Ahad, Januari 18, 2009

Hidup Merempat

Semalam sewaktu merayau-rayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, saya terjumpa lelaki ini di tepi jalan berhampiran Planet Hollywood. Usianya 47 tahun, masih bujang dan berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Dia kelihatan kurang selesa ketika gambarnya meminta sedekah dirakamkan.

“Saya dulu askar. Lepas tu kena penyakit ni, tak boleh kerja. Banyak kali pergi ke hospital, lepas check, doktor kata tak dapat kesan penyakit apa,” ujarnya.

“Kalau tak silap saya ni penyakit elephant leg atau untut, boleh dirawat,” balas saya.

“Rawatan pun kena pakai duit. Minta tolong dengan Kementerian Pertahanan, letih turun naik bangunan tapi tak dapat bantuan juga. Terpaksa mengemis nak menyara hidup,” dakwanya.

Jika benar dakwaan itu, rakyat Malaysia pernah berjasa berkhidmat menjaga keamanan negara tidak seharusnya dibiarkan hidup merempat.

25 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya rasa sebab paling utama dia merempat adalah kerana nak ambil jalan mudah. Dah letih nak turun naik pejabat Kementerian Pertahanan sebab faktor duit belanja, tambahan lagi ahli keluarga yang juga dah jemu nak ikut dia turun naik pejabat. So kesimpulan nya tak ada orang yang ikhlas nak tolong.

    BalasPadam
  2. kite yang berkemampuan harap bentulah mereka yg dlm kesusahan...

    BalasPadam
  3. jadi, apakah tindakan encik kepada orang ini?

    BalasPadam
  4. Sedingin, kalau awak nak membantu sekali apa salahnya. Boleh?

    BalasPadam
  5. Pendapat saya adalah seperti berikut:-
    Sama ada
    1. Dia tidak berjumpa the right person untuk bantu dia... (kalau benar dia bekas seorang askar)
    atau
    2. Dia seorang yang pemalas nak usaha apatah lagi nak ubah nasib hidupnya
    atau
    3. Dia menagih simpati orang ramai dan sebenarnya bukannya bekas askar (jika benar dia bekas askar, pasti8 dia akan mendapat rawatan percuma)
    :-Saya simpati dengan sakitnya tapi itu bukan alasan.... sekarang ni dah ramai yang macam tu.... asyik nak minta simpati....
    :-Kita selalu cepat simpati pada orang menyebabkan penambahan bilangan golongan2 seperti itu setiap hari....
    :-Usahlah percaya pada cerita mereka.... kalau pun benar, itu bukan alasan untuk hidup merempat!

    *Maaf, saya paling TAK SUKA golongan yang malas berusaha walau pun untuk diri sendiri!

    BalasPadam
  6. Yap .....Setuju x 3!!! Aida Fidah

    Betul... tak betul? beliau bekas TENTERA!!!!!
    Klau cakap untuk menyedapkan diri sendiri dan sekadar menjawab jawapan bila terdesak tak yah lah....nk citer!!!!!

    Takkan rakan2 setugas dan persatuan2 tentera buat deK!!! jer bila keadaan camni...

    TEPAT!!!!
    Salah Saluran & Malas !!!!!

    BalasPadam
  7. macammana nak buat? Kalau boleh, saya bantu jua.

    BalasPadam
  8. biasa la tue...

    di tempat kerje saya adalah org menasihati saya (pangkat Dr.) kerje jgn stress2 ek...yang penting kerje jalan.. kalau sakit nnt.. datuk (owner @ pengarah program kebangsaan) bukan ada masa nk melawat pun..cuma kita je kne luangkan masa untuk die (cukup bulan gaji dapat) kalau sakit.. hujung bulan lum tentu masih berkerje lg kat situ he...23x

    fikir2kan la dan selamat beramal

    BalasPadam
  9. saya setuju dgn aida fidah..... klu betul dia askar x kan jadi camtu... rawatan percuma untuk bekas askar memang ada

