Sejak zaman dahulu, perempuan sering disanjung samada mereka sedari atau tidak.
Intan payung, antara gelaran diberikan lelaki kepada pasangan mereka. Gelaran melambangkan bukti betapa perempuan dihargai.
Zaman berubah, gelaran juga berbeza.
Kita dapati majoriti lelaki kemudian memanggil pasangan mereka 'sayang' biarpun sesekali perkataan itu langsung tidak membawa pengertian sebenar.
Maksudnya, apabila berlaku pertelingkahan atau perang mulut maka panggilan manja itu lenyap buat seketika buat keduanya. Masakan sedang marah lelaki berkata ...
"Sayang, sayang benci sungguh dengan perangai sayang . Go to hell sayang! Sayang boleh curang, keluar jumpa kekasih lama sayang tanpa pengetahuan sayang ya?"
Ganjil, manja sangat dan complicated benar kedengarannya, kan? Semak kepala jika begitu bunyi kenyataan dihamburkan ketika marah.
Eh! Chop! Sebilangan lelaki pula menggunakan panggilan berbeza mengikut keadaan. Sewaktu berdua-duaan bersama pasangannya, dia panggil 'sayang' atau singkatannya 'yang'. Apabila berada di khalayak ramai, dia panggil nama sebenar, contohnya, 'Kujie' atau 'Yatie' atau 'Fasha' sahaja.
'Fasha', sekadar nama hiasan, tidak bersangkut paut dengan individu masih hidup atau mati.
Sebilangan pasangan pula menggelarkan diri 'papa' dan 'mama' sedangkan mereka belum diijab kabulkan.
Pernah saya ajukan soalan kepada pasangan menggunakan gelaran itu.
"Kalau awak papa dan dia mama tetapi belum berkahwin lagi, mana anaknya? "
"Itu, anak kita orang," balas perempuan dengan bangga.
Meow! Meow!
Ahah! Mungkin papa dan mama itu sekadar panggilan manja konon menunjukkan betapa eratnya perhubungan mereka, bak suami isteri.
Teringat kepada rakaman video pasangan muda menyalahgunakan panggilan 'papa' sewaktu melakukan hubungan seks di atas keretapi, apabila perempuan menjerit manja ...
"Papa jahat, papa jahat lah!"
Kalau begitu adatnya pasti ramai lelaki kepingin menjadi 'papa'.
Malangnnya apabila bergaduh tahap kronik, hilang gelaran manja terbabit, kenyataan terkeluar begini ...
"Pergi mampus engkaulah! Perempuan celaka! Kau ikutlah jantan kau tu! Main atas kapal terbang pun aku tak kisah!".
Lenyap segala elemen manis dan manja selama ini dituturkan.
Melaui pengamatan saya, kini majoriti remaja menggelar pasangan mereka 'b'. Baby atau hubby?
"B, you kat mana?," tanya lelaki.
"I di rumah b," balas perempuan.
.. my baby you, you're the reason I am alive, because of you ... - Marc Anthony.
Wow! Romantisnya.
Bagi pasangan suami isteri berusia 30 tahun ke atas, bagaimana?
Panggil 'b' juga ke? ... atau ada panggilan lain lebih bersesuaian?
Kemaskini
Saya tertarik dengan komen Kujie berhubung panggilan 'hun', berasal daripada perkataan 'honey'.
Tidak dapat dinafikan sebilangan kita menggunakan perjataan honey sebagai ganti nama pasangan.
Contohnya ...
"Good morning honey"
It sounds so good and sweet as well.
Kalau bosan dengan penggunaan bahasa Inggeris, cuba dalam bahasa Melayu.
"Selamat pagi madu"
Tengok apa reaksi perempuan.
Ha! Ha! Ha! Ha! Best! Best! Best!
Kemaskini II
Komen blogger Cik Fara berhubung ganti nama 'bid' untuk bidadari menarik perhatian saya. Tidak pernah saya dengar sebelum ini.
Lihat, betapa perempuan amat dihargai dek lelaki.
