Selasa, Januari 20, 2009

Kesudahan Hidup

Usianya 33 tahun, wanita Melayu beranak satu berasal dari Johor, alamat terkininya di Ampang, Selangor. Jam 5.30 pagi tadi dia dilaporkan terjun dari jejantas di Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Waktu itu saya dalam perjalanan ke studio, bertugas mengacarakan program Malaysia Hari Ini, MHI.

Kecederaan parah di kepala dan muka, dipercayai antara punca kematiannya. Darah merah pekat masih mengalir sewaktu gambar mayatnya dirakamkan.

“Dia memang niat nak mati. Saya anggarkan pada ketinggian jejantas, dia jatuh dengan halaju 120 kilometer sejam,” jelas penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, antara tetamu MHI pagi tadi sewaktu gambar mayat saya tunjukkan.

Turut ditemui berhampiran mayat, buku diari dipercayai tulisan si mati dan kad pengenalannya.

‘Bosan, bosan, bosan, Kak Lin memang pandai gunakan aku. Cakap punyalah baik tapi Tuhan saja yang tahu apa yang terjadi. Aku lebih rela hidup susah. Biarlah mungkin sudah takdir Ilahi. GIVE UP FOR MY LIFE- Insan Malang’

Antara catatannya pada 13 April 2008.

Mengapa begitu kesudahan hidup?

49 ulasan:

  1. Mungkin dia terlibat dlm skandal #####, dipaksa terpaksa melakukannya, diugut diperalat..dan kesudahannya begitu..

    Semoga Allah SWT mengampunkan dosanya..

    BalasPadam
  2. Saudara Mazidul,

    Saya sering mengikuti blog anda dan inilah kali pertama saya tintakan sesuatu di dalam blog ini setelah tersentuh hati membaca posting Kesudahan Hidup.

    Al-Fatihah..... Sebagai wanita dan ibu, memang banyak menempuh keperitan hidup. Tapi hati juga bertanya `Mengapa Begitu Kesudahan Hidup'

    BalasPadam
  3. Seksyen 309 Kanun Keseksaan

    Menurut undang-undang diciptakan oleh manusia iaitu Seksyen 309 Kanun Keseksaan,
    menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. . Jika seseorang yang melakukan perbuatan membunuh diri itu berjaya melaksanakan pembunuhan diri itu dan dia akhirnya mati, maka undang-undang tidak menjadikan itu suatu kesalahan.

    Akan tetapi, jika orang yang sama itu gagal melaksanakan apa yang telah dimulakan dan tidak mati maka dia boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh diri.

    Bagaimanapun, jika seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan tiada upaya untuk berfikir sendiri demi kebaikan, atau mana-mana orang yang mabuk telah membunuh diri ekoran daripada sumbangan pembantu tadi maka si pembantu tersebut boleh dihukum di bawah seksyen ini. Hukumannya adalah mati atau penjara tidak kurang dari 20 tahun dan juga denda.

    Hal ini adalah kerana pihak yang mendraf undang-undang tidak mahu menggalakkan orang ramai mencabut nyawa mereka sendiri sewenang-wenangnya. Kebuntuan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan sebagaimana hebat sekalipun tidak patut diakhiri dengan keputusan untuk menamatkan hayat mereka.


    Melihat pelaksanaan undang-undang manusia ini, sebenarnya menggalakkan seseorang membunuh diri sendiri agar tidak dikenakan tindakan undang-undang yang akhirnya akan membebankan dirinya sendiri. Sekiranya, dia gagal membunuh diri tindakan undang-undang menghambat mereka. Inilah kerapuhan undang-undang manusia yang terkenal lebih banyak menyusahkan hidup seseorang, bukannya lebih kepada bentuk pengajaran.

    BalasPadam
  4. kesiannya dia mati dalam keadaan mcm tu..moga kita dijauhkan Allah mati dlm keadaan mcm tu...al-fatihah utk arwah..kesian betul kat ank dia...di tinggalkan mcm tu..

