Sabtu, Mei 16, 2009

Kawal Motosikal

Definisi ‘Mat Rempit’, mereka menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya, bercangah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kebanyakan cadangan saya terima melalui SMS menyarankan Mat Rempit diberkas pihak berkuasa dimestikan menyertai angkatan tentera bertujuan lebih mendisiplinkan mereka. Masalahnya, dalam operasi pernah saya sertai, sebilangan anggota pasukan keselamatan terbabit juga ditahan merempit.

Sebilangan mencadangkan, Mat Rempit ditahan, dihantar ke unit kecemasan hospital untuk mereka melihat sendiri keadaan mangsa kemalangan parah. Senario dipertontonkan diharap dapat menimbulkan keinsafan di kalangan mereka sekaligus memberhentikan tindakan pendek akal diamalkan. Logiknya, hospital sibuk, justeru kehadiran puluhan Mat Rempit di lokasi sama pasti akan lebih memeningkan doktor dan kakitangan menjalankan rutin mereka.

Ramai turut menyalahkan pengeluar filem dan drama. Kata mereka filem dan drama antaranya, ‘Bohsia’, ’Rempit Vs Impak Maksima’, ‘Rem-it’ dan ‘KL Menjerit’ mengalakkan remaja menunggang secara melulu di jalanraya. Adakah dakwaan itu bermaksud, tayangan filem berunsur ganas dan peperangan seperti ‘Rambo’ terbukti mendorong remaja membunuh? Hemat saya, kejadian menembak rakan sekolah di Amerika Syarikat berlaku kerana kecuaian keluarga mengawal penggunaan senjata api milik keluarga di kalangan remaja.

Sekaligus, saya bersetuju dengan kenyataan penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim. Menurut beliau, motosikal digunakan remaja, milik ahli keluarga kerana mengumpul wang bertujuan untuk membeli motosikal bukan amalan remaja di bawah usia 18 tahun. Keluarga harus berfikiran lebih kritis. Membenarkan remaja menggunakan motosikal pada waktu malam hingga ke dinihari dengan alasan untuk bersiar-siar harus ditolak. Majoriti mereka jelas melakukan kegiatan terpesong.

Jika penggunaan motosikal di kalangan remaja dikawal keluarga, mungkinkah gejala rempit dapat dikurangkan?

17 ulasan:

  1. Boleh untuk dikawal keluarga tetapi peruntukan undang undang perlulah ada misalnya pemilik motosikal berumur 21 tahun kebawah mestilah menggunakan nama ibu atau bapa mereka sebagai penjamin sekiranya terdapat apa masalah.. Berikutan itu sekiranya mereka ditangkap atau menerima kecelakaan ibu bapa akan dipertanggunjawabkan ke atas hal ini. Misalnya sekiranya remaja tersebut ditangkap atau disaman. Saman tersebut perlulah dikenakan juga kepada penjamin.. ini bermakna dua kali saman.

    Selain itu juga sekiranya bersalah lesen penjamin boleh ditahan beserta dengan si pesalah juga. Dengan cara ini mereka akan beringat sedikit sekiranya tindakan mereka itu akan melibatkan keluarga mereka juga.

    Adajuga pendapat seperti di Negara asing iaitu khidmat sosial dimana mereka dihukum melakukan kerja amal dngan diletakkan baju atau tag yang menyatakan kesalahan mereka. Dengan cara ini mengajar mereka erti malu dengan tindakan yang mereka buat. Yang pentingnya bukan duit menjadi masalah tapi peraturan yang masih lemah..serta wajar dipinda.

    BalasPadam
  2. kalau dulu lepas waktu maghrib sememangnya mak bapak kita tak bagi keluar rumah mahupun menggunakan motor/kereta melainkan keluar dengan diorang.

    BalasPadam
  3. hanya segelintir besikap sebegini.. harus difikirkan juga remaja yang bersahsiah.. sperti ianya akan mendatangkan masalah sekiranya terlalu diperketatkan..
    semua ini ialah tanggungjawab ibubapa.. x perlulah diberi kebenaran kepada anak2 yang ingin menggunakan motorsikal pada larut malam.. ada juga sesetengah ibu bapa yang terlalu sayangkan anak2 hinggakan sanggup memberi anak2 yang di bawah umur memandu motorsikal...

    BalasPadam
  4. pada pndpt sy, kalo nk bendung gejala buruk nih bukan senang...
    tapi kita boleh kawal...
    cuba kita fikir punca mslh ni...
    mmg faktor utama dr kwn...
    tp punca kwn nya dr mana pula...
    ada sesetengah kajian mendapati merempit juga berpunca dr media masa...
    cuba bygkn berapa bnyk filem malaysia yg berkisar mengenai rempit...
    bg bhs pasar, budak baru nak naik senang sgt terpengaruh dengan filem itu...
    bagaimana jika perfileman malaysia tidak meluluskan cerita berkisar rempit seperti kl menjerit,remp-it dan bohsia untuk dilakonkn...

    BalasPadam
  5. Pertama kalinya......Gua RESPEK ngn pengalisis Jenayah ( Saudara Kamal Affandi Hashim )

    Memang cadangannya....Gua rasa yang Terrrrrrrrrrrrbaik dari banyak sudut!!!!! Beliau selalu Turun Padang untuk mengkaji pelbagai masaalah Jenayah....
    Kawal Motosikal tuh!!!

