Khamis, Januari 22, 2009

Tuduhan dan Pembuktian

Suspek beberapa siri kes rompakan dan curi kereta mewah, A. Kugan, 22 tahun mati didakwa didera polis semasa proses siasatan. Ayah Kugan, R. Ananthan mendakwa terdapat kesan luka di leher, belakang, tangan, kaki dan pergelangan tangan mayat anaknya. Justeru, dia mahukan pihak menyebabkan kematian anaknya dibawa ke muka pengadilan.

Tidak disangkal, sebelum ini pihak polis pernah didakwa mendera suspek kes jenayah.

Apapun saya bersetuju dengan komen Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, siasatan secara terperinci dan telus harus dilaksanakan terlebih dahulu. Tuduhan boleh dilakukan sesiapa sahaja, pembuktian tuduhan, satu perkara lain.

Saya pernah melalui perkara sama. Satu akhbar tempatan pada 27 November lalu secara bertulis menuduh saya dan isteri DISAHKAN bercerai. Sila rujuk post bertajuk ‘Bodoh Sombong’, 25 Disember 2008. Semalam, Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor, Ghazali Ahmad memutuskan kami pasangan suami isteri sah.

Saya masih menunggu wartawan akhbar terbabit memohon maaf secara peribadi. Ingat, dosa memfitnah sesama manusia, hanya manusia mampu memaafkan. Bimbang, jika nanti helaan nafas terakhirnya sukar.

26 ulasan:

  1. Alhamdulilah...Bro ..
    Gua tumopang respek sifat pemaaf yang ada dalam dirik Lu....

    Memang Harus dia yg sendiri datang untuk memohon maaf secara peribadi kat Lu.....kalau tak... sendiri dia mau ingat beb!!!!

    Gua doakan agar Lu dan Family akan terus Bahagia hingga ke akhir hayat....!!! ( chewaaaah!! macam ucapan untuk pngantin baru plak )

    Maklumlah Gua Dj Kenduri Kawin heheheheheh

    BalasPadam
  2. wartawan memang begitu..hanya mahu melakukan akhbar mereka...agaknya diorang sudang hilang identiti dan prisip-prinsip kewartawanan

    BalasPadam
  3. HEH, bukan semua wartawan. Wartawan ramai, masing2 menulis dalam bidang tersendiri. Majoriti mengamalkan etika kewartawana sebenar, segelintir, menulis sesuka hati.

    DJ, so biar gua ucapkan, selamat mencari jodoh jika awak masih bujang, semoga perkahwinan berkekalan, jika sudah bertemu jodoh :) Cak Pong! Cak Pong!

    BalasPadam
  4. Kih.kih.kih...

    Gua dah ader yang punya daaa....
    Seorang Suami kepada seorang Isteri ( Suked8787 )
    Ayah kepada 2 cahaya mata...num 3 on the way...Middle Febuari...

    Tertarik ngn Lu...coz kita sama saiz - triple XL hahahahha

    BalasPadam
  5. ada juga yang menulis sesuatu yg tidak betul semata2 untuk menarik perhatian

    erm alahai

    360 malam td mmg menarik

    BalasPadam
  6. DJ, gua ada 2 jer boys. Factory buang orang sebab krisis ekonomi :)

    BalasPadam
  7. Frame, kalau bukan awak puji, siapa lagi? Saya dah mintak wartawan saya buat susulan bagi memastikan kata2 manis pihak berkuasa tempatan benar dilaksanakan. Bukan sekadar sedap didengar penonton.

    BalasPadam
  8. Setiap wartawan harus peka akan apa yg mahu disampaikan..
    Kita org luar tak tau pape,dari wartawan la kita tau cerita yg orang lain tak tau..jadi setiap cerita tak betul yg sampai pada pembaca harus di tanggung oleh org yg menulis..bahaya ni jd wartawan..
    konklusinya,bergantung pada hati..

    ape aku melalut nih???wawawa..:P
    yg sure,org tu kena mintak maaf dgn bro...

    BalasPadam
  9. ok gak tue bro.. kalau leh setiap hujung rancangan 360 kite letak update terbaru laporan yang diperolehi dari rancangan minggu seterusnya.. baru nampak berbisa rancangan 360 dan xde orang yang akan memperlekehkan rancangan sebegini yang selalu diperkatakan sekadar batuk ditepi tangga

    p/s- bro mak saya kim salam. kami orang Behrang

    BalasPadam
  10. Bro mazidul
    saya tak maksudkan semua wartawan. hanya segelintir wartawan yang begitu

    Framestone
    saya org tanjong malim

    BalasPadam
  11. datuk mazidul..

    sepupu saya pernah kena tahan pasal kes pengedaran dadah, namun dia dilepaskan kerana tiada bukti.

    dia disyaki. dia pernah beritahu-diberi minum air sabun dan ditendang di perut. satu hari dia tidak makan. pernah dia dibogel dan kedua-dua batunya diletak pengepit kuku sehingga dia menjerit...itu sebagai contoh...

    namun persoalan lain-bagaimana polis hendak tahu sesuatu jenayah dilakukan kalau tidak mendera atau menyoal siasat? persoalan lain- kalau salah orang macam mana?