    BalasPadam
  5. Innalillah...
    mudah nye keputusan yg dia ambil..

    BalasPadam
  6. Dia wanita melayu, kalau dah melayu mestilah dia beragama islam. Kalau dia benar-benar menghayati ajaran Islam, dia takkan sanggup membunuh diri. Islam mencegah seseorang itu membunuh diri sendiri. Dalam Islam sudah jelas mengenai larangan dan tegahan bunuh diri:

    i). Firman Allah: “Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan” (Al-Baqarah, 2:195);

    ii). “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu”(Al-Nisa’, 4:29);

    Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:

    i) Baginda bersabda: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti “
    (Riwayat Muslim, 1:104; Al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34); dan

    ii) Sabdanya lagi: “Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya” (Riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

    Nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya. Allah yang berhak ke atas nyawa seseorang samadan nak hidupkan atau mematikan.

    Zaidi Mohamed
    Wangsa Maju, KL.

    BalasPadam
  7. Hmm..tak pasal2 mati katak.
    kenapa lah makin ramai memilih utk menamatkan riwayat melalui cara ni.dh mcm trend pulak

    BalasPadam
  8. tekanan..!!! siapa kak lin..apa yang dia telah lakukan terhadap insan malang nie

    BalasPadam
  9. Apabila kurangnya IMAN dlm khidupan ..

    Lantas syaitan mnguasai jalan..

    Akhirnya kesudahan hidup diakhiri dlm kesesatan!

    Apa2 pun smoga polis dpt mnjalankn siasatan samada arwah mmg mmbunuh diri @ dbunuh..

    WALLAHUALAM ..

    BalasPadam
  10. Drg bunuh diri ni tk takut dosa ke?Even dah give up dgn life,tpi tk ptt buat mcm tu..

    BalasPadam
  11. salam saudara,
    Astaghfirullah al-azhim... Y it's happen? Sungguh menyayat hati... namun ape buleh buat? al-fatihah... Kepada mereka2 diluar sana yg mahu bunuh diri barangkali... Anda tidak layak mencabut nyawa anda sendiri... kembalilah kepada Allah yg maha kuasa... Insafilah & sayangilah nyawa anda... wallahualam...

    BalasPadam
  12. MasyaAllah..klu betul die bunuh diri,napa la amek jln pintas gaya gini..kasihan kat org skeliling..tp polis dlm sasatan..betul xbetul kita xtau lg..

    tp la ni melayu xsemestinya islam..
    kate ustazah saya kat jabatan agama islam skrg bertimbun2 atas meja fail,setiap ari beratus2 org melayu memohon murtad..itu kita xtau.. :P

    BalasPadam
  13. Kejadian ini disahkan bunuh diri. Sebelum jam 5.30 pagi si mati memang dilihat beridiri di besi tepi jejantas sebelum mengambil keputusan terjun. Semasa terjun ada beberapa saksi menyaksikan.

    BalasPadam
  14. kenapa die memilih waktu 5.30 pg.. selalu kebanyakn orang bunuh diri time memalam

    BalasPadam
  15. kesian.kalau betul la bunuh diri... jgn lah trjadi kpd anak cucu kita. wlau sebesar manapun kesusahan di dunia ni, takkan sama kesusahan di SANA...

    BalasPadam
  16. Ada satu kisah dimana Rasulullah S.A.W. berperang bersama bala tentera serta sahabat-sahabatnya yang mulia..(diceritakan kepada saya oleh seorang ustaz)

    Salah seorang dari mereka cedera teruk di medan peperangan.. Lalu dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri kerana tidak tertanggung akan azab kesakitannya.. Sahabat-sahabat yang lain bersedih dengan peristiwa itu dan menyatakan dia( si pembunuh diri itu) tergolong dalam mati syahid kerana berjihad demi Allah S.W.T.

    Namun Rasulullah menidakkannya.. Bertanyalah mereka akan soalan mengapa dia tidak mati syahid?..

