Rabu, Februari 02, 2011

Call Dia

Selamat bercuti khususnya kepada semua pembaca blog ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Cuti selama 4 hari memberikan peluang kepada kita untuk mengangkat semua panggilan telefon, barangkali.

Let us do something simple and interesting.

Cuba periksa senarai nama di telefon bimbit anda. Kenal pasti, seorang  daripada kenalan jarang anda hubungi sebelum ini dan dia juga mungkin 'terlupa' menghubungi anda.

Call dia.

Jika nama anda, CIkgu Nurin, rakan dihubungi barangkali akan bertanya "Ada apa Cikgu Nurin?"

Itu soalan klise boleh dijangka.

Jawab ...

"Tak ada apa, saja telefon nak bagi tahu, saya ingat kepada awak, sewaktu awak mungkin lupa kepada saya sebagai kawan. Lagi pun hari ni cuti, jadi kita tak sibuk"

Dengar reaksinya dan kongsikan di ruang komen tampalan ini.

Cubalah.

7 ulasan:

  1. sy call kawan lame..die tanye..

    "uit..lame tak dgr citer..nape.."

    sy jawab macam mana abg suggest tuh..then die balas...

    "ko nak wat aku nanges"

    dan lepas tu kami chatting2..dan esok kami nak jumpe..yeya!!

    BalasPadam
  2. Wanie, good for you.

    Saya memang mereka ayat tu untuk menyentuh perasaan orang, kekadang memerli pun boleh.

    BalasPadam
  3. Elakkan dari call kawan yg pernah beri hutang atau berhutang

    BalasPadam
  4. Ye..Cikgu Nurin di sini...tak sibuk...nak blanja makan ke bro..?ha ha ha...

    Sebenarnya, bil kita call kawan kawan lama...first sekali, mesti dia akan jerit' wwoooiii lama tak dengar cerita..rindu'

    Semalam baru jumpa seorang kawan lama yg dah terpisah hampir 15 tahun, kawan semasa kursus setahun. Teringat sangat kat dia, cuba tanya nombor baru kat kawan kawan lain, dapat, dia di n9, jumpa n sembang sampai nangis nangis...hu hu hu...

    Suka entri ni...

    BalasPadam
  5. hahaha.. helo mazidul ada? mana nasi lemak saya sambal lebih?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.