1. Berita kematian suspek kes mencuri kenderaan, A. Kugan, 22 tahun 20 Januari lalu sewaktu ditahan reman di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor menarik perhatian saya.
2. Berpandukan kepada hasil bedah siasat mayat di Hospital Universiti Petaling Jaya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Kugan mati akibat masalah paru-paru berair. Bagaimanapun beliau berjanji siasatan telus dijalankan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan, mendatang kecederaan parah.
3. Pada masa sama keluarga Kugan mendakwa dia didera polis sehingga mati. Berikutan itu mereka dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, K. Devamany dan T. Murugiah dilapor ‘menceroboh’ bilik mayat Hospital Serdang lebih 2 jam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataan beliau mengatakan tindakan itu perbuatan jenayah. Kini, gambar mayat Kugan tersebar di internet. Manakala dua Timbalan Menteri terbabit akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.
4. Pengkebumian mayat Kugan ditangguhkan. Sekaligus keluarga si mati mendesak bedah siasat ke dua dijalankan. Bagaimanapun setakat ini mereka mendakwa polis enggan memberikan kebenaran.
5. Terkini, menurut laporan Bernama, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengklasifikasikan kematian Kugan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
6. Justeru, percanggahan fakta berlaku antara butiran (2) dan (5).
7. Bagaimanapun kita semua harus menunggu hasil siasatan sebenar. Usah terlalu emosi dalam pemikiran dan tindakan. 'Innocent until proven gulilty', itu pegangan.

8. Jika benar Kugan dibunuh, mahkamah akan menjatuhkan hukuman setimpal kepada pesalah terbabit.
apa nak jadi malaysia ni..... pening jadinya...pak menteri tu nak tunjuk buat kerjalah tu
BalasPadamTindakan ikut perasaan selalunya akan membawa padah. Betul tak encik?
BalasPadamjgn marah.. I've no comment!
BalasPadamAssalamualaikum. Lately samseng2 Malaysia dah berani berbuat sesuka hati dah macam takde undang2.
BalasPadambukan persoalan emosi disini...persoalan ketelusan dan kebenaran....jika ini berlaku pada keluarga kite...kite mungkin dapat memahami perasaan keluarga mereka..at 1st paru2 berair and then murder,....wat is this?..
BalasPadamsalam saudara,
BalasPadamsaya setuju dengan point ke7&8, dan berharap ada ketelusan dalam siasatan. Tidak kiralah berpangkat polis ke pe ke? Yang bersalah tetap bersalah... tetap perlu bertanggungjawab! ini sudah melibatkan nyawa sesorang.
Yang salah tetap salah beb!!!
BalasPadamTETAPI nak mencari pesalah ...
Jangan sampai menimbulkan MASAALAH...
Moga Kebenaran pada Yang Benar..!!
apa dah jadik dn slogan polis tu..nmpk mcm tersimpang jauh..ne nak jadik polis ker nak jadik kaki pukul...dh la imej polis seringkali dikaitkan dengan rasuah..skrg kes dera pulak...tak tahu la...dunia sekarang...si mati tu pon belum tentu salah belum tentu tak..kalo nak tutup kes pon jagn la sampai dera org...
BalasPadamSeorang kawan yang juga anggota polis pernah beritahu saya yang mereka mengamalkan 'acara belasah beramai-ramai' tak lama dulu..!!
BalasPadamBetul atau tidak, saya tak berani nak pastikan.. Takut encik ISA cari saya pulak nanti..!!
Kalau terbukti salah, minta mereka tukar slogan Mesra, Cepat dan Betul tu..!!
Kalau terbukti fitnah, keluarga si mati harus minta maaf secara terbuka kepada pihak polis kerana ini melibatkan reputasi mereka..!!
Tunggu dan lihat..
diharap pihak berkuasa siasat dgn lebih telus..ini melibatkan nyawa..
BalasPadamtapi tak hairan la,polis pon manusia biasa,macam orang awam..yg membezakan cuma baju uniform yg dipakai..
Just want to share, pernah satu hari,ayah saya (warga emas) menunggang motor balik kerja hampir terjatuh disebabkan kereta polis yang dipandu memecut laju di tepi ayah saya untuk mengejar lampu isyarat hijau..adakah itu sikap yang lebih ajar??mungkin segelintir polis..
Siasatan masih dijalankan..
paru2 berair ke, bunuh ke..
we'll see the truth..
