Jam 1.30 pagi tadi dalam perjalanan ke hotel di Johor Bahru, Johor, saya singgah di 7-Eleven untuk membeli minuman.
"Memang setiap malam ke dia jual di situ?," soal saya kepada juruwang.
"Ya," balasnya.
Di Lembah Klang, kini jarang kelihatan penjaja cakera optik cetak rompak menjual bahan terbabit secara terbuka. Jika ada mereka membawa cakera terbabit di dalam bakul plastik dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Di komplek De' Stulang berhampiran Zon Regency Hotel, Stulang Laut, berbeza.
Sebaik disedari saya merakamkan gambar, semua pelanggan beredar, tidak penjual.
"Hello! Lu siapa?," tanyanya marah kepada saya.
Pada masa sama, dia kelihatan sibuk mendial telefon bimbitnya. Barangkali cuba menghubungi taukeh untuk memaklumkan berhubung kehadiran saya, manusia tidak dikenalinya.
"Saya? Saya bawa lori, tire puncured tepi jalan. Singgah 7-Eleven sini sekejap beli bateri flash kamera. Sekarang mahu test lah, dia punya lampu ada kuat ke tak," balas saya.
Dia masih tercegat, berdiri di tepi meja namun tindakannya itu tidak sedikit pun menggentarkan saya biarpun wajahnya kelihatan garang.
Saya terus merakamkan gambar dan akhirnya dia melarikan diri. Perhatikan gambar di bawah.
Jika benar dakwaan pekerja 7-Eleven, cakera optik dipasarkan secara terbuka setiap malam, di lokasi sama, timbul satu persoalan di minda saya.
Tidakkah ada seorang pun penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, KPDNKK Johor pernah lalu di kawasan sama pada waktu malam?
Barangkali mereka tidur awal, tidak seperti saya maka berikut sebilangan lagi gambar dirakamkan untuk tatapan dan tindakan mereka.
Sebilangan penjual cakera optik cetak rompak pernah saya lihat, menjalankan kegiatan mereka secara tidak begitu ketara.
Justeru tindakan penjual ini, saya anggap sudah terlalu kurang ajar sekaligus kelihatan seperti mencabar kewibawaan pihak KPDNKK.
Apapun, awal pagi nanti saya akan menghubungi penguatkuasa KPDNKK Johor dan meminta mereka membaca tampalan ini.
Dulu, depan USM Penang, tempat saya belajar pun macam ni. Derang tahu banyak pelajar IPT suka beli cd dan vcd macam ni. Skarang saya tak pasti. Derang akan mula jual start tenggelam matahari sampailah dinihari.
BalasPadamSalam Sdr Mazidul,
BalasPadamSaya ada beberapa lokasi menarik untuk Sdr Mazidul jenguk sementara di JB ini.
Cuba jenguk2 ke Pasaraya Kipmart Tampoi Indah. Juga di Giant Skudai. Pasti fenomena jualan cakera optik cetak rompak secara terang-terangan di sana akan menambahkan rasa teruja saudara.
Saya rasa saudara Hazrey mesti setuju.
http://pulakdah.blogspot.com/
Secara terang2an mereka ini berani melakukan kesalahan...masih tak beratkah hukuman pd mereka yg melakukan kesalahan ini?
BalasPadam~tice su@cikgu su~
JB kan syurga cetak rompak, kalau KL sekeping rm8, sini rm 4 atau rm 3 je. Cuba pergi ke Holiday Plaza dan Kompleks KSL level 3 dan 4. Bersepah bro.. takkan tak nampak.. rumah pelacuran pun bersepah..
BalasPadamterang terang tu jual ..KDKNK patut ambik tindakan cepat nie
BalasPadamkalau pi kat 7-E lain pun ada gak derang buat. selalu mmg lepas tengah malam. mungkin waktu tu dah takde ramai orang nampak.
BalasPadamPenguatkuasaan mestilah 'kuat' jika tak kes mcm ni akan jadi bertambah teruk. Jika dia berani buka meja sebanyak ni, niaga ditempat sama tiap2 malam, maknanya tiada penguatkuasaan lah tu.
BalasPadamKalau ada masa, elok Penguatkuasa singgah Pasar sabtu Dan Ahad jalan Pudu.
