Selain menunggang secara melulu dan berbahaya, setakat ini Mat Rempit dilaporkan terbabit mencederakan pengguna jalanraya, membunuh, merogol dan bergaduh sesama mereka.
Justeru, ada pihak serius mencadangkan mereka disebat jika berjaya ditahan pihak berkuasa. Andai dipenjara, kerajaan jelas membazirkan wang cukai dikutip daripada rakyat untuk menanggung kos penahanan Mat Rempit terbabit.
Saya percaya jika hukuman itu diluluskan, majoriti mereka bakal disebat, remaja Melayu bukan bangsa lain.
Terfikir, mengapa anak Melayu merempit?
Justeru, ada pihak serius mencadangkan mereka disebat jika berjaya ditahan pihak berkuasa. Andai dipenjara, kerajaan jelas membazirkan wang cukai dikutip daripada rakyat untuk menanggung kos penahanan Mat Rempit terbabit.
Saya percaya jika hukuman itu diluluskan, majoriti mereka bakal disebat, remaja Melayu bukan bangsa lain.
Terfikir, mengapa anak Melayu merempit?
Fenomena Mat Rempit ni memang amat merisaukan dan membahayakan orang ramai.Kalau dibiarkan kelak mungkin akan menjadi satu budaya.Mat Rempit ni merupakan kumpulan samseng zaman moden yang mempunyai kenderaan.Kalau samseng zaman dahulu mungkin mereka naik kuda atau unta.Ditambah dengan pengaruh dadah dan seks bebas maka amat-amat lah menjadinya perangai mat rempit ni.Mat rempit ni hanya berani jika mereka ramai.Kalau berseorang mereka ni takut seperti tikus.Kalau ditangkap polis ada jugak yang menangis.Kesimpulannya fenomena Mat Rempit atau FMR ini harus dibendung segera kerana ianya semakin menular dan mengganas..PEACE
BalasPadamMengapa anak Melayu merempit?
BalasPadam1. Bertindak tanpa berfikir
2. Kurang perhatian dan kawalan ibu bapa.
3. Kebanyakan yang merempit mudah dipengaruhi rakan sebaya
4. Taraf SES yang rendah: Tinggal di flet sempit, rumah setinggan
5. Kurang didikan agama
Berbanding bangsa lain, remaja Melayu obses dengan rokok, motor dan awek (pasangan wanita). Sikap beginilah yang membawa kepada perkembangan budaya rempit yang merugikan kita semua.
Pahit untuk diterima, tapi itulah hakikatnya.
p/s: Saya amat bersetuju dengan hukuman sebatan yang bakal dilaksanakan.
tunjuk hero dan lagak, tapi kenapa mat rempit kebanyakannya remaja Melayu?
BalasPadamSalam....kenapa anak Melayu merempit? Mereka ini tidak berfikiran matang, jiwa kacau dan kurang pendidikan sivik dan leka. Bukan nak kata anak melayu ni tak bagus Mazidul...ada yang bagus...Penting sekali didikan bermula dari rumah....sivik. Sikap leka dlm keseronokan kerana status mereka anak Melayu. Bantuan tertumpu pada anak Melayu...apa ada hal...kelebihan pada anak Melayu mereka dah dapat rasakan dari tadika hinggalah ke Universiti...kelebihan anak Melayu...memang ketara. Mereka dimuakan dengan segala kemudahan hingga..."Alah..kalau polis yg tangkap aku bangsa melayu...takkan dia tak boleh lebih kurang kottt..." Itulah dia...maka bangsa kita...bangsa Melayu...akan terus diketawakan dek bangsa lain...memalukan sungguh.
BalasPadamMat rempit ni memang kebanyakan nya melayu sebab mereka tak sayang nyawa.. Pada mereka kononnya hebat lah merempit,buat aksi aksi yang membahayakan.. Ada pulak yang merempit berani bawa awekss mereka naik motor dengan mereka..bahayanya... Bagi cute, mat rempit ni masa atas jalan raya, dia orang ni semua dah letakkan sebelah kaki dia orang dalam kubur..
BalasPadamMemalukan bangsa je!!!!!
memang hukuman sebat wajar dilaksanakan secepat mungkin,
BalasPadambagi kesedaran..
Sesiapa pun yang merempit ditangkap,mesti diberi hukuman tanpa membenarkan pesalah membuat rayuan.
Mungkin sebab pengaruh rakan dan dapat menunjuk lagak diri 'bermain' dengan motor yang melepaskan rasa tension dan rasa teruja untuk melupakan seketika atas masalah yang tidak mendapat perhatian keluarga..
BalasPadamApa kata wujudkan di setiap negeri litar khas untuk mat-mat rempit ni merempit dan menunjukkan aksi-aksi mereka yang pada mereka hebat sangat.
BalasPadamSaksikan filem "BOHSIA" ..kita tunggu dan lihat apa kesudahannya..adakah ianya membawa kebaikan atau disebaliknya.
BalasPadamzaman remaja saya dulu pun merempit gak tapi merempit dgn basikal jek.. :p
BalasPadamkami ramai-ramai berbasikal ke air terjun mandi manda,tengok wayang,gi library,gi paso mlm..hehe :)
tapi masih lagi bersopan santun gitu :D
.........
berbeza dgn anak remaja skrg sbb lebih advanced merempit dgn motor dgn aksi2 yg sgt merbahaya serta melibatkan perlumbaan haram lagi..
ngape anak melayu..??
tatau arr nak jawab en. mazidul :)
*tak smpi hati nak kutuk anak melayu sbb skrg pun "org melayu" menjadi bahan ketawa bangsa lain*
so jom kita muhasabah diri..!
salam tuan,
BalasPadamkalau tuan sedari, perkara mat rempit ni bukanlah perkara baharu tetapi ianya perkara lama yang bukan sahaja tidak diselesaikan oleh semua pihak malah diberi pengiktirafan dan galakan.
dari dulu lagi mereka ini telah wujud dan dipanggil mat motor. dulu mereka pakai yamaha rxs, honda raider dan yamaha rxz. aktivitinya tetap sama, berlumba motor dan membuat pertaruhan duit, perempuan dan sebagainya. cumanya evolusi mereka ini tidak dikawal dan jumlah golongan ini makin bertambah.
apa yang menyedihkan adanya pihak-pihak tertentu memberi pengiktirafan kepada mereka dan diberi bermacam-macam imbuhan atas dasar untuk mendapat sokongan politik.
juga banyak wayang dan siri-siri di tv yang memberi 'brand' kepada mereka hingga perkataan 'remp-it' itu dijulang sehebat dunhill dan marlboro. anak-anak muda mudah terpesona, mereka rasa kalau dapat join group ini mereka akan rasa macho atau ikut 'trend' kononnya.
selepas itu kita akan lihat pengacara-pengacara dalam tv membuat keluhan tanpa henti kenapa masalah ini masih berterusan. pada saya ini adalah perkara yg amat memualkan sebab masalah tetap tidak selesai dan makin berlarutan.
apa yang media perlu lakukan ialah memberhentikan segala bentuk 'brand' palsu 'macho/cool' kepada golongan ini. yg perlu ditekankan ialah kerja merempit, drift haram dan aktiviti sampingan seperti main bohsia, minum arak dan lain-lain adalah perkara jenayah!
apabila ada sesuatu masalah, carilah punca masalah itu dan selesaikannya. jangan hanya sekadar mengeluh dan melihat perkara itu di permukaan sahaja.
sebab takder pedoman hidup.. kenapa takde pedoman hidup?? sebab anak-anak melayu tak pandai berfikir sendiri buruk baiknya tahu mengikut ajer...kenapa anak2 melayu begini?? kerana mak bapak tak pandai mengajar anak berfikir buruk dan baik dan kerana mak bapak pun tak menerapkan kelembutan kasih sayang dan nilai-nilai islam dalam diri anak2 sejak kecil..kenapa mak bapak tak menerapkan nilai2 ini?? kerana mak bapak sibuk mengejar duniawi aka wang ringgit dan pangkat dalam pekerjaan.. kenapa maka bapak gila duniawi.. sebab mak bapak telah termakan hasutan kehidupan barat daripada Yahudi Laknatullah....Akhirnya mereka bertepuk tangan!hooray!
BalasPadamsaya rasa sebab kebanyakan (bukan semua) remaja melayu skrang ni ingin mengambil jalan mudah untuk hidup senang dan hanya memikirkan keseronokan yang sementara. kehidupan yang akan datang tidak penting bagi mereka. saya rasa wajar hukuman tersebut bagi menyedarkan mereka tentang peluang utk hidup di dunia hanyalah sementara dan mereka haruslah menggunakannya sebaik2nya.
