Isnin, Mei 18, 2009

Mengulit Sawa

10 Mei 2009 saya pulang ke Tanjung Malim, Perak. Dalam perjalanan ke kampung saya terserempak remaja berusia 18 tahun sedang menghidu gam di tepi jalan secara terbuka.

“Baharu setahun,” katanya.

Matanya layu, berdiri terhoyong-hayang sambil menggenggam beg plastik berisi gam tayar.

“Kamu boleh ke menunggang motosikal dalam keadaan begini?,” soal saya.

“Boleh. Tapi sudah banyak kali accident, tengok ini,” balasnya sambil menunjukkan parut besar di kaki.

Selama ini pelbagai aduan saya terima berhubung penyalahgunaan gam di kalangan masyarakat samada remaja atau dewasa. Mereka menghidu gam tanpa mengira lokasi, di desa, bandar dan bandaraya. Gam mudah diperolehi dengan harga murah di kedai runcit, RM2.50 setin. Kesan menghidu gam, ramai warga menjadi bodoh, berkelakuan lembab dan ‘gila’. Remaja saya temui dalam operasi di Kedah 10 tahun lalu contohnya, gemar bermain dan mengulit ular sawa albino sepanjang hari sewaktu khayal.

Hakikatnya, penghidu gam tidak boleh didakwa berikutan ketiadaan undang-undang. Pelik bunyinya, bagaimanapun itu kebenaran. Saya berasa amat hairan, sekian lama masalah melanda, sukar benar penggubal undang-undang melaksanakan tugas mereka. Kini, penghidu gam boleh ditangkap kemudian diarah menjalani sesi kaunseling, itu sahaja.

12 ulasan:

  1. Saya kesian tengok remaja-remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan gam ni...sanggup merosakkan diri demi keseronokan dunia...

    BalasPadam
  2. xde pulak pihak berusaha menghasilkan gam yg tidak mengkhayalkan.. takut rugi ke

    BalasPadam
  3. Saya percaya masih ada antara penggubal undang2 belum berpeluang melihat betapa kronik masalah hidu gam di kalangan masyarakat kita.

    InsyaAllah, saya akan membuat liputan sekali lagi berhubung isu ini selepas 27 Mei akan datang. Semoga ada pihak membuka telinga dan mata lebih luas.

    BalasPadam
  4. Penguatkuasaan undang-undang perlu responsif dan peka terhadap persekitaran dan perkembangan semasa. Kes menghidu gam ini boleh dikategorikan dalam ubat khayal dan memabukkan, sepatutnya ada hukuman yang setimpal terhadap penghidunya

    BalasPadam
  5. harap pe yg bro usahakan ada respon dari pihak2 yg terlibat..

    BalasPadam
  6. susah untuk mengharamkan gam ini kerana ianya banyak digunakan dalam industri lain. masalah disini ialah penyalahgunaan..

    apa kata kalau hendak hapuskan penagih ini.... kenakan hukuman dikhalayak ramai..bukan untuk memalukan mereka tetapi untuk memberi keinsafan kepada yang lain

    BalasPadam
  7. Wan, secara ringkas, tindakan boleh dilaksanakan jika wujud akta. Sedangkan kini tida akta berhubung menghidu gam.

    BalasPadam
  8. agak2 kalau anak2 orang berpangkat atau kenamaan atau VVIP mati disebabkan benda ni barulah nak cari siapa?/apa?/bagaimana?/ untuk atasi masalah ni kot.

    BalasPadam
  9. Bro Maz

    Sudah menajdi resmi 'manusia berkuasa'

    Tindakan tidak di ambil jika tidak terkena 'batang hidung sendiri'

    Susah sangat ke nak buat akta???

    kalau kes kes yang melibatkan atau dah ada keluarga sendiri yang terlibat...

    Cepat la pulak 'diaorang' ni gubal akta baru...

    Tiap tiap bulan, ada je akta baru...

    Benarlah kata arwah datuk saya

    Bila besar nanti jadilah 'orang yang berkuasa' jangan jadi orang kecik....

    Wallahuklam

    BalasPadam
  10. Abang Mazidul, saya mencadangkan agar penghidu gam yang ditangkap dimestikan menandatangani perjanjian bahawa mereka tidak akan menghidu gam lagi. Jika mereka melanggar perjanjian mereka akan dihukum dengan hukuman tertentu. Mungkin ini dapat mengurangkan bilangan penghidu gam.

    "Amar Makrud Nahi Mungkar"

    -Nasri, Damansara-

    BalasPadam
  11. Abang Mazidul,5 tahun yang lalu,saya ke sebuah kedai basikal di melaka,tujuan saya untuk membaiki basikal anak saya yang rosak,tapi yang mengecewakan saya apabila remaja melayu dan india datang membeli gam dan seolah2 cara penjual dah tahu mereka datang untuk membeli gam dan sekali dengan plastik,rupa-rupanye,selepas mereka beli,ada tempat hisap gam kat belakang kedai dia,ramai lah juga yang datang beli.
    semalam lagi sekali saya pergi kedai yang sama,kejadian tersebut tetap berlaku,jadi apa yang perlu saya buat supaya anak bangsa saya tidak rosak dengan perlakuan sebegitu,saya pernah tegur cina jualgam,kenapa dia jual gam ini macam,dia kata"orang mahu beli gua jual saja lah"
    tolong saya abang mazidul...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.