Khamis, Januari 01, 2009

Parti Seks? Uh!

[ Penyampai berita dan pelakon drama bersiri ditahan-gambar ehsan Kosmo ]

Dalam operasi pada jam 3.30 pagi tadi, pelbagai minuman keras, dadah jenis ketamine, kokain, syabu dan ecstasy dirampas polis di bilik hotel tingkat 11, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur. Sembilan disahkan positif dadah manakala pelajar kolej swasta dari Kelana Jaya berusia 21 tahun dipercayai pembekal dadah ditahan di bilik sama. Parti itu dipercayai didalangi pasangan suami isteri berumur lingkungan 20 an, melangsungkan perkahwinan 3 minggu lalu.

26 ditahan, majoriti berada di bawah pengaruh alkohol, separa sedar. 'Peserta' parti dikatakan saling mengenali melalui rangkaian laman web, Friendster. Penyampai berita syarikat televisyen swasta, bukan anak syarikat Media Prima dan pelakon wanita drama bersiri kurang dikenali, keduanya berusia 25 tahun turut ditahan.

Sehari sebelum sambutan tahun baru 2009, polis melalui media elektronik dam cetak mengingatkan orang ramai tidak terbabit dalam kejadian jenayah agar tidak berakhir menjadi tahanan lock up.

Nampaknya, peringatan itu dipandang remeh sesetengah pihak.

23 ulasan:

  1. dunia2... ade jugak tgk berita td... ade kes 5laki 1 pompuan la... belum lagi dengar keterangan dari jabatan agama islam pahang mengenai ibubapa yang tidak mengetahui aktiviti anak2 mereka (sedangkan mereka dibawah umur)

    alahai

    BalasPadam
  2. Ya Allah..apa nak jadi dia orang ni...masih ada lagi party mcm tu walaupun dah ada pihak yang menghalang aktiviti ni...pihak tertentu kena ambil berat.jangan sampai anak-anak kita yang terlibat dengan semua tu...tahniah buat abg...

    BalasPadam
  3. Tahniah pihak berkuasa. Abg Mazidul, tak boleh ke waktu camera man ambil video mereka2 yang terlibat dgn kes ni, gambar video tu tak di kaburkan. Biar kita dapat tengok muka dia org. Ye la, salah tak salah tu belum ditentukan lagi, tapi sekurang-kurangnya boleh memalukan mereka. So, bila mereka malu, dia org mungkin 2 @ 3 kali pikir bila nak buat lagi.

    BalasPadam
  4. Rantong, kalau dibuktikan TIDAK bersalah, kemudian dia orang mengambil tindakan undang-undang, saman 2 juta, awak nak tolong bayar? :) Tujuan liputan bukan nak memalukan mana2 pihak, awak mungkin tersilap.

    BalasPadam
  5. Azizan, bukan 'pihak tertentu' sahaja, ibu bapa dan keluarga kena pantau anak2.

    BalasPadam
  6. ada betulnye kate bro mngenai apa yg rantong katekan.. xpyr blur pun.. cerita masih boleh tersebar jugak... lumrah manusia

    BalasPadam
  7. bagaimanalah agaknya ibu bapa nak pantau anak mereka sedangkan ibu bapapun agaknya sibuk dengan hal masing-masing.
    Moga kita tidak berada dalam golongan itu.

    BalasPadam
  8. Congrats utk pihak berkuasa..mmg betol ape yg abg mazidul kata..sape nk bayo klu kne saman..
    tapi bro,da terbukti dorang bukan muhrim dok satu bilik..klu terbukti tak salah pn,kte secara logik dan mantik boleh fikir ape yg dorang dok buat dlm tu..lensa kamera da menunjukkn dgn berseluar 'boxer' dan tanpa baju..hmm,tak yah blur kan....kdg2 saya sndiri malu..bukan la tujuan utk memalukn tapi sbg peringatan bg sesiapa yg bru nk menceburkn diri ke kancah sebegitu..sepandai2 tupai melompat akhirnya kene cekup jugak..
    Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil.. Huallahualam..

    BalasPadam
  9. Hysman, di dunia ni mudah. Innocent until proven guilty. Itu kerja mahkamah, bukan kerja kita.

    BalasPadam
  10. Sepatutnya tahun baru, azam baru, semangat baru, buku baru...bukannya parti seks mcm ni.