BalasPadamdkt 7-E lain pun sama je... giant extra pun ada.. holiday plaza, haish!.. semua tempat lah ada... sampai ada tu kedai jual cd yg original lingkup pasal depa ni semua... kalau kat giant extra tu.. bila ada operasi je.. habis sume diaorg tutup kedai.. bila abis operasi je bukak balik semula
BalasPadamok aku bukan nak kutuk negeri sdiri tp ini kebenaran, mungkin korang slalu dtg sabah tuk melancong atau pasal kerja. pasti dah besa tgk org bertenggek di tepi2 kedai dan mengajukan perkatan cd, cd,cd kalo tak pun membuat bentuk simbol bulatan kalo kita memandu keta pelahan2. aku besa dah tgk cd2 cetak rompak d negeri aku neh tp aku tgk teda pun tindakan dr mn2 pihak.paling parah penjual cd cetak rompaknya d cni dah kaya2 sangat hinggakan ada kedai2 d shopping complex siap ada cawangan lg. kalo nak beli cd tertentu teda d kdai yg kita p tu pkerja nya suru lg p kdai dorg yg len.. huhuhu
BalasPadamkat tempat sy pun slalu je nampak org jual cd cetak rompak nie, byk sgt smpai dlm hati sy terpikir " owh skang nie kalo jual cd cetak rompak dah xsalah agaknya"
BalasPadamlembah klg ade je..kt sri damansara..siang2 pon ade jual..
BalasPadamBro,satu aja masalah dia:
BalasPadamR A S U A H
-hina sungguh makan duit rasuah dari lanun.
takkan bro tak faham2 lagi style penguatkuasaan di Malaysia yg:
-bermusim
-penuh rasuah
agaknya pegawai yang diamanahkan untuk bertugas dah diberi makan ubat tidoooo.............
BalasPadamSaya perpandangan penjual cd haram ni didalangi oleh gangster keparat...makin dibanteras makin banyak lak diorang bukak..muka kebanyakan mereka ni garang dan berlagak..kononnya nak gertak la...tapi cam haram...
BalasPadamHarap pihak terbabit memperbanyakkkan operasi pada setiap masa.. cd lucah dijual secara terbuka...makin ramai generasi kita yang akan rosak...saya duk kawasan bangi dan perhatikan memang banyak gerai haram ni...kalau tak dibanteras nanti ramai la gangster ni kaya...
Bro. Dul, drebar lori ye? nak sewa lori boleh? koh koh koh
BalasPadamwah, siap pasang meja lagi... jgn2 berkoloborasi tak dengan tauke tujuh sebelas tu
BalasPadamsalam bro..dah byr kot bro,itu diorg berani jual depan2..
BalasPadamAda orang payung diorang ni. Tu yang berani tu.
BalasPadamAlah..... bukan setakat CD haram je yang kena tindakan undang-undang malah yang jual baju/seluar/kasut/jam tangan ciplak kat major shopping complex juga kena tangkap. Cuba gi tengok kat Danga Mall, Pasar malam kat tengah JB town depan ofis MBJB. Berlambak kasut adidas/NIKE/PUMA/ ciplak berlambak. Jersey pun sama gak. Ni gak tipu kerajaaan.... x bayar cukai... lagi MBJB bagi lot untuk dia org jual barang tiruan nie. Ni sume makan rasuah...tutup mata. Takkan takde org government tak nampak....too much!
BalasPadamAda muslihat/agenda tersendiri dengan gejala2 - VCD / DVD lucah yang banyak dijual samada ditempat terbuka dan tersembunyi seolah-olah tiada kawalan yang lebih berkesan.
BalasPadamHasilnya kita dapati sekarang begitu banyak kes2 maksiat - zina, bohsia dan kes buang anak yang berleluasa dikalangan masyarakat Melayu Islam.
bro...mmg btul...br bulan lepas aku gi bercuti sminggu kt umah adik aku area2 dekat stulang...dan aku penah singgah 7e ni...dan aku pun ade tnye kt mamat 7e pasal cayanunalip yg pendek jual cd/dvd ni..mmg tiap2 mlm a.k.a tiap2 hari ade...adik aku pun ckp mcm tuh...ssb die mmg biase lepak2 kt kedai mkn area ni...tp ye lah...nak sound lebih2 kang takut kene pape plak...ssh mau ckp bro...kdg2 'org2 yg spatutnye berkuase' tu pn ade jgk beli masalahnye...hahahaha....its true bro... =p
BalasPadamSalam Bro...kat Penang ni, jalan macalister, dekat dgn komtar..hari2 ada, banyak pulak tu gerai, ada dalam 4-5...cetak rompak ada, lucah lagi la ada...
BalasPadam