Dalam kes begini, kena siasat dahulu anggota polis yang terlibat. Kepada "dandon", jangan libatkan politik dalam semua perkara. Silap2, menteri kentut pun awak kata.."haa..itu politik la tu..." ikh..ikh..
BalasPadamView Profile: Rantong
Shahir, biarpun Peguam Negara mengatakan kes terbabit diklasifikasikan bunuh, siasatan masih harus dijalankan. Selepas itu barulah kita tahu keputusannya. Bunuh pun ada 2 Seksyen, 302 dan 304 Kanun Keseksaan. 304 tu, membunuh tanpa nita.
BalasPadamKasya, itu semua dakwaan, setakat ini. Pembuktian harus dilihat, membuat tuduhan membabi buta juga BUKAN tindakan bijak :)
Hulubalang, setuju! Sekarang ini belum pasti lagi, siapa bersalah, siapa memfitnah :)
Khabarnya, minggu depan jika polis didapati bersalah, suspek akan dikenalpasti.
saja mencoret secara logiknya..
BalasPadamklu kita lihat kpd kes ni..
ntah2 ada pihak yg 'disogok' utk membunuh mangsa..agar 'kawan seperjuangannya' tidak 'tertangkap' sama..so, siapa yg 'disogok'utk membunuh mangsa..
Allahualam..
slm abg mazidul. sy setuju entry abg no 7 & 8. kte tgu sja lah keputusan mahkamah..
BalasPadamInamorata, itu cuma satu spekulasi. Fakta, Kugan mati semasa ditahan reman. Mayatnya kemudian disimpan di Hospital Serang. Keluarga, rakan dan 2 Menteri menyerbu lokasi mayat disimpan. Bukti 'pencerobohan' ada divideokan, begitu juga gambar dirakam. Polis melihat perbuatan itu sebagai 'tampered with evidence'. Manakala 2 menteri terbabit semalam menafikan perbuatan itu. Kata saya, kita tunggu dulu, siasatan dijalankan sepertimana dijanjikan Ketua Polis Negara, telus.
BalasPadamSayang, jika kita lihat, banyak kes, hukuman dijatuhkan masyarakat sebelum mahkamah membuat keputusan. Itu sedang berlaku sekarang. Semoga kita tidak terikut2 dengan cara itu :)

BalasPadamkenapa masih menafikan kesahihan bedah siasat pertama..tak faham betul lah
BalasPadamskit2 salahkan polis, pe kehal ni? sorang yang buat semua di hukum, apa masalah rakyat malaysia? hanya tahu menghentam, tidak mau berfikir,. andaikan kamu yang memberikan komen itu polis,takkan lah kamu nak buat soal siasat dgn kata-kat"adakah sayang yang buat janayah ini?" semestinya tidak bukan. semestinya dengan kekerasan, dan penjenayah bukan senang untuk mengaku yang mereka melakukan jenayah.. fikir-fikirkanlah..
BalasPadampenjenayah tak pernah serik so sendiri mau ingat laa!
BalasPadamkadang-kadang saya tak berapa faham, polis siasat dulu ke atau peguam keluar statement dulu! Kalau melatah cepat, kan susah jadinya.
BalasPadamSusah kalau masing2 berebut2 nak bagi pendapat... atau ...
Nampaknya Pak Lah & DS Najib kena buat sesuatu
BalasPadamsiastan sedang dijalankan...kalau dh tau polis tengah buat siasatan..memandai nk pergi ceroboh bilik mayat tu buat ape...dh tau kes polis..biarlah polis yg buat keje...tk pasal2 disebabkan satu kes, mereka jadi dua kes...menyusahkan orang jerk...nk tunjuk lagak sgt buat ape???tau lah awk tu besar pangkatnya..hehehe...emosional plakss...:P
BalasPadamMaaf rantong... saya tak mempolitikkan kes ini... yang nyata kes ni masih dalam siasatan... jadi x perlulah nak ceroboh2 negara ni ada undang2 biarpun masih boleh dipertikaikan
BalasPadamDlm stahun dua ni mmg ada urusan dgn piha polis .. hmm .. snang ckp .. ada yg mmbantu .. yg mmbatu pun ada gak! Grrr ....
BalasPadamsusah jugak nak comment topik ni coz dah melibatkan hal politik..ape yang penting yang tetap salah..no more compromi
BalasPadam