    BalasPadam
  10. meminta sedekah bukanlah cara terbaik untuk menyara hidup.warga malaysiakan prihatin.seeloknya carilah saluran yang betul untuk meminta bantuan. bukan untuk menyalahkan kementerian pertahanan.tetapi dari pihak kementerian sendiri, mereka hanya memberi perhatian lebih jika anda aktif dalam persatuan.contohnya jika anda sudah bersara,jika anda aktif dalam persatuan bekas pesara tentera,maka mereka akan membantu

    BalasPadam
  11. mcm tipu je kata dia bekas tentera..
    biasa nye bekas tentera nie ada rawatan percuma utk diaorg...
    cuba mnta no ic tentera dia...if betul dia tentera,perlu le kita simpati sbb dia melarat mcm tu...

    BalasPadam
  12. yup..kalau tentera tentulah dpt rawatan percuma...ntah2 dia tipu tak. nk sdp kan citer bro..dia ckp dia bekas askar..cuma semak rekod pekerjaan dia...kalau betul dia bekas askar...kita perlu tolong jgk lah...mesti ada sebab nape kes dia dipinggirkan...kesian kat dia kan...kalau sebaliknya...lu pikir lah sendiri...

    BalasPadam
  13. Hmm... wallahualam ...

    Bila tgok pngemis ni .. adakala trasa sedih.. kesian tp adakalanya rasa mcm 'trtipu' pun ada!

    Prnah brdepan pngemis/ pminta sedekah yg agak agresif swaktu brada d luar ngara thun lpas.. pgang tgn KB sbb 'nak duit lgi!'

    BalasPadam
  14. Barangkali dia bekas tentera ataupun tidak, hanya dia yang boleh mengesah atau menafi. Cumanya, yang menarik perhatian adalah komennya.

    Benar sungguh bagai dikata!

    Sehingga ke akhir hayat, arwah abah saya yang pernah bertempur dengan komunis masih mencangkul tanah di belakang rumah sahaja.

    Barangkali yang dianggap berkhidmat untuk negara hanyalah segelintir sahaja dan bukannya mereka yang sanggup berkorban, terkorban malah dikorbankan demi negaranya!

    Err, ada sesiapa ke peduli bila bertembung tabung rayuan hari pahlawan?

    Tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri ek?he he he

    kamal fnd hashim

    BalasPadam
  15. Aduhai sinisnya En Kamal Fnd Hashim yer....

    Kita kan sekadar berkongsi pendapat, bukannya nak berdebat!

    Janganlah orang tengah penuh semangat, En Kamal Fnd Hashin pangkah mematikan minat!

    BalasPadam
  16. Usia 47 tahun itu belum tua sangat. Masih boleh buat kerja. Cuma dia malas saja. Kalau warga asing sanggup datang ke negara kita untuk bekerja tak kira kerja apa asalkan halal dan tidak melanggar undang-undang/moral, takkan dia tu sebagai warganegara Malaysia tak boleh ambil peluang kerja.

    Tak munasabah, kalau dia bekas tentera, tentu ada saluran yang tertentu yang dapat membantu dia seperti persatuan bekas perajurit. Orang boleh bercakap apa sahaja tanpa mengemukakan bukti.

    Orang kalau dah malas tu malas juga. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

    Zaidi,
    Wangsa Maju, KL.

    BalasPadam
  17. hhmmm betul tu zaidi...kalau nk seribu daya..tak nk beribu2 dalih...dan usaha itu tangga kejayaan... :P

    BalasPadam
  18. tentera dapat rawatan percuma kan? mungkin birokrasi yg menyebabkan dia malas nak terus minta bantuan...

    BalasPadam
  19. bekas tenterapun masih ada yang diambil kira.. mesti free semua rawatan.. kecuali operation jantung la

    BalasPadam
  20. rasanya bagi genuine case macam ni perlulah diberikan perhatian, khususnya bekas majikan - setidak2nya bekas majikan perlulah diberitahu sekiranya tidak tahu dan mereka (bekas majikan) juga haruslah lebih perihatin..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.