Itu pun kekadang masih marahkan kaum Adam sesuka hati berikutan meluapnya emosi :)
Assalamualaikum.... Terima kasih atas sokongan saudara kerana bagi saya yang sudah lama berpolitik ia adalah lumrah. Sifitnah menyangka saya seperti beliau yang berblog kerana dibela oleh seseorang dan apabila tuannya menyuruh menyalak maka beliau menyalak dan apabila disuruh berhenti maka beliau berhenti.Mungkin kerana terlalu lama duduk dalam kebun getah maka diandaikan sesiapa yang hendak blognya tersenarai maka sejumlah RM perlu dibayar kepada TRO. Apa pun saya tidak pernah menyimpan dendam kerana TRO bersikap profesional.
BalasPadamKalau tengah bermanja panggillah "B", kalau tengah bergaduh digunakan pulak alphabet "A" as in "Eeii you jangan nak mengada-ngada". Bila dah bercerai pakai pulak abjad "J". Tapi kami menggunakan kata ganti diri "saya" dan "awak".
BalasPadamIni cerita seorang kawan saya lagi best. Dia panggil isterinya 'sweetheart', tetapi sebutan itu laju buatkan saya salah dengar.
BalasPadamLalu saya tanya isteri saya, apa kawan kita panggil wife dia 'jirat'. Wife saya gelak. katanya bukannya dia 'jirat', tapi 'sweetheart'.
Begitulah romatisnya dia dgn wife dia. Tapi gf around the plate. Dgn gf lak dia panggil darling.
Tapi last...isteri yg dipanggil 'sweetheart' putus juga...bercerai!
Panggil 'awak' je... hehehe... :)
BalasPadamsalam.... ramai orang guna panggilan 'b' skrg... macam manha he katenye...
BalasPadamapa2 pun gunalah panggilan itu untuk orang sepatutnya...
Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!
Contoh tu macam betul je...mana tau?
BalasPadamhaha..
Bila berjauhan atau dalam keadaan 'separuh sedar' , memang dia panggil 'sayang' atau 'yang'...hehe
tapi kebiasaannya dalam keadaan 'sedar' dia panggil nama atau berawak-awak je
p/s - tak nak buat analisis panggilan 'hun' ke?
so far masih memangil "HUBBY!" sebab kalau nak panggil "LAKI!" macam pelik lak! haha!!
BalasPadammula-mula baca tajuk.. ingatkan berkenaan lesen motor B full.. hihihi..
BalasPadamhttp://irdinailham.blogspot.com/
Salam...saya sebagai remaja yang punya pasangan sendiri turut tertanya-tanya akan penggunaan panggilan-panggilan manja tersebut. Lebih-lebih lagi bagi yang menggunakan 'papa' dan 'mama'. Kedengaran janggal dan hati tertanya, bagaimana jika perhubungan itu tidak sampai ke jinjang pelamin? Apabila sudah tidadk punya apa-apa hubungan tidakkah merasa jangga bila berjumpa nanti? Bagi saya pula, saya lebih selesa dengan panggilan 'saya' dan 'awak'. Penggunaan 'sayang' hanya digunakan sekali sekala terutamanya ketika memujuk. Jangan tak tahu, ketika marah pun panggilan 'sayang' masih digunakan.
BalasPadamkalau tengah marah tu... ber- kau kau... aku aku... je lah... Tak sesuai panggil manja2... sayang... Macam hipokrit pulak
BalasPadamahaha!
BalasPadamsy b my bf yang..
tp ble gduh da tuka sy-awk or lg worse aku-kau!
keh keh keh..
kalau gf saya Fasha, saya panggil dia apa? Soraya? Elikopter?
BalasPadamtgh sayang panggil "B" bila gaduh panggil "B*&%"!
BalasPadamKalau time sayang B tu singkatan utk Baby, tapi kalau time marah B tu singkatan utk (buang Y ganti I). hehehe. Agaknya la...
BalasPadamMmg nampak janggal kalau pasangan yg lebih 30 tahun masih menggunakan panggilan manja. Tapi itulah amalan jiran saya.
BalasPadamTerdengar pakcik jiran panggil isterinya "syg"....
Dlm hati terfikir, adkaha sy jugak mampu utk melakukan sedemikian ketika mencapai usia perkahwinan selama itu...
Insya Allah....
Anda boleh beriklan di SETEMPAT.COM secara percuma!
mungkin panggilang sayang kot..
