Rabu, Januari 21, 2009

Notis Henti Operasi Kuari

Post 17 Januari bertajuk ‘Dihantui Mati’ dirujuk.

Jam 11.45 tadi saya dihubungi Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Selayang, MPS Helda Syima Abu Talab. Menurut beliau, MPS akan mengeluarkan notis mengarahkan syarikat kuari terbabit memberhentikan operasi. Sebelum ini dimaklumkan kuari beroperasi sejak tahun 2003 itu, tidak membuat permohonan memperbaharui lesen bagi tahun ini. Maksudnya operasi meletupkan batu antara 1 dan 19 Januari lalu, haram.

Kenyataan itu MPS bakal disiarkan dalam siri 360 malam ini. Bagaimanapun saya dan krew 360 akan memastikan perlaksaannya. Mual dengan kenyataan kosong tanpa implementasi berlaku sebelum ini.

13 ulasan:

  1. Pantau..
    Pantaulah bro..!!

    Kenyataan yang gah,
    Ayat berbah-bah,
    Tapi tak ada yang berubah..!!

    Itu yang kita risau.. Mereka mulut manis, tapi ada sinis..
    Rupa-rupanya kencing manis..!!

    Harap ada perubahan..

    BalasPadam
  2. kalau boleh sy mahu melihat perkembangan kauri tue pada hari ini.. Masihberoperasi atau sekadar batuk di tepi tangga sahaja

    BalasPadam
  3. Klau 360 x kuarkan isu ni .. agak2nya brapa lama MPS bru leh 'sedar'?

    X faham knapa masih nk bgi klulusan sdgkan dh trnyata ia mmbahayakn nyawa pnduduk d sekitar kawasan trsebut ...

    BalasPadam
  4. Redah !!! Bro!!! Jangan Tak Redah!!!!

    Tahniah...!!!
    Gua nengok alhamdullilah..dah makin banyak PENGIKUT 360 & BERSAMA MAZIDUL...

    Banyak yang macam TIN kosong...
    bunyi kuat...
    isi taaaaaaalak!!!

    BalasPadam
  5. Diminta agar follow-up diberikan priority oleh crew rancangan 360. Kita nak tahu cerita ni berakhir sampai tiada sebiji jentera pun ada di tapak kuari tu. Kita tidak mahu cerita tu berakhir di atas kertas. Sebab, mungkin mereka (kontraktor kuari) beri rasuah untuk dapatkan lesen baru.
    View Profile: Rantong

    BalasPadam
  6. Semua, selalunya macam tu lah bila cakap berdegar2, tindakan sentiasa dipersoal. Ada juga waktu orang ramai cakap berdegar2, bila komplen nak dirakam lari, kata mereka "Kami tak nak terbabit", walhal masalah dikongsi bersama.

    BalasPadam
  7. Zaman dulu ..berani kerana benar .. takut kerana salah ..

    Zaman lani .. yg salah terover berani!

    Hmm.. KENAPA yaaaa...

    BalasPadam
  8. Tahniah Bro....Gua nengok 360 tadik...baiknyer Krew2 360 g redah kat sana....sempoiii!!!!!
    Baru diaworaaaang tau Saper Lu!!!

    Lembu dipegang pada talinya,
    360 memgang pada janjinya....,
    Shabas!! Betehhhhh!!!

    Sempoi!!! Buat Krew Yg Terlibat
    Memang Gua layanzzzzzzz semuaanya..
    Semua lagu2 yg diputarkan ( Gua kasik Credit )memang ROCK STEADY!!!

    Buat Bro.. selaku Penerbit...
    Keep Redah!!! Pendedahan Baru!!

    BalasPadam
  9. sokong ayat MUAL tu..
    jika bab janji dan meeting ..tindakan secepat mungkin..
    ..lagi satu bab menafikan..

    ehemm tak cukup kakitangan tambah kakitangan ..denda dinaikkan..

    boleh kurangkan penggangguran,,
    jika minat nak berhenti lebih baik beri jawatan kepada yang suka bekerja.

    200K nak kerja...kecian yang betul2 nak kerja

    BalasPadam
  10. kalau tiada 360, siapa agaknya yg ambil kesah tentang isu-isu begini?
    adakah sekali air bah sekali pantai berubah?
    atau, sudah terantuk baru tengadah?

    BalasPadam
  11. alasan yg selalu diberi! "KAMI TERLEPAS PANDANG"....ayat yg paling bosan nak dengar bila saling berdolak dalih dikalangan mereka sendiri.... pepun,TAHNIAH atas komitmen anda...

    BalasPadam
  12. tapi kalau 'orang dalam' sudah berjanji, kuari tu mungkin beroperasi kembali

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.