Sabtu, Januari 10, 2009

Suka Hati Kau lah Labu ...

Bermula 1 Januari 2009, pemandu kenderaan disaman jika penumpang di belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Pihak berkuasa dilaporkan serius melaksanakan undang-undang terbaru itu dalam operasi dijalankan di seluruh negara.

Bagaimanapun tanpa disangka wujud pilih bulu dalam perlaksaan undang-undang terbabit.

Pemandu kenderaan didaftarkan di luar negara antaranya dari Singapura, Thailand dan Brunei disahkan ‘kebal’. Mereka tidak boleh disaman biarpun penumpang belakang melakukan kesalahan sama. Itu kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Justeru, adakah undang-undang itu bermaksud rakyat Malaysia memandu di Singapura, Thailand dan Brunei boleh melanggar isyarat lampu merah dan tidak disaman?

Suka hati kau lah labu …

15 ulasan:

  1. cuba buang puntung rokok kat spore, tengok apa jadi?

    BalasPadam
  2. ops.. kalau cam tue leh la kite meludah atau membuang sampah merata2 di singapore..

    xkan cam tue baru dianggap adil

    BalasPadam
  3. Tulis banyak-banyak nanti kena masuk jel pulak..!!
    Alasannya kerana mempersoalkan kedaulatan..

    Bagaimana pula dengan ketulahan?

    Nampaknya 'bulu-bulu luar' sangat berharga sehingga menjadi 'anak emas' yang dijaga biarpun salah-lakunya sama seperti kita 'bulu-bulu carik' ini..

    Diskriminasi atau toleransi?

    BalasPadam
  4. Eh encik, awat jadi lagu tu? Mana boleh ini macam?

    BalasPadam
  5. Penguatkuasaan undang-undang di malaysia ini hanya buat lepas syarat, sekadar melepaskan batuk di tangga. Berlakon seolah2menunjukkan diorang tu buat kerja dgn bersungguh2..

    Kecewa.

    BalasPadam
  6. Bukan saja tak aci, memang dari dulu kerajaan kita ber'lembut' dengan negara jiran... Tak tahulah bila nak sedar... jangan sampai kepala kita dipijak sudahlah....

    BalasPadam
  7. Mana Boleh!!!!!!!!
    Aper...!!! susah sangat ker nak laksanakan untuk kereta2 Luar.....

    Kalau kita yang tak KUATKAN sistem pengangkuttan dijalanraya kita mana ader diaorang nk ikut.......
    Siapa lagi....?
    Habis kalau cam ni...lpas ni panggil jerlah Polis2 trafik luar untuk statik kat negara kita untuk lakukan saman!!!!,Dah..kalau negara kita sendiri takut untuk laksanakan....

    Diaorang datang sini ...diaorang kena ler ikut undang2 kita ....
    Kitaorang gi sana....kitaorang ler ikut undang2 diaorang ....sama aper!!!

    Please lah..... janganlah DOUBLE Standard!!!!!!!!

    Dj Epoi - Free For Palestin

    BalasPadam
  8. Nasi Lemak, memang banyak tak aci dalam dunia ni :)

    Cengko, secepat kilat disaman.

    Frame, :)

    Hulubalang, memang ramai tak faham.

    Sedingin, itu kena tanya menteri. Nanti dalam MHI isnin ni saya kemukakan isu ni.

    HEH, itu saya tak boleh nak komen. Fakta boleh :)

    Aida, tak semua berlembut kut. Hakikatnya lebih 10 ribu kenderaan warga jiran dipandu di negara kita setiap tahun.

    DJ, double standard eh?

    BalasPadam
  9. Memanglah tak semua, dulu saya pernah duduk di JB, saya tahu bagaimana negara kita punya tolerate, senang je depa nak masuk negara kita, kalau kat highway kebanyakannya laju berdesup, pastu buat macam negara sendiri....

    Kalau rakyat kita, pregnant pun tak boleh masuk.... takut bersalin kat sana, takut jadi rakyat dia....

    Benar kata hulubalang tu, cakap banyak2 nanti ditahan pulak... tak pasal2 anak2 aku takde emak kat umah...

    BalasPadam
  10. Sape yg nk mmpertahankn undang2 Mlysia klau bkan rakyat Mlysia sndri???????????????????!!!!!!!!

    Baik x pyh wat undg2 cmtu...

    BalasPadam
  11. Jom ramai-ramai pasang tali pinggang keledar. Dah pasang, jangan lupa pakai. kena saman... susah. Jadilah rakyat Malaysia yg patuh pada arahan kerajaan..

    **Cheh.. cam bagus jer..

    BalasPadam
  12. emm nasib kita la mcm jd anak tiri pulak dinegara sendiri....em sepatutnya mereka pun patut kena tindakan sama.....dan sepatutnya ada sepanduk atau papan iklan tentang pemakaian talipinggang semasa di sempadan dan wajibkan pembayaran saman sebelum kembali ke negara asal mereka serta halang mereka masuk kembali jika tak byr saman....

    BalasPadam
  13. Nie bukan pilih bulu...nie org bangang bang...geram tol ar cmni..Itu bukan dinamakan undang2 klu cm2..Patutlah tgk most of the car from spore khasnyer bawak xda otak..Lane paling kanan bawak 60km/j.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.