Jam 8.30 pagi tadi, saya dan kru 999 menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Miri, Sarawak.
Sebelum ini saya berulang kali menggunakan khidmat syarikat penerbangan negara terbabit untuk ke pelbagai lokasi di dalam dan luar negara.
Bezanya kali ini, saya amat terasa maksud moto MAS, Malaysian Hospitality, MH. Sebaik masuk ke dalam kabin, kami disambut dengan senyuman dek Ketua Pramugari, Nora Ahmad, 41 tahun., anak kelahiran Johor. 19 tahun berkhidmat bersama syarikat penerbangan terbabit barangkali telah mendewasakan Nora setiap kali bertemu penumpang.
Nora, kenalan saya biarpun pada awalnya dia berkata ...
"Tak kenal lah tu"
Sewaktu sarapan pagi diedarkan, pramugara, Husin Siman, berasal dari Kluang, Johor menyapa saya.
"Encik Mazidul nak minum anything special?"
"Diet Coke atau Pepsi Light ok," balas saya.
Kurang 5 minit kemudian, saya menikmati Pepsi Light, 36,000 kaki dari paras laut.
Husin juga sempat berbual bersama wartawan 999, Hazlin Hussain di bahagian belakang pesawat.
"MAS, Mazidul Akmal Sidik," gurau Hazlin.
Husin, rakan kepada kawan sekolah saya, Norazmi Lee Abdul Rahman kini Ketua Pramugara di syarikat penerbangan sama.
"Dia senior saya, pendiam tetapi really concern setiap kali bertemu rakan. Tanya apa khabar? Sihat ke?, Kalau penat, rehat dulu," kata Husin.
Ya, itu sikap Norazmi sejak saya kenali sewaktu kami belajar di kelas sama selama 5 tahun di sekolah menengah sebelum menuntut di Kolej Pengajian Persediaan di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
Berikut gambar Hazlin gembira selepas bertemu juruterbang di cockpit. Ha! Ha! Ha! Bukan! Tawa itu saya rakamkan kerana dia kekenyangan dan baru mendapat bonus hari ini.
But yes! Hari ini saya dan Hazlin berpeluang buat pertama kali bertemu juruterbang dan pembantu beliau di cockpit.
Kru kabin, dari kiri, AG Safwan, Marta Haleys, Lam Mun Thian dan Husin.
Mereka semua tidak lekang dengan senyuman bukan seperti sebilangan pramugari dan pramugari saya temui sebelum ini, berwajah penat.
To all of them, thanks for the hospitality.
MAS still d best!
BalasPadamworth it ngn fees nyer :)
hensemmmmnyaaaaaaaa hahahahaa.
BalasPadamwah...MAS?heheh
BalasPadamMasih banyak kerusi yang kosong. Bolehlah duduk di mana-mana, kan?
BalasPadamKakcik suka Miri.. :)
pramugari dieorg nie bleh kira 1 malaysia..susah nak teka bangsa apa...
BalasPadamHehehe..akhirnya..bertemu juga dgn yang tersenyum mesra...999malam mtadi best...hehehe
BalasPadamKalau MAS sudah mampu memberi perkhidmatan sebegini rupa, tidak salah untuk kita sama-sama menggunakan perkhidmatan mereka selepas ini.
BalasPadamTak cari yang lain dah, hahaha...
Salam Bro MAS,
BalasPadamSeronok juga kemana saja ada org kenal, bertambah kenalan. Gudluck to MAS crew...
Kawan kawanggg bukan lawan
BalasPadambukan madu
MAS mmg terbaik bro.
BalasPadamtak pernah lagi jumpe pramugari/pramugara yang bermuka masam...heee...
BalasPadamMungkin layanan istimewa kot. hehehehe...Tapi best juga dapat layanan macam ni. penumpang rasa senang dan berpuas hati.
BalasPadamBeginilah yang kita mahu sebab MAS membawa nama Malaysia di serata dunia..
BalasPadamwahh, kenapa kerusinya berwarna-warni? Macam color coded pulak
BalasPadamTetibe teringin nak balik Miri. Dah 5 bulan tak balik ni.
BalasPadamlayanan airasia dan mas adalah berbeza...
BalasPadamtak pernah naik air asia...hahahahaha..
BalasPadamMacam-macam komen,ya.
BalasPadamAbg nak komen apa?
Naik kapalterbang pun tak pernah.
Hehehe. Duk diam-diam.
(laa.. 'ter'komen jugak...)
Kirim salam kat AG Safwan ;)
BalasPadam