Jumaat, Februari 18, 2011

Bertunang Sehari

"Cantik jam awak," ujar saya.

Dia kemudian membuka jam di tangannya dan menghulurkan kepada saya.

"Bro, pakailah," katanya.



Tidak perlulah saya perkenalkan kepada pembaca pemberi jam tangan berjenama Luminox, dipakai tentera elit, Navy Seals di Amerika Syarikat terbabit.

Ketika itu saya minum petang bersama bloggers Azhar Abdullah, Hazrey dan pemilik Restoran Banafe di Jalan Abdullah Tahir, Johor Baharu, Shakib Abu Bakar Banafe.

Tetapi ...

Lihat gambar berikut.


Shakib, Hazrey dan Azhar (kanan sekali) tersenyum gembira, saya berduka. Mengapa? 

15 minit sebelum mereka tertawa, saya terdengar perbualan gadis berusia 24 tahun duduk berseorangan di sebelah kami di luar restoran ini.


"Janganlah sedih, kita semua ada masalah," celah saya.

"You datang dari KL?," soalnya.

Dia tidak mengenali saya tetapi kelihatan mesra. Saya mendakwa pemilik premis mencuci kereta di Kuala Lumpur.

"Memanglah pening, saya baru putus tunang," katanya.

"Lebih baik putus tunang sekarang daripada kahwin dan kemudian merana," balas saya.

"Masalahnya, saya bertunang sehari dan kemudian putus," jelasnya.

Ops! Itu kejadian belum pernah saya dengar.

Gadis manis itu kemudian beredar bersama ahli keluarga lain.

10 ulasan:

  1. patutnya bro jawab balik "ok lah kalau nak dibandingkan kahwin sehari lepas tu terus bercerai"

    :)

    BalasPadam
  2. la... kenapa leh jadi macam tu?? dia x story ke?

    BalasPadam
  3. Macam-macam hal manusia ni...rasa macam nