Khamis, Mei 21, 2009

Lelaki Lemah Lutut

Sebilangan besar lelaki Melayu normal, hakikatnya terpaksa berhadapan beberapa cabaran ‘besar’ membuatkan mereka lemah lutut.

Terawal, upacara berkhatan atau bersunat. Majoriti remaja lelaki, gentar dan berdebar, tidak kurang menangis teresak-esak, ketakutan sebelum sebahagian daripada organ jantina mereka dipotong. Dahulu, cerita penduduk kampung terpaksa mengejar remaja bakal disunatkan keliling kampung biasa kita dengar, sebelum dia diserahkan kepada tok mudim.

Kedua, lelaki dewasa mendirikan rumahtangga akan melalui upacara ijab dan kabul, saat dinikahkan. Debaran memuncak, setiap telinga tetamu tertumpu, menunggu ungkapan ‘Sah!’ disuarakan kadi dan saksi. Ramai juga suami berasa sebak ketika membacakan taklik di hadapan tok kadi sejurus acara nikah disempurnakan.

Ketiga, debaran pasti dirasai lelaki ketika menyambut kelahiran anak pertama. Perasaan gembira dan bersyukur bercampur baur. Gembira menjadi bapa dan bersyukur kerana isteri tersayang mempertarungkan nyawa selamat melahirkan.

Peristiwa perempuan goyang lutut, bila?

13 ulasan:

  1. perempuan goyang lutut? hem... xtau pulak saya...tp mayb peristiwa yg membuatkan perempuan tu x tenang adalah..
    1. Masa kawin, biler suami nak membatalkan air sembahyang..
    2. Malam pertama...huhuhu
    3. Saat melahirkan anak...pengalaman pertama...
    4. Bila mendgr khabar buruk ttg ahli keluarga...

    Betulkan saya kalo saya salah....

    BalasPadam
  2. hehehehehe......
    tpi lelaki mmg mudah lemah lutut...
    hehhhehe

    BalasPadam
  3. Bro Maz

    Yang ini pun aku gelak besar jugak

    ha ha ha ha ha ha

    Apa pun

    pada hemat saya

    Wanita masih lagi di tangga teratas dalam les

    Menanggung Sakit

    lelaki setakat lemah lutut sahaja

    tapi pihak wanita masih menanggung segala sakit dan perit

    Kesian wanita...

    BalasPadam
  4. masa malam pertama & masa melahirkan anak yang pertama

    BalasPadam
  5. mmg lemah lutut berhadapan dengan keadaan macam tu...

    BalasPadam
  6. Wanita serikandi yang allah cipta untuk menjadi kuat dari dalaman even sifat zahirnya / fizikal wanita itu lemah .. kerana keistimewaan inilah wanita sentiasa dipandang tinggi di dalam Islam dimana kita perlu mengutamakan ibu kita 3 kali lebih berbanding bapa dan sebagainya... Phrophet Muhammad s.a.w. told us, we must obey to Allah and his messanger.. And after that who else we should listen and close to...
    The answer.. Your mother..
    Who next?
    The answer.. Your mother
    Who next?
    The answer.. Your mother
    Then only your father

    BalasPadam
  7. PEREMPUAN LEMAH LUTUT BILA

    1. SUAMI BERPAKAIAN BAJU MELAYU....KELUAR MALAM
    2. SUDAH ADA 3 ANAK....
    3. SUAMI MENCECAH UMUR 4OAN
    4. H PONE SUAMI BANYAK MSG
    5. ADA PEREMPUAN MUDA DATANG RUMAH MENCARI SUAMINYA

    BalasPadam
  8. semua ngarut sahaja yang betulnya masa mlm pertama saat ada benda nak masuk. ada satu lagi pempuan lemah lutut bila tiba mlm jumaat. hahaha

    BalasPadam
  9. betul la tu sy pn tkut time..nk bergelar istri that y sy mlas nk pk psl kawin..

    BalasPadam
  10. Malam pertama bukan lemah lutut lagi.... satu badan lemah.. ha..ha.. kesian somie den.. malam ke 27 baru dapek!!!!

    BalasPadam
  11. Bila perempuan goyang lutut?

    Bila menari twist la!!!!

    hehe

    BalasPadam
  12. aku dengan bangganya hendak bagitahu bahawa aku tidak takut langsung masa bersunat..
    balik terus pakai seluar..
    pastu ayah pula yang marah..
    kena pakai kain balik..
    teringat kenangan itu..:)

    yg dua lagi tu..
    belum alami..:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.