BalasPadamsbb kakak n abg2 sy sume panggil mcm tu..
Bro Dol, aku suka statement yang paling last tu...Madu. ha ha ha ha
BalasPadamRed Rambutan, tetapi kalau 'dia' tak faham bahasa Melayu, there should not be any problem.
BalasPadamParents masing-masing dah bagi nama elok-elok, tukar dengan B lah, hun lah, dal lah, yayang lah.. ishhh... macam tak kena aje.. walaupun nak menunjukkan betapa romantiknya seseorang itu.
BalasPadamSorry to say, I don't believe in calling spouse with endearments. Saya tak panggil suami saya Abang pun sebab dia sendiri geli geleman.. let alone Sayang ke, B ke, D ke, jadi saya panggil nama dia - nama timangannya di rumah.
Cuma kadang-kadang depan anak, panggil dia Daddy so that anak pun ikut jugak (nanti satu hal pulak kan anak panggil dia pakai nama saja!) and vice versa.
Biasa nya memang begitulah...
BalasPadamTerutamanya pasangan berbangsa Melayu..Jangan marah, itu adalah kenyataan yang cuba dinafikan...
Masa bercinta memang sayang sungguh kepada pasangan masing2 - tak sabar2 nak kawin dan dapat anak, konon. Itu pasal mereka sanggup buat hubungan terlarang...
Tapi bila dah kawin(nikah) tak ada perasaan romantis dan sayang yang 'dibuat2', seperti disaat2 mereka bercinta dahulu.
Banyak orang bercakap..."Kalau nak tengok samada pasangan itu sedang dialam percintaan atau yang sudah berkahwin, lihat saja cara diorang ber'couple' - kalau rapat2 dan agak romantis itu tandanya sedang bercinta; kalau renggang dan macam boring, itu tanda sudah berkahwin.
Ha ha ha memang mudah nak teka lah.
Abang saya panggil wife die B....
BalasPadamdulu macam geli..ape ntah B...B...
baby ape dah tue kan...muehehehhe
tapi rupenye memang nama timangan kakak ipar saya B...atau Bee..
Nama die Ra BI atul...jadi panggil B.. =)
BRO,
BalasPadamorang2 tua dulu pun soh kita panggey “abang” tanda hormat. Panggilan KANDA semakin kurang diguna orang kerana konon nampak kolot... sedangkan itu pun sedap disebut..
Jangan sekali sekali panggil suami dgn nama.
Saya pun ntah bila nak ubah, asyik panggey I, YOU jer..
tapi depan anak-anak memang panggey “Abang”
bila marah belasah I You balik.. hehehehe
Panggilan yang last tu yang tak tahan tu..huhuhuhu..:P
BalasPadamMasa normal boleh letak nama apa pun, masa tak normal itu yang risaunya, tetiba keluar tersasul.
BalasPadam"...banggg, mmm bang...mmm..."
moralnya jangan curang lebih dari 2 orang, alang curang elok 4 org.
saya pon pelik nape org skrg muda2 lagi nak panggil their other half with 'B', 'honey', 'daddy', 'mummy' etc..byk lg sebenarnya...lebih2 lagi kalau budak sekolah n pasangan yg belum kawen or belum ada anak tp 'mummy-daddy', 'papa-mama' jd pilihan..
BalasPadamwhile for me and my partner, we called each other "aku-kau" je sbb we started as friend..so kalau masa sayang or gaduh pun ok jer dengar bunyi panggilan masing2. tp saya respect dgn rakan sekerja saya yg dah pencen..dia panggil suami dia dgn panggilan nama atau pun "comel"..umur masing2 dah 55 ke atas.. cute je kan..romantis di masa tua itu lebih baik lagi rasanya... :)
Perkataan yang paling pelik saya dengar adalah Papa Mama yang digunakan org muda sekarang. heran sungguh saya , bila masa depa menikah.Panggil ja apa pun, tapi kena sesuai dengan keadaan. Baru kena...
BalasPadampernah dengar orang panggil gf dia 'bid', singkatan kpd 'bidadari'.:)
BalasPadam"Selamat pagi madu"
BalasPadamTengok apa reaksi perempuan.