BalasPadamsaya cadangkan yg menyebat mat-mat rempit ini, ibu-bapa mereka. Atau waris t'dekat. Do it in public. Jika mat2 rempit ni tak insaf juga, next time tertangkap, double the number of sebatan
BalasPadamsatu perkara yang menyebabkan budaya rempit ini kian menjadi-jadi adalah kerana media massa yang sentiasa memaparkan mereka sebagai 'hero jalanan'. Lihat sahaja filem melayu kita - bermula dari KL menjerit, Remp-it, Impak maksima, dan sekarang bohsia...TV3 juga memainkan peranan dengan siri Rempit vs Impak maksima yang ditayangkan setiap minggu....apa kata kalau kita stop mengeluarkan cerita2 sebegini yang 'glorify' golongan rempit ini...cerita aksi boleh dibuat, tapi juruskan lebih kepada kepolisan dan detektif, jgn terus paparkan budaya rempit secara explicit....seolah2 itulah cara hidup yang dihalalkan....
BalasPadamsaya sokong pendapat momo. Pernah satu ketika rancangan Ally Iskandar menemuramah golongan rempit ini dan apakah dalam rancangan tersebut Ally memberikan gambaran budaya rempit ini satu kesalahan? Saya rasakan tidak. saya pernah menghantar komen ini ke Utusan Malaysia tapi tidak pernah disiarkan.
BalasPadamkalu saya baca paper...kuar je berita pasal mat rempit buat onar..saya jadi geram dan malu...memang patut kena sebat diorang ni!!
BalasPadamSebab mereka merempit:
BalasPadam1. Tiada keja nak buat
2. Ikut kawan
3. Kejutan pembangunan
4. Pengaruh rakan dan filem
5. Suka menunjuk-nunjuk dan megah dengan motor baru
6. Tiada aktiviti yang sihat untuk mereka
7. Tiada arah tuju dalam hidup
8. Boring di rumah atau bilik sewa
9. Budaya baru Malaysia yang jadi ikutan anak muda
10, 11, 12 anda tambah
Terpanggil saya utk bicarakan soal'panas'ini yang rata2 diperihatinkan oleh kebnykkan rakyat malaysia. Pada hemat sya :
BalasPadama) Filem dan Drama yang berunsurkan 'rempit''drift' PATUT DISALAHKAN DAN DIHARAMKAN !!! kerana inilah yang MERACUNI PEMIKIRAN anak-anak muda utk melakukannya. dgn tontonan filem dan drama TV KL DRIFT, BOHSIA dan IMPAK MAKSIMA telah mengajar dan memberitahu mereka apa sebenarnya MAT REMPIT itu. Saya sendiri tidak tahu hal itu, namun kita semua diperontonkan pengetahuan sehingga kita juga tahu dan yang lemah iman ingin melakukannya. SOALNYA MENGAPA PENYUMBANG BUDAYA INI DIIZINKAN TAYANGANNYA ..PEROSAK BUDAYA INI WAAAJIIIBBB...DITAMATKAN HAYATNYA...!!! Saya benci Mat Rempittt...Alo Bro ...tolong sampaikan pada KERAJAAN MALAYSIA..
oo senang je.. darah pahlawan hehe kan keturunan pendekar semua ni so menunjuk gagah tak bertempat (ayat makan dalam hehe)
BalasPadambaca paper hari ni (7 Mei 09) buat hati saya mendidih....pasal 2 nyawa melayang akibat diragut dan guru disamun mat rempit di shah alam... menyampah betul dengan diorang ni...
BalasPadamX(
salam... sebat je golongan ni dikhalayak ramai. biar semua orang tengok. pastikan ada kesan mendalam kat mereka. lagipun merotan ni tak perlukan duit rakyat.
BalasPadamdaripada dipenjara, baiklah dirotan. motor disita / dimusnahkan.
"Andai dipenjara, kerajaan jelas membazirkan wang cukai dikutip daripada rakyat untuk menanggung kos penahanan Mat Rempit terbabit."
BalasPadamsetuju sangat2 pasal ni. penjara bukan satu kaedah yang terbaik buat sang rempit tegar ni.
rasa2 hukuman sebat tu cukup untuk meng'insafkan mereka ker?
bagi saya budak rempit sekarang ni dah terlalu kurang ajar.. memang anak tak diajar.. menyusahkan orang awam.. ntah la.. dulu kita orang pun merempit gak.. racing gak.. tapi tak de la menyusahkan orang awam..bukan setakat sebat je.. gantung pun tak pe..biar dia takut ngan hukuman baru dia tak buat.. now hukuman apa bende nyer.. stakat saman?..depa boleh bayar la...seribu, dua ribu, lima ribu, semua tu tak de masalah la..