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  12. susah sungguh ada wartawan macam tuh...nak kata sengal..kerja..wartawan...ishhh...susah laa...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, saya gembira dengan keputusan yang menyebelahi anda dan isteri. Setiap yang mendirikan rumahtangga mahukan keharmonian hingga hujung nyawa. Bermaafan, mulia dan tinggi nilainya di sisi Yang Maha Esa, tetapi mengapa begitu sukar pada pencetus permasalahan?

    BalasPadam
  14. Saya dari mula lg memang tak percaya isu cerai saudara ni... Semoga perkahwinan saudara kekal hingga akhir hayat...

    BalasPadam
  15. memula dgr psl isu cerai abg mazidul mmg terkezut
    tp lps dgr abg mazidul masih kekal sbg suami isteri...Alhamdulillah tu je lafaz yg t'keluar dr bibir comel ku ini...hehehhee

    BalasPadam
  16. Polis memang ada hak untuk menangkap sesiapa saja yang disyaki melakukan kesalahan jenayah. Dalam masa 24 jam kena dapatkan perintah tahan reman menurut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah tujuannya adalah untuk soal siasat. Polis ni mungkin ada yang tertekan dan tension bila OKT tak beri kerjasama.

    Dalah keadaan begitu kita pun mungkin akan melakukan perkara yang sama.

    Mungkin OKT tu ada penyakit ke, fragile ke, kena sentuh sikit pun dah "jalan".

    Bukankah memang ada peraturan ketika menjalankan proses interrogation / soal siasat? Just abide and follow the rule lah. Biarkan mahkamah yang buat keputusan samada ada kes prima facie ke tidak masa hari sebutan, kerana setiap orang ada right to be Considered Innocent until Proven Guilty.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum. Bukan senang nak jadi wartawan. Kena follow etika. Yang tak kenal maksud etika itulah golongan wartawan yang semborono.

    BalasPadam
  18. kadg saya tak faham kenapa fitnah ne byk berlaku di kalangan org melayu...mcm senonim jer ngan org melayu..pengalaman saya di fitnah oleh kwn sendiri yang saya anggap mempunyai ilmu agama yang tinggi..bayangkan sampai hal rumahtangga saya di hebohkan di pejabat ..kebetulan dia satu opis dgn suami saya..dn saya yg tolong dia dptkan kerja kat opis suami saya..kesian dh ada degree tp duk keje tadika jer..dh dia dpt keje di fitnahnya saya ..dn dia akan memberitahu staf2 baru sy ne x leh di buat baekk..saya faham cm mana perasaan bro..difitnah..moga Allah tunjukan jalan pada mereka...insaf laa

    BalasPadam
  19. la.. dia belum minta maaf lg?... hanya manusia leh memaafkan kesalahan sesama manusia...

    BalasPadam
  20. kerjaya wartawan suatu tugas yg mulia namun bila melakukan sesuatu biar secara waras... jangan semberono saje..

    BalasPadam
  21. Polis perlu lebih berdisiplin. Walau sejahat mana pun pesalah, layanan mesti bersifat kemanusiaan dan bertanggungjawab agar orang ramai memandang hormat pada anda.
    View Profile: Rantong

    BalasPadam
  22. Teringat saya di suatu ketika sewaktu menghadiri ceramah, bilamana di dalam ceramah tersebut Ustaz ada mengatakan bahawa fitnah ni d zaman Rasulullah (kalau tak silap)berbau busuk dan dapat dihidu.

    Sekarang kerana terlampau banyak sesangat fitnah, sebab tu la kemungkinan sukar untuk menghidu bau tersebut.

    :)
    Ada baris-baris ayat yang menyebut;

    "dan jangan sesekali kamu melakukan FITNAH, sesungguhnya dosa FITNAH itu lebih besar dari MEMBUNUH"

    BalasPadam
  23. begini la bro kerja sebagai wartawan. memang banyak cabaran. Tapi raserney bro dah berpengalaman dengan semua ni kan. Harap wartawan tu jumpa n mintak maaf.

    BalasPadam
  24. Kerana segelintir wartawan punya perangai, habeh semua encik.

    BalasPadam
  25. 99.9% mmg A.Kugan ni mati didera polis.. wa tau sngtlah kalau dah kena proses siasatan tu mmg teruklah dia kena dera ngan polis.. walau hidup wa dikelilingi polis tapi wa tak suka polis... dan pesanan utk bro mazidul hidup sbg suami isteri ni bak kata p ramlee sedangkan lidah lg tergigit.. cintailah seseorang spt sungai yg akan mengalir selamanye...kerna jika kita mencintai sseorang spt bunga...bunga akan mati saat musim berganti.. semoga kekal ke akhir hayat...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.