Masalah Mat Rempit tidak bernoktah. Bukan sahaja di bandaraya, bandar malah di desa. Mereka kerap mempamerkan aksi berbahaya di jalanraya. Kekadang aksi terbabit dibantu teman wanita membonceng di belakang.
Ramai antara mereka terkorban, mati katak. Putus tangan dan kaki dalam kemalangan. Namun perkataan serik tidak wujud di kotak pemikiran mereka, itu hakikat sukar disangkal.
Pihak berkuasa pula bagai kehilangan taring membanteras kegiatan mampu mengundang maut itu biarpun operasi berulangkali dilaksanakan. Tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak berkesan mengurangkan bilangan Mat Rempit bermaharajalela di seluruh negara.
Hanya segelintir Mat Rempit berbangsa Cina dan India. Majoriti, Melayu.
Mengapa? Apakah cara terbaik mengekang kegiatan Mat Rempit?
Ramai antara mereka terkorban, mati katak. Putus tangan dan kaki dalam kemalangan. Namun perkataan serik tidak wujud di kotak pemikiran mereka, itu hakikat sukar disangkal.
Pihak berkuasa pula bagai kehilangan taring membanteras kegiatan mampu mengundang maut itu biarpun operasi berulangkali dilaksanakan. Tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak berkesan mengurangkan bilangan Mat Rempit bermaharajalela di seluruh negara.
Hanya segelintir Mat Rempit berbangsa Cina dan India. Majoriti, Melayu.
Mengapa? Apakah cara terbaik mengekang kegiatan Mat Rempit?
saye rase penggunaan motosikal di jalan2 utama harus diharamkan. selain sapat mngurangkan gejala mat rempit, gejala ragut juge dapat dikurangkan. seperti di negara2 maju yang lain, kaedah ini didapati berkesan untuk mengatasi jenayah.
BalasPadambagaiimanapun, pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan cadangan ini. itu terserah kepada anda. jangan sudah terhantuk baru hentak terngadah.
Cadangan saya
BalasPadam1. Jgn buat liputan tentang berita mat rempit.
2. Kuatkuasa undang-undang, mat rempit yg berlumba masuk penjara.
Boleh buat juga, lesen mereka digantung
3. Semua mat rempit di kursuskan dalam program PLKN.
Betul tu kata encik.
BalasPadamSalah satu kaedah yang paling paling baik, padsa pendapat saya ialah kerajaan tetapkan hanya motosikal berkuasa 80cc sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Haaa... baru la kurang mat rempit... :-)
BalasPadamkat U-tube byk video2 berkenaan mat rempit yg pecah kepala,putus tangan kaki,kena gilis dgn trailer & byk lagi akibat dari aksi mereka..ape kate buat satu dokumentari (majalah 3)or masukkn dlm berita khas tiap2 hari..
BalasPadamtak pun gantung lesen dorang..
kalau tarik balik lesen dorg lg bagus,aman dunia..kita senang,pihak berkuasa pn senang..
hahah..
Saya percaya kegiatan tidak bermoral ini berpunca dari akar umbi dan seharusnya dirawat sejak dari akar umbi lagi..
BalasPadamAntaranya?.. Mungkin dari ibubapa..
Ada antara mereka yang tidak mendidik dengan betul anak-anak mereka sehingga membawa kepada luahan perasaan melalui saluran yang tidak kena tempatnya..!!
Tetapi ini tidak bermakna kesalahan itu harus diletakkan di bahu ibubapa atau penjaga sahaja..!! Cuba siasat dari manakah puncanya dan selepas itu cuba selesaikannya..
Mungkin berkesan..
Salam..
susah jugak nk cergah gejala ini.. semuanya mementingkan kesedaran dari individu terbabit..
BalasPadamp/s- kalau rajin buh la papan tanda iklan kemalangan... sure ade pihak yg xselesa nnt
ain rempit.....
BalasPadamain drift....
Salam.....
BalasPadamGua sokong H.E.H ...jangan banyakkan liputan tentang Mat2 rempi nih........pasal EGO mereka makin bertambah bila Hal Rempit nih...disensasikan.....
Tak pon hantar diaorang kat Palestine....baru diaorang tau ckit hargai nyawa diaorang......hahahah
Salam..
BalasPadambuat banyak liputan tentang mat rempitpun tak guna juga. mereka bukan baca surat khabar atau tengok tv. keje deme merempit je.
Tapi bila kawan serempit mereka mati katak atas riba masing-masing, baru menyesal.. taubat tak ndak merempit lagi. adalah dua tiga hari.. lepas tu merempit balik.
Cara terbaik tak merempit, haramkan motosikal. semua rakyat Malaysia naik basikal. nk ke mana-mana naik basikal, bas atau jalan kaki je... heh..heh..
Kna tukar 'nama' .. ksian katak ... pnh tgok katak kna lggar- btul2 'mati katak'! Pastinya sang katak2 kt dunia ni pun x nk mati cepat mcm mat2 rempit tu..
BalasPadamMy mum pnah brcrita kisah mat rempit pd bulan puasa 2 tahun lpas.. wktu org tgh solat terawikh, sang rempit 'mngejutkn' para jemaah dgn deruman motor yg mmbingitkn n dgn kuasa Allah swt .. salah sorg drp mat rempit tu trbabas brhampiran dgn kwasn masjid mnjadikn suasana sunyi sketika sblum para jemaah n pnduduk brdekatan mndengar suara mngerang smbil mmninta TOLONG .. geng2 yg lain dh pecut = 'cabut lari'!!
senang hantar je kat palestin..biar kene tembak mati ajer bebudak yang merosakkan bangsa ni.. dah mak bapak pun takbleh kawal.. hatta polis pun dipermain2kan.. cuba hantar diaorang pi palestin, terkencing semua takut.. ni la bebudak dari kecik tak dilibas tak diajar dek mak bapaknya..
BalasPadambuat kabaya batik
BalasPadamazab tuhan bukan di akhirat semata2... ianya tidak mengira waktu atau ketika.. dan bentuk azab juga berbeza2
mintak hidup kita dijauhi dan mendapat kerahmatan dariNya
Tanya Nik Aziz, dia penah bagi solution tp tk sapa pun yg layan
BalasPadamuiks ye ke Sipo?
BalasPadamapa solution Nik Aziz?
yang pemuda umno buat dulu tuh..apa dah jadi? senyap macam tuh jer? kan elok kalau diteruskan lagi dan masih bergiat cergas...
BalasPadamBtul tu FRAMESTONE .. KB slalu bringat ttg tu gak .. Sama2lh kita smua ek .. TQ!
BalasPadamMenjawab soalan Nik:-
BalasPadamBiasalah..
Perumpamaan orang dulu-dulu memang evergreen.. 'Hangat-hangat tahi ayam'..!!
Panasnya cuma seketika.. Sejuknya sampai bila-bila.. Tak payahlah diharapkan topeng usaha murni tu akan berkekalan.. Saya mengandaikan mereka juga punya kepentingan sendiri..
Cuma tiada siapa yang tahu..
Salam..
dulu sy pn rempit gak bang..mmg xpikir soal nyawa dan keselamatan org di sekeliling..Rata2 mat rempit melayu nie jenis suka memberontak dan suka buat keputusan yg sangat bodoh.(aku pn)..Tp sy dah berhenti dari kegiatan nie setelah bulan ramadhan 2006..alhamdullilah sy boleh dipanggil "org" sekarang nie..dan rata2 mat rempit berkerja kilang,pomen dan ada yg menjadi "pembuat dosa" a.k.a jenayah..
BalasPadam