    Rasulullah menjawab, dia tidak mati dalam peperangan sebaliknya membunuh dirinya sendiri.. Perbuatan bunuh diri adalah haram di sisi agama Islam.. Maka nerakalah tempatnya..!!

    Jelas disini bahawa tiada syurga bagi wanita itu.. Bukanlah saya yang menentukan letaknya tetapi jika kita mengikut nas dan hukum, anda semua tentu tahu kesudahannya.. Wanita itu tidak sepatutnya membunuh diri..!!

    Saya tidak mahu menulis lanjut kerana perkara ini adalah di antara si mati dengan Tuhan Yang Maha Mengetahui..

    Salam..

    BalasPadam
  17. Confirm bunuh diri?
    INNALILLAH .. AL FATIHAH

    So .. apa berita trkini?
    Sape 'K.LIN'? Mana husbandnya?

    ??????????????????

    BalasPadam
  18. Yang Pergi telah pergi!!!!

    Jadikanlah pengajaran.....dan belajar2 menempoh dugaan.....yang maha esa!!!

    BalasPadam
  19. saya cukup hairan
    kenapa sejak akhir2 ini
    ramai gadis yang mahu menamatkan nyawa sendiri
    dengan jalan mudah..

    kurang pendedahan kah betapa kalau membunuh diri, takkan cium bau syurga

    even kristian pun percaya membunuh diri xakan ke syurga..

    BalasPadam
  20. kak lin????

    kejam sangatkah orang yg bernama kak lin tu sampai wanita malang ini sanggup berbuat demikian?

    Al-fatihah utknya. Semoga Allah mengampuni dosanya...

    apalah nasib anaknya...

    BalasPadam
  21. kot ya pun ada problem janganlah di akhiri hidup dengan cara begini. Sebagai orang melayu dan islam berpklah banyak kali... Tak sayang nyawa....

    BalasPadam
  22. *berdoa semoga kita sentiasa di tetapkan iman, di lindungi Allah dari godaan shaytan*

    kesian anak dia kan, tak banyak sikit terpalit jugak tempias menanggung malu akibat perbuatan mak dia berkesudahan hidup mcm tu.

    husband dia takde ke. just wonder.

    BalasPadam
  23. Kak Lin...heheheheh ader orang terasa...hahahha...

    Kak Hazlin dalam Blog Bro nih... sempoiiii
    BaikK!!!!!!
    Glamour gituhhhhhh!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  24. kesiankan...hidup di akhiri dgn cara bunuh diri..mati sia2 je..

    BalasPadam
  25. Banyak jalan lain untuk selesaikan masalah lagi...semoga Allah memberi petunjukkan kepada hati kita supaya kita tidak memilih mati dengan cara membunuh diri...kesian kat anak arwah...

    BalasPadam
  26. hhmm...trend org islam nk mati pd zaman skrg nih...maybe kak lin tu ada skandal ngan husband dia kot..huhuhu...so, husband dia mn erk???...nk mati plak sebelum subuh tu...al-fatihah utk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat Allah swt....moga Allah ampun kan segala dosa2 dia sehingga hari akhirat...dah sesungguhnya org yg mati bunuh diri tidak akan masuk syurga...wallahualam.....

    BalasPadam
  27. harga diri sekarang nie dah murah sangat kot...senang sangat nak buang cam tuh tuh jer...sengal ker apa dia orang nieh?!

    BalasPadam
  28. Kalau ada orang amik berat pasal dia, misalnya husband dia ke, family dia ke, rasanya dia takkan bunuh diri. Orang yang bunuh diri ni, dah takde tempat nak tuju & takde orang amik berat. Kita boleh cakap apa saje, tapi dia je yang tahu apa masalah dia.

    BalasPadam
  29. Minta maaf..
    Saya terpaksa membidas tulisan Yati..

    Tidak percayakah mereka pada Tuhan?.. Tiada tempat nak dituju atau mengalah sebelum berjuang?.. Yang mana satu betul..

