Sabtu, Februari 12, 2011

Pembunuh Masih Bebas

Dilaporkan, warga Myanmar terbunuh akibat ditikam 4 kali di dada.

Kejadian berlaku di Georgetown, Pulau Pinang. 

Kebelakangan ini pembabitan warga Myanmar dalam  kes jenayah bukan lagi asing. Melalui pengamatan saya, biarpun bertubuh kecil, mereka nekad membunuh apabila berlaku pertelingkahan sesama rakan senegara.

Mujur setakat ini tiada kedengaran mereka mengancam keselamatan nyawa penduduk tempatan.

Fakta menarik, suspek kes pembunuhan terbabit kini dilaporkan masih bebas dan dia melarikan diri bersama wanita, rakan sebilik mereka.

Fakta tambahan, kebanyakkan warga Myanmar menetap di negara ini dilihat gemar tinggal serumah bersama wanita berasal dari negara sama. Sebilangan mereka gemar minum arak dan kerap bergaduh apabila berada di bawah pengaruh alkohol.

Baca berita lengkap berhubung kes ini di Kosmo!

Cuma satu teguran kepada wartawan menulis artikel sama.

'Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, DSP Shahurihain Jais berkata, Mg Oo yang berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai dibunuh pada kira-kira pukul 11 malam semalam'

Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Timur Laut tidak mempunyai pegawai berjawatan 'Ketua Jabatan Siasatan Jenayah'. Jawatan sebenar DSP Shahurihain, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontingen Pulau Pinang, SAC Zaharuddin Abdullah.

InsyaAllah saya akan menghubungi beliau siang nanti untuk mengetahui perkembangan terkini kes.

3 ulasan:

  1. biasanya warga indonesia yg suka buat hal.. sekarang myanmar pon dah start tunjuk belang. papepon, pasal wartawan tersilap tu, memang selalu je jumpa kat akhbar. ingat masa belajar kelas media dulu, pensyarah mmg sgt tekankan penggunaan ayat dan ejaan yang betul. kalu nama orang, satu huruf pon x boleh tinggal~

    BalasPadam
  2. Dioarang ni memang ganas...agaknya kesusahan hidup di negara sendiri menjadikan mereka ni suka berebut, kasar dan ganas..

    Kalau cuti umum ke,khas ke, takut nak keluar KL sekarang...macam dok tempat asing...kena usha..

    BalasPadam
  3. Banyakkan kerja Polis, tambah pembangun tambah anggota..membangun bersama sosial bersihnya.. Bila mabuk tak kenal bangsa..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.