau , Media masa jenis surat khabar byk memaparkan iklan pinjaman dari ah long . Sokongan padu dari media masa akhbar lebih byk memberi info berkenaan isu syarikat "berlesen" . Media lebih ghairah dalam mengiklankan iklan yg berbayar daripada memikirkan soal risiko yg akan dihadapi oleh orang2 malaysia . Apa yg boleh kita buat ? yang bijak selamat , yang kurang bijak bagaimana?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.