    Pak Chu Car nyer cadangan ponk sya sker gak
    hehehehhe

    BalasPadam
  6. Salam.. betol.. keluarga yang kawal~ saya tertarik gak dengan cadangan yg diberikan.. mmg wajar..

    satu lagi, apa yg ditonton juga menjadi dorongan untuk para remaja mencuba sesuatu..terutamanya remaja yang menonton tv melebihi 4jam secara terus-menerus.. remaja masa kini bukan kata 4 jam.. tapi terlebih suda~kehkehkeh~ kalo nak tau lebih lanjut ble baca-Albert Bandura dalam teorinya pembelajaran sosial mengenai pembelajaran melalui menonton tv@filem~

    BalasPadam
  7. jika keluarga tak sanggup kawal kena bagi pihak keselamatan yg kawal..

    tangkap sita terus..

    BalasPadam
  8. Saya rasa kita terlalu banyak membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk membuat "exception handling".

    Kalau dalam sistem komputer, "exception handling" selalunya ada dalam bentuk report sahaja. Selalunya ada bahagian operasi yg tengok2 report ini, adakalanya diendahkan sehingga boss tanya.

    Gejala Mat Rempit ini salah satu "exceptions" dalam masyarakat. Macam mana nak "handle"? Buat report dalam paper aje sekiranya berlaku kemalangan atau pun ada kes tangkapan.

    Usah bazir tax payers money to handle for these exceptions.

    My 2 cents.

    ManB

    BalasPadam
  9. waaa..
    encik azman sudah seperti object oriented proggramming lecturer...

    kepada encik zeqzeq, xkn semua mslh kita nk rujuk pada pihak keselamatan sahaja...
    setiap individu perlu menyumbang...
    kita boleh buat persatuan...
    persatuan ini dibuat untuk memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada remaja supaya tidak terjebak kepada merempit...
    sebagai contoh seperti matlamat asal pertubuhan pekida yg meengamalkan amar maaruf nahi munkar...
    kegiatan mereka amat berhasil biler adanya kerjasama...
    bukannya semua bergantung pada jabatan islam setiap negeri dan jakim shj...

    BalasPadam
  10. betul...saya setuju penggunaan motosikal dikawal oleh ahli keluarga terutamanya ibu bapa...

    BalasPadam
  11. Cadangan saya :
    1. Modul silibus kelas memandu mungkin boleh dirombak semula selaras dengan perkembangan semasa
    2. Penguatkuasaan akta undang-undang juga perlu dikaji semula, yang mana boleh ditambah hukumannya
    3. Pengharaman aksesori modifikasi motosikal(yang melebih2) boleh juga dilakukan
    4. Operasi membanteras mat rempit ini seharusnya berterusan sehingga bila-bila..

    BalasPadam
  12. pada pendapat sy,mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala rempit..akan tetapi peratusnya cukupla sedikit..anak muda sekarang nie xmacam org dlu2..tngok sahaja kes yg ada sekarang,anak pukul ibu,tembak ibu dan macam2 lagi.Tapi sedikit sebanyak dapat juga membendung masalah mat rempit..Malu pn rasa 95% mat rempit dari bangsa Melayu bila hal nie kawan2 dari kaum bukan melayu bercerita perihal anak2 melayu.. :( secara tdk langsung mencemarkan imej org melayu..

    dari,
    nan_travolta

    BalasPadam
  13. kalau anggota Polis yg menyamar, pihak polis yg menangkapnya tapi bila anggota Pekida yang menyamar siapa yg berhak buat aduan?? satu kerja Polis pulak

    BalasPadam
  14. Sokong Zwairy - TV dan filem memainkan impak besar kepada masyarakat. Percayalah hakikat ini. Secara tidak langsung, apabila anak-anak muda disogokkan dengan filem-filem rempit saban hari tanpa pengajaran yang jelas. Mat rempit di tunjukkan sebagai HERO JALANAN. Lainlah kalau filem itu seperti Gerak Khas (filem kepolisan) yang membenteras rempit...ini lebih jelas pengajarannya berbanding dengan filem yang mengagungkan rempit seperti KL Menjerit, Remp-it dan Bohsia....jodol filem sendiri sudah menangkat mereka sebagai HERO sama taraf seperti BATMAN, SUPERMAN, THE FLASH dsb...
    Mengenai RAMBO, ia satu filem HERO yang jelas. HEROnya adalah RAMBO dan beliau bukan seorang penjenayah yang membunuh membabi buta, tidak seperti MAT REMPIT yang sudah diangkat MERTABAT MENJADI HERO...

    BalasPadam
  15. dalam
    http://en.wikipedia.org/wiki/Mat_Rempit

    sudah tersenarai filem2 yang mengagungkan rempit:

    * GILA - GILA REMAJA (1984)...
    * ALI SETAN (1985)
    * LITAR KASIH (1996)
    * KL MENJERIT (2002)
    * KL MENJERIT 1 (prequel of KL Menjerit; 2005)
    * REMP-IT(2006)
    * Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)
    * Remp-It V3 (2009)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.