BalasPadamcuba gantung..ofcoz dia akan takut..silap2 mak bapak pun takkan beli diaorang motor..
baru la aman skit jalan raya ni..
dah lamerempit.. pastu wat macam2 salah lagi.. ragut la.. langgar la.. culik la.. semua ni geng2 depa la...tapi kerajaan kite terlalu lembut..nak simpan wat pe lagi kalau dah bernanah..selamatkan anak yang bakal lahir nanti.. yang dah rosak ni kite terpaksa berkorban.. gantung je..dah takut mul;a la tak nak merempit..
salam..tumpang lalu..........
BalasPadamdalam islam..apabila terjadi sesuatu kejadian, ujian, yg lebih teruk lagi azab dan bala..kita berbalik pada asal..yakni islam itu sendiri..masyaALLAH islam telah gariskan panduan yang syumul pd semua peringkat dan cara utk mengendalikan kehidupan sehari2. smpikan nak masuk tandas pun diajar bagaimana nak masuk , nak duduk atau cara melepskan hajat..mcm2 ada..
namun..apabila islam dan iman tak dijadikan tunjang dalam kehidupan..punah lah kehidupan, pincanglah pegangan..maka kita akan jadi seperti uamt dahulu kala..melakukan perbuatan terkutuk jenayah ini..dan akhirnya diturunkan bala..sebenarnya mereka ini tak dpt berfikir dan tak mahu berfikir..krn bala yg ALLAH nak beri..bukan cash..sebaliknya kalu ms jahiliah dulu..klu mcm n caranya dah dpt balasan yg setimpal..
sy sokong geng mat rempit ni disebat..tp dikhalayak ramai tanpa dikecualikan siapa bapa dan anaknya.walhal dia anak menteri sekalipun ..dihukum di khalayak rmi...dan ibubapanya mesti ada sekali..ms hukuman dilaksanakan..
slps itu,,dihantar ke pusat pemulihan akhlak selama beberapa lm..dan pusat ini hendaklah diberi sokongan sepenuhnya bagi mereslisasikan akhlak cemerlang, gemilang dan terbilang nih...
sistem yg ada hari ni buat mak rempit ni dibudayakan... maksud saya kalau kat KL rumah macam sarang merpati mana boleh duk rumah..nak main futsall mahal ..nak duk lepak2 kene kacau.. ada je dtg nak check..xleh santai sket ..so merempit ni mungkin cara mereka jawab pada sistem yg ada nih..
BalasPadamTALBIAH ATAU MENDIDIK adalah jalan terbaik.
BalasPadamDengan memberi pendidikan dengan sedikit paksaan pada Mat Rempit, moga-moga mereka boleh sedar dan tahu arah tuju hidup ini.
Latihan ala PLKN dan Kem Motivasi mungkin boleh di bina bagi melatih dan membina semula mat rempit.
Biar kita belanja sedikit untuk pembangunan sosial, dari membiar begitu sahaja anak muda dan remaja hanyut dengan arus pembangunan, tanpa arah matlamat hidup yang jelas
Kerajaan perlu talbiah semula anak muda negara ini, tangkap dan paksa mereka baca Quran, paksa mereka solat 5 waktu, ajar mereka baiki motor bukan lumba motor, beri peluang kerja kepada mereka.
Lihat ciri manusia Unggul di
Blog Cpintrass
pasal mat rempit..bukan nak cakp r..ade yang baik dan ader yang kurang baek..
BalasPadamsaya rasa faktor kekeluargaan yang menyebabkan dorang jadi macam ni..saya ada sorang kawan abang n adik dia sumer jadi ,mat rempit cuz broken family...ayah dia tak berapa tegas..mak tiri biler tegur dorang melawan.. belajar taknak
saya takdelah menyampah sangat kat merempit ni..tapi kadang kadang mereka ni memang menjengkelakan..kalau lah diorang ni merupakan ancaman pada negara naper tak masuk kan kat ISA.. MASA ni lah gunakn ISA.. takpon kan hantar jer dorang ni kat PULAU JEREJAK...bior sedar diri sikit dorang tu