Ha! Ha! Ha! Ha! Best! Best! Best!
siap gelak besar tu..... mau periuk belanga pun terbang
salam
BalasPadamdulu panggil abang-sayang, pastu dah ada anak takut lak anak ikut panggil abang-sayang...tukar jadi ma-bah..
:)
suami panggil saya dengan perkataan 'Yang', saya juga memanggil dia 'Yang' sebagai ganti nama. Tapi bila berbual, biasa kita gunakan perkataan 'awak, saya'. Masa memula kahwin 11 tahun lalu, kebanyakan orang sekeliling akan terpinga-pinga kehairanan (maklum la, masyarakat kampung). Tapi lama-lama telah menjadi kebiasaan. Paling kelakar, masa anak baru belajar bercakap, anak pun memanggil kami 'Yang'. Bila dah selalu dibetulkan, baru la anak pandai panggil 'ibu' & 'ayah'.
BalasPadamwoW! Zeqzeq...
BalasPadamayat...
"moralnya jangan curang lebih dari 2 orang, alang curang elok 4 org."
nanti wife panggil...
"kann...oo kannn..."
bukan kanda...
tapi KANTOI!
I pernah panggil tu kat B..
hehee...
setuju! xsuka budak2 sek guna "mama-papa" cm gedikss jer dgr! arwah mak dgn abah still bahasakn "ma-abah" smpi ke akhir hayat mak. waktu mak kena strok seluruh badan mak mampu sebut Allah jer..akhir2 hari before dia "pergi" terdgr sekali arwah sebut "abah" .. cinta org dolu2 xsemurah cinta org skrg ~
BalasPadamTeman lelaki kawan saya memanggil kawan saya bintang, tetapi masih beraku-kau. Keduanya orang sabah.
BalasPadam'Bintang, kau di mana ni?'
Saya rasa itu sangat sweet
oh,patutla ada traffic source dari blog incik mazidul. rupanya namaku disebut. terima kasih. saya dtg balik ni sbb nak bgtau, sy dengar panggilan bid tu dr hot fm. masa tu diorang tgh bincang pasal nama panggilan juga. hehe. :)
BalasPadamdulu waktu bercinta kami guna I & U...
BalasPadambila dah kawin hubby panggil i dgn nama awalan 'as' dan i panggil dia 'abang'
tapi bila dah ada anak...i kena panggil dia 'abah' dan hubby panggil i 'mama' sebab kalau tidak anak-anak pun mengikut apa yg kita panggi,kan haru tu bila anak-anak panggil i 'as' dan hubby 'abang' hohoho :D
tapi hubby bahasakan diri dia 'abang' walaupun i panggil dia 'abah' hehe..so sweet kan *prasan giler*
........
rasa loya tekak dengar bebudak skrg bercinta panggil 'papa dan mama' kalau boleh nak muntah jer depan dorang :p
masa sayang panggil la 'B'..bila dh gaduh panggil 'B*BI'... tp pernah sy tgk sorang brader tu gaduh ngan bini dia kt public. kes bini dia kuar ngan laki lain. walaupon brader tu askar dan badan dh berasap (baju dh koyak)tp masih panggil bini dia ayang..bahasakan diri dia abang.
BalasPadamMasih lagi setia dengan panggilan ibu dan abah..heheheh bila cuba nak ber darling atau darl, sayang atau yang masing2 gelak mengekek habis macam mana. Zaman berkasih-kasihan dulu setakat saya dan awak jer.
BalasPadammasa mula2 knal husband, he called me baby sambil selang seli dgn nama timangan sy iaitu along..sy plak memang panggil dia abang since mula2 kenal dia lagi sbb hormat dia tua dari sy...pastu after da kawen pom he still called me along (panggilan baby trus ilang) sampaikan famly sy tegur "shes not ur sibling so stop panggil along". pastu dia panggil nama saya aje, azu..manakala sy still pnggil dia abang until now...
BalasPadamhaha.....doa tu ....tgh mrh2 pn masi pgl syg.....tu yg wlpn bgaduh 24 jam tp pkhwinan masih kekal
BalasPadamPanggilan manja penting untuk hubungan suami isteri.. Ada yang selesa panggil abang dan sayang , papa dan mama, honey dan hubby,dan pelbagai lagi. Tapi apa yang penting ialah saling hormat menghormati.
BalasPadam