Isnin, Januari 26, 2009

Jangan Lari!

11 Januari lalu, Noor Aishah, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor dilapor melarikan diri dari rumahnya di Taman Paramount. Dia dikatakan mengikut teman lelakinya setelah ditegur ibu kerana kerap ‘melayan’ sistem pesanan ringkas, SMS. Aishah berang kerana ibunya dikatakan merampas telefon bimbit digunakan.

Fakta, emosi remaja ‘fragile’, rapuh dan sensitif. Mereka sering melakukan tindakan di luar jangkaan jika tidak dikawal keluarga. Bagaimanapun, Aishah tidak menyedari, melarikan diri bukan tindakan bijak. Dia mungkin terdedah kepada pelbagai kegiatan jenayah akhirnya merosakkan diri.

21 ulasan:

  1. salam saudara,
    alahai... umur pun baru 15... apa nak jadi ngan remaja zaman ini ntah? perlu ada cara tertentu untuk melayan mereka barangkali...

    BalasPadam
  2. Fikiran mereka pendeklah encik. Tu yang susah tu.

    BalasPadam
  3. sdr mazidul, benar...anak-anak muda belasan tahun sekarang memang suka berkhayal dan rapuh. contohnya, anak-anak saya yang kini remaja telah saya beri kebebasan menggunakan henfon semenjak mereka berjaya memperolehi 8A dalam PMR. Namun begitu, ini bukanlah henfon mereka sendiri - saya cuma meminjamkan henfon saya kepada mereka. Ini memberikan saya hak mutlak untuk memeriksa dan merampas semula henfon pada bila-bila masa yang saya kehendaki. Baru-baru ini saya telah dapati sms berbau cinta dari kawan-kawan mereka. Dengan serta merta saya telah merampas semula henfon mereka, disamping itu memberi amaran kepada rakannya (perempuan) utk tidak berkhayal dan bercinta dalam usia yang masih muda. Tahun ini mereka SPM dan saya tidak mahu mereka terus berkhayal diulit perkara yang lagha.

    BalasPadam
  4. Pendidikan asas yang kuat perlu diberikan oleh keluarga agar dengan asas yang kuat lagi baik dapat menjadi pelindung kepada anak remaja semasa proses perkembangan minda mereka.
    View Profile: Rantong

    BalasPadam
  5. AL-K
    Sayang Anak Rotan2kan....
    Cayalah Lu Bro.....
    Gua Stuju sangatlah tuh.....!!!
    Kalau Gua ponk sama Gak.....

    Budak budak skank ni, senang sangat LUPA dan Kurang Sedar Diri Sendiri bila diberi KESENANGAN....
    Sebenarnya kita tak nak kasi mereka nih rasa susah payah cam kita dulu2...tambahan lagi Tenologi IT nih harus seiring ngn perkembangan Usia Remaja....
    Yang takut nya camnilah!!!

    Gua berdoa agar adik Aishah dibukakan pintu Hati untuk kembali kepada Keluarganya.....AMIN..

    BalasPadam
  6. Tan Sri,

    ada satu kes patik handle macam ni gak. Lari dekat 1 bulan dari gemencheh.Last last patik cakap kat makbapak dia- makcik suka anak depan mata ke main telefon ke atau lari rumah?-lepas dapat anak dia balik.

    Last last, settle. Patik cuma minta adik 15 tahun tu kawal masa penggunaan telefon dia. Dan mereka hidup aman sentosa...

    BalasPadam
  7. Amirul, nama pun remaja.

    AlK, kekadang sukar menjadi bapa zaman moden. Masalah moden, cara mengatasi moden. Remaja sekarang dimarah salah, kerap berbincang, jalan penyelesaian terpilih.

    BalasPadam
  8. Tun Kamal, anak saya 2 lelaki, ada hp tetapi selalu main games. Belum masa nak diperiksa lagi, umur 8 dan 11 tahun :)

    BalasPadam
  9. budak budak sekarang nieh...no comment laaa...

    BalasPadam
  10. saya rasa mybe dorg 2 g lepak umah member2 dorg..4sure..

    BalasPadam
  11. Anak-anak sekarang 'manja', banyak 'lemak', terlampau disogokkan dengan barang2 kemewahan. Dan kita sepatutnya pandai mengawal dan memantau anak-anak ibarat:

    'Bermain dengan layang-layang, kalau layang2 itu sudah naik tinggi, kita tarik kembali, kalau layang2 tu sudah turun, kita lepaskan tali perlahan-lahan, begitulah seterusnya'

    BalasPadam
  12. susah kanak2 dikawal begitu..sekurangnya keluarga jgn memberi tekanan..cukup la sekadar menasihati mereka untuk mengawal aktiviti ber"sms"

    p/s- budak sekolah rendah pun dah memiliki Hp sendiri.. rasanya dalam tempoh 2-3 tahun nie bakal nmpk satu gejala dikalangan remaja..xtau la ianya positif atau negatif

    pe2 pun doakan yg baik ek

    BalasPadam
  13. Marah salah, tak marah pun salah..!!
    Dibiar nanti pijak kepala, ditegur nanti lari dari rumah pula..!!

    Pada remaja..
    Emosi anda sekarang ini adalah dalam peringkat kritikal.. Berkemungkinan akibat perubahan hormon barangkali.. Namun kita dikurniakan akal.. Bergantung sepenuhnya pada nasihat orang tidak menjadikan diri anda kuat bahkan anda akan terlalu menjadi 'pokok duit-duit'..!! Menumpang pada pokok yang akarnya menunjangi tanah..

    Belajarlah mencari diri-sendiri dengan cara yang dihalalkan.. Bukannya bertindak mengikut kata hati yang ditunggangi syaitan semata..!! Menitilah pada jambatan yang kukuh dan bukannya pada sehelai rambut yang rapuh..

    Ironiknya.. Anda lebih gemarkan cara sukar dari cara mudah..!!
    Mengapa mahu bersusah-payah?..

    BalasPadam
  14. Terkini, Aishah kembali ke pangkuan keluarganya semalam dan berjanji tidak akan menghampakan kedua ibu bapanya, syukur.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah..
    Diharap agar Aishah sedar akan kesilapan dan memohon maaf pada kedua ibu-bapanya..
    Syurga anda adalah pada keluarga anda..!!

    BalasPadam
  16. Terkini, Aishah kembali kepangkuan keluarga semalam, 28 Januari 2009. Dia berjanji tidak akan menghampakan ibu ayahnya.

    BalasPadam
  17. Bila marah @ dtegur .. kata DIKONGKONG .. anak2 yg kurang 'bimbingan agama & kluarga' akan brsedia utk lari dr umah ..

    Bila x dtegur .. konon ala mak bapak 'sporting' .. ada yg kes yg lari dr umah kan?

    Hmm .. so .. camna tu ek ..

    BalasPadam
  18. kenapa lah terlalu cetek permikiran kamu aisyah..dunia sekarang tak macam dulu

    BalasPadam
  19. begitulah anak-anak remaja....perkuatkan mereka dengan KASIH SAYANG DAN DIDIKAN AGAMA sebagai asas...sekiranya diKONGKONG, mereka akan senang MEMAHAMI dan tidak mungkin lari...tanpa asas inilah mereka cepat menjadi rapuh, layu dan senang terjebak...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.