    Ya benar, hanya dia saja yang tahu apa masalah dia.. tapi pengakhiran dengan cara suicidal adalah perkara bodoh yang terpaksa saya bangkang sekeras-kerasnya..!! Si pembunuh diri itu melakukannya atas dasar apa?.. Simpati?.. Kecewa?..

    Mohon kita pada siapa?..
    Adu kita pada siapa?..
    Berserah kita pada siapa?..

    Ini cuma pandangan dari orang yang berpendidikan taraf rendah sahaja.. Maaf jika terkasar bahasa..

    BalasPadam
  30. trm ksh sy ucpkn pd mazidul...skrg2nya siapa sj yg mengenali arwah dpt memprbtlkn kenytn jg sbrg hinaan...smga rohnya d cucuri rahmt,beliau prgi seolh2 mengiringi arwah ayahnya 2bln yg lalu...arwh tlh slmt d kebumikn pkl 2.30pm td...alfatihah

    BalasPadam
  31. Kebaya, nota terbabit hanya sebahagian daripada jurnal si mati sempat saya catatkan.

    Zaidi, biarpun panjang, saya suka membaca komen 'berisi' awak :)

    Tanpa Nama, terima kasih atas maklumat dikongsikan.

    Semua, maaf saya tidak mengenali siapa 'Kak Lin' dalam catatan terbabit.

    Nik, harga diri satu persoalan lain perlu diberikan perhatian :)

    Smart, benar banyak cara menyelesaikan maslah, cuma sesetengah kita tidak bertemu jalan itu.

    DJ, jangan kacau orang tau :)

    Hady, komen sama dilontarkan ahli Ugama. Itu pasti.

    BalasPadam
  32. d cni jg sy ingin membtlkn prnytn d mna arwah mempunyai 2org ank,spsg...syu bila lht prmta hati nya menangs swktu pengencamn arwah d hspital..arwah senang dpt kwn tp beliau tlh khlgn org yg tercinta,d cni bru sy percya cinta itu blh bwa k mti,beliau tlh membuktiknnya,kta2 trkhr beliau "sy xkn kwin smpai mti,krn cinta sy hnya pdanya"...enthlh..knp ia hrs brakhir bgini,wahai insn yg mengenali dirinya,halalkn lh sgla2nya,ketahuilh sbnrnya beliau msh ada sgla2nya..........

    BalasPadam
  33. bg mazidul...
    tima ksh bg.... sy cuma ingin berkongsi cite n kebenaran yg jitu..

    BalasPadam
  34. sekiranya ada ssiapa yg musykil n ingin bkrjsma........anda dc alu2kn krn sy tkmau arwah d perslhkn

    BalasPadam
  35. Hulubalang Derhaka,
    that's harsh. Itu pendapat awak. Semua orang berhak beri pendapat masing2. Saya cuma rasa, api tak boleh lawan dengan api. Kena lawan dengan air. Instead of kutuk, bukankah lagi baik beri nasihat kepada orang yg terpikir untuk commit suicide ni, supaya dia ingat kat Tuhan dan anak2 dia. Maafkan saya, ini hanyalah pendapat dari Yati yang berpendidikan rendah sahaja.

    BalasPadam
  36. Yati,

    Benar..

    Saya akur dengan pandangan masing-masing yang bernas lagi bijaksana..

    Cuma terfikir..
    Mengapa begitu rendah sekali nilai hidup pemberian Tuhan sehingga ditamatkan sesuka hati dengan cara yang dilaknati?..

    Saya tidak mengutuk.. Jauh sekali mengeji..!! Tapi saya tetap menolak cara 'kasar' yang digunakan demi sebuah kesedihan yang sepatutnya boleh diperbaiki.. Apakah hidup ini semata-mata cinta dunia?.. Saya minta anda menjawabnya..!!

    Saya turut mendoakan pemergian Allahyarhamah.. Tetapi tentang perkara 'di sana', telah saya katakan dalam komen di atas..

    "Saya tidak mahu menulis lanjut kerana perkara ini adalah di antara si mati dengan Tuhan Yang Maha Mengetahui.."

