Selasa, Januari 13, 2009

Bagai Pahat Dan Penukul

Bermula 7 Januari lalu, 360 beralih ke skop liputan berbeza. Wartawan saya setiap minggu bertemu golongan bermasalah, sekaligus berperanan menjadi moderator bagi menyelesaikan masalah didepani mereka.

Contohnya, minggu lalu saya menerima aduan penonton dari Klang, Selangor berhubung lorong di tepi taman perumahan dijadikan jalan pintas kenderaan berat sejak setahun lalu. Mereka dihantui bunyi bising dan membangkitkan soal keselamatan penduduk. Jam 4 petang sabtu lalu, wartawan 360 ke lokasi dan mendapati jalan sepanjang 2 kilometer dibina berhampiran taman sebelum ini, mendap teruk sepanjang 50 meter. Kini kawasan sama dijadikan tempat pembuangan sampah haram pihak tidak bertanggungjawab.

Berikutan liputan dilakukan 360, petang tadi Majlis Perbandaran Klang, MPK mengarahkan kontraktor dilantik membersihkan kawasan terbabit. MPK difahamkan bakal berbincang dengan Jabatan Kerja Raya untuk membaik pulih jalan mendap itu agar dapat digunakan semula kenderaan berat kini menjadi igauan ngeri kepada penduduk taman.

Bagai pahat dan penukul, itu rumusan saya.

Jika anda berhadapan masalah, sila hantarkan perinciannya ke email saya.

15 ulasan:

  1. Kawasan saya tinggal pun kini nampaknya dah nak start jadi macam ni. Dah la lori ni besar2, banyak pula tu, bawa keluar pasir & tanah. Ada yang guna jalan bawah, ada yang guna highway Elite (Exit 606-BSP). Entah la, ke mana dibawa muatannya tu. Jalan sekitar taman pun dah mula pecah2 & berlubang, bila hujan bertakung air. Nasib kereta wife xterbabas termasuk lopak air, ingat xada lopas. Rupa2nya agak dalam, bekas tayar lori. Ada palang, tapi boleh mengelak.

    info : http://www.bspdmember.multiply.com

    BalasPadam
  2. Cadangan saya, PBT buat satu pasukan yg dianggotai oleh penduduk tempatan untuk memantau keadaan dan persekitaraan. Cara ini lebih efektif dari masuk TV. Kalau dah masuk TV, siapa yg malu?

    BalasPadam
  3. pahat dan penukul.....adeh, aku dah lupa makssud dia...haha....sengal pagi² ni...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah dgn cara begini media lebih mudah mendampingi permasalahan masyarakat di negara kita


    teruskan program 360.. saya tetap akan menyokongnya

    BalasPadam
  5. Nsib baik ada progrm mcm 360, Brsamamu, Finding Angels ( skadar sbut skit je) yg leh amik berat kisah masyarakat .. sorry nk tanya skit ... mna yg spatutnya 'Yang BRKHIDMAT'? X kn msa plhnraya je leh jejak selut?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Teja, pls hantar SMS ke no 019 2345360 secepat mungkin. Nyatakan nama sekali, biar mudah saya hubungi. Saya tidak ada sebarang masalah membantu :)

    BalasPadam
  8. Gua harap Rncangan 360 akan bertambah Sensasi ngn Liputan2 terkini dan Berinformasi....

    Cuba bawa senyum2 ckit.....bila kendalikan 360 kih.kih.kih....

    Serius sangat siulllllll!!!!!
    Teruskan Bro!!!!! Wa caya Lu.....

    BalasPadam
  9. salam saudara,

    nampak gayanya media memainkan peranan yg berkesan... Ya! bila keluar muka kat media barulah pihak2 tertentu lingkang pukang untuk mengambil tindakan yg sewajarnya... kalu tidak... hampeh! nak harapkan PBT? Baik xpayah... depa tu time undi je menyibuk ke huluq ke hiliaq... pastu btg hidung pun xnampak... anyway tahniah kepada 360 kerana mengambil pendekatan ini... teruskan usaha murni anda... kami sebagai masyarakat umum amat mengalu-alukan pendekatan altenatif ini... syukur...

    BalasPadam
  10. Yap!!!!! Gua setuju x3 AMIRUL!!!!

    Mengigatkan Gua waktu time Undi yg lepas......Janji berabuk.....Hampeh.com.my....

    Kat Area Gua MPS_? banyak sangat rombakan yg berlaku sampai menyusahkan rakyat......esp tentang penggunaan Dewan Org Ramai....

    Gua harap pasni Bro kita.. tolong kupaskan sikit tentang penggunaan Dewan orang ramai....yang telah banyak dipertikaikan ...

    BalasPadam
  11. ppsssyyy dolu2 di Kelantan, perkataan JKR maknanya Jangan kerja Rajin..tah betul ker tidak..

    walauapa pun kerja Gomen best..byk freee,

    tak tau sampai bila untuk pahat penukul atau hangat2 Telur ayam..

    BalasPadam
  12. Sensasi .. sensasi gak .. tpi 'brhati2 d jalan raya' ek? X smpai kna banned mcm rncgn Sensasi dlu tu udahhhh ..

    All da best Abg MAS n team 360.

    Harap Abg MAS dpt bantu mlerai keresahan pnduduk di Shah Alam ni.. ada 1 hal yg x brp puas hati .. isu lama tpi smpai lani .. teksi x guna meter.. guna meter mulut! Dr sksyen 11 ke Kmplks PKNS RM5???!!!

    BalasPadam
  13. antara kes yg sama; pahat penukul;

    ---pengemis di Lembah Klang n Malaysia

    ---Lori berat operasi masa pejabat

    ---operasi kuatkuasakan tambang Teksi

    ---ulat tiket, bas persiaran dalam terimal ada penjual tiket, bas buruk.
    ...
    kalaubuat operasi sebulan sekali boleh tak sama dgn GAJI sebulan sekali.

    BalasPadam
  14. Semua, entahlah, memang dah macam tu kut budaya sekian lama dipraktikkan di negara kita ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.