Kekadang lari dari hiruk pikuk kota memberikan ketenangan terindah.
Tanpa dirancang, perjalanan selama 90 minit dari Petaling Jaya, Selangor membawa saya dan keluarga menyertai program homestay di Parit 2, Kg. Sg. Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Biar pun hanya semalaman, anak-anak berpeluang tidur di rumah kayu di tengah bendang menghijau terbentang luas, memancing ikan puyu di tepi halaman, mencanting batik dan menumbuk padi. Terpancar kegirangan di wajah mereka, wajah jarang berpeluang menyaksikan keindahan sebenar alam semulajadi.
Beberapa gambar saya muatkan di Mazidul Face Club, sila klik link di Rakan Blogger, sebelah kanan.
Kami menginap di rumah Mohd Yatim Basri, 55 tahun bersama isteri dan 6 anak serta 3 cucu beliau. Mereka bukan jutawan tetapi begitu kaya dengan budi bahasa dan adab sopan.
Tidak jauh dari rumah Yatim, pasar petang, kebanyakan peniaga berketurunan Jawa menjual pelbagai hasil laut pada harga jauh lebih murah berbanding harga di kota. Udang, mentarang, ketam, ikan, semua segar. Semalam, di jeti berhampiran saya rakamkan sunset untuk dikongsikan bersama pembaca.
Pakej lima orang, termasuk makan minum, RM300, hanya RM60 seorang. Percayalah, pengalaman dilalui berbaloi dengan harga tidak seberapa.

insya'lah saya akan ke sana juga
BalasPadamcantik nye gambar2 yg diupload....
BalasPadamBest siuulllllll!!!! Sempoi sesekali ambil angin Kampong.......
BalasPadamTeringat kat kampung Gua di Utara semenanjung...huuuuuuu....
Wah, syiok o suasana kampung encik. Nyaman dan menenangkan.
BalasPadamnyamannya suasana. ada nyamuk tak?
BalasPadamCantiknya gambar. Teringin pergi ke sana, nak nikmati pengalaman sama.
BalasPadamPakai kamera jenis apa & spec?
Macam best je, macam nak pegi je
BalasPadamAsslmkm.. Abg.MAS.. nti leh la wat trip pngikiu blog Abg MAS kt sna ek ..
BalasPadamOpss.. sowieee..
BalasPadamBkan 'pngikiu' ... PENGIKUT blog ni .. trsasul ler..
Then wat prtandingn prmainan tradisional .. congkak.. batu seremban.. asyik!!!
apa kata wat program homestay sesama kita.. leh jugak berkumpul dan melakukan aktiviti bersama2
BalasPadamperghhh...gambar bertaraf pro...giler laaaa...kalau tak der training..dah lama saya ikut hahahaha..ciss..menyesal pun ada
BalasPadamitu kampung saya,
BalasPadamsy terjumpa mazidul ketika awak sedang membeli sayur di sg hj dorani, terlihat anda membawa dua wanita. siapakah itu? kemudian anda membeli air kelapa di gerai yg ad disitu
homestay / resort ni bagus....saya pernah menginap di situ - sungguh nyaman dan mengasyikkan...no komen tentang makanan....tak cuba pulak...
BalasPadam