    BalasPadam
  11. Mak bapak kene ambil tahu pasal anak sendiri.. jangan sebab dah ada anak dah cukup.. Nak ambil tahu pun kene ade caranya.. kalu dari kecil tak didik dengan kasih sayang, jangan harap la dah besar especially rebellious time waktu remaja ni anak nak dengar kata..
    Kalau mak bapak rapat dan ambil tahu pasal anak Insyallah anak tak segila macam ni..
    Bela anak lembu lagi senang dari bela anak manusia..
    Rosak anak bangsa dibuatnya..Bila orang-orang ni dah besar ntah macamana plak perangai yang dia buat nanti..

    BalasPadam
  12. tahniah pd pihak berkuasa
    sbb berjaya gagal kan parti nie..

    BalasPadam
  13. Susah ni kalau nak harapkan pihak berkuasa saja.

    BalasPadam
  14. semakin lama semakin hilang kewarasan berfikir remaja2 nie..ilang pedoman..saya tak rasa ibu bapa 100% harus disalahkan..ibubapa hantar anak2 ke sekolah,kerja siang mlm nk ber nafkah..n etc..anak2 sikit pn tak pk..ALLAh kurniakan akal membezakan manusia dan haiwan..tp kalau dah akal tak digunakan..ape bezanya manusia dgn haiwan kan??

    p/s:otak lembu masak kerutuk sedap dimakan..:)

    BalasPadam
  15. Sedih tgk budak melayu zaman skrg..hidup gaya penjajah. Nak ckp tak sekolah tinggi, ada yang terpelajar. Budak kolej jual dadah? Arghhh dunia yang giler! Tak ingt halal haram dah diorg ni. Tak pike mati dah. Apa yang nk bangga tah life mcm tu. Sedih dan amat menyedihkan baca berita2 yg berlaku mlm tahun baru 2009.

    BalasPadam
  16. Apabila hmpir tiba tarikh 31/Ogos stiap tahun .. soalan yg biasa dtanya .. "Apa yg anda faham erti kmerdekaan?".. Jawapan tg sntiasa dberi .. "Bebas .. bebas drp pnjajah." .. Tpi hakikatnya ... ????

    *Smpai lani x faham knapa msih ada yg mrelakan diri trjerumus dlm bnda2 yg dh terang2an x berfaedah ni?

    BalasPadam
  17. X lupa SEKALUNG TAHNIAH n JUTAAN TERIMA KASIH kpd pihak yg brtungkus lumus menangani kes2 seumpama ini tnpa mngenal erti penat @ ruang waktu..

    BalasPadam
  18. Semua, kekadang pengaruh rakan memainkan peranan menentukan arah tuju tindakan :)

    BalasPadam
  19. Biasanya media elektronik TIDAK menyiarkan wajah mereka sewaktu direman. Media cetak? Siang2 dah terpampang gambar dan nama penuh, sedangkan mahkamah masih belum membuat keputusan :)

    BalasPadam
  20. sudut pandagan BISNEZ,,merangsang ekonomi,,memberi job wartwan, melakukan bilik hotel, memberi kerja kepada petugas PBT dan pihak berkuasa lepas tahan lepas, memberi pendapatn kepada penjaul terlarang, alkohol sbu dll.
    oleh itu sama sama MASYUK..teruskan laaa,

    kan elok dibuat pagar utk merea operasi tanpa menggagu org lain..semakin benda tak dibagilarang tu laaa semakin nak langgar,,
    hukuman pun tak berhasil kepada MATA yang melihat atau mata yg membaca..

    BalasPadam
  21. one word... KANTOI!!!!! hehehehe...ishhh..sudah sudah laa...tak kemana berpesta macam tuh...hahahaha...baik duduk makan "KFC" ker hahahahah...slamat tahun baru bang...

    BalasPadam
  22. semalam saya ambil masa beberapa jam (sebab bos takda) untuk membaca kesemua entry dalam blog ini. saya suka karakter straight to the poin abg mazidul.. walaupun ramai yang tak suka abg mazidul, saya masih setia mengunjungi blog ini, menonton rancangan 360, dan menanti beritadan cerita panas dari abg.. selamat maju jaya.. (ada beberapa entri yang menarik saya copy yer.. mohon halalkan.. tq)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.