    Berikan pada saya petikan atau nas yang mengatakan perbuatan itu patut dipertahankan..

    Sila rujuk semula komen bernas saudara Zaidi Al-Kashafi di atas..!! Semoga kita mendapat munafaat dari ilmuwan seperti beliau.. Sekali lagi, maaf jika terkasar bahasa..

    Salam..

    BalasPadam
  37. Semua, saya banyak kali menyaksikan kejadian bunuh diri. Media selalunya tidak akan membuat liputan kerana kes bunuh diri diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Saya bersimpati terhadap anak si mati, saya percaya masih kecil.

    Khusus bagi kaum wanita, jika berasa tertekan, ada baiknya dibawa berbincang bersama kenalan boleh dipercayai. Kekadang meluahkan apa tersirat di fikiran mampu membantu mengurangkan tekanan. Mungkin, apa saya catatkan di sini, easily said then done, bagaimanapun kita harus mencuba. Bimbang jika berkeseorangan, tindakan diambil tidak rasional dan membahayakan diri sendiri.

    BalasPadam
  38. Semua, maklumat terbaru, si mati pekerja pegawai perhubungan pelanggan, GRO di premis berhampiran jejantas, lokasi dia membunuh diri. Desas desus mengatakan, dia dipercayai di bawah pengaruh dadah sebelum mati.

    BalasPadam
  39. Dipercayai..
    Maknanya belum pasti ke bro?..

    Apa-apapun, yang pergi biarlah pergi.. Yang hidup, ambillah iktibar daripadanya..!! Bukannya berdrama baik menghalalkan setiap perkara..

    Kata-kata saya yang rapuh..
    Salam..

    BalasPadam
  40. akhrnya bg tau jg identiti beliau..ya memng beliau gro,seblum kematian beliau berada d dngdut jln iph,beliau d lht ammt trtekn,minum xkira had,stlh i2 beliau blk k asrama d club brhmpian jmbtn,beliau ingn memsuki gate asrma tp guard seolh2 xmembnrknnya,lalu beliau memnjt jmbtn smbil menjerit 3x dn trjth or sngja,sape pun xpsti,memng beliau d bwh pengruh alkhohl n dadh..maaf krn sy tiada nma krn sy xmau d kenali olh rkn2 yg lain,hrp bg xmrh,cuma yg blh sy ktakn sy xmembhg maupn mencri nma n msallah,cum org yg trdkt sj tau salasilh n ape yg dia tempoh,menyedihkn...hrp maaf bg if u dnt like ths info,thnks alot

    BalasPadam
  41. sy rasa kita smua kene blajar ilmu kaunseling, pengawalan minda supaya kita boleh sama2 mmbantu sesiapa yg kelihatan bermasalah.

    zaman skrg dgn peningkatan kos, mslh sosial, berbagai perkara yg dulu nya mustahil kini telah berlaku.

    amik lah berat dgn org2 disekeliling tanpa mengira bangsa mahupun agama.

    BalasPadam
  42. kasihan tapi masyarakat perlu lebih berperihatin.mereka ini kurang didikan agama.

    BalasPadam
  43. framestone....ingat tak peristiwa minah yang terjun dan disambut oleh seorang pegawai bomba...agaknya dia terjun pukul5.30 ni dengan harapan en Mazidul datang dan sambut dia la agaknya...hehe...maaf bergurau saja di hari jumaat nih...

    BalasPadam
  44. Bunuh diri sesuatu perkara yg ditegah agama..tidak masuk syurgalah sesorng yg membunuh dri itu...duduk di dalam neraka selama2nya bersama2 org kafir..nauzubillah...

    BalasPadam
  45. tanpa nama - saya juga kenal arwah.pada yg tidak mengenali arwah,jgnlah ckp sesedap mulut.

    BalasPadam
  46. saya adlah kwn si arwah.yg lain2 tu jgn ckp sesedap mulut.ambil iktibar.bukan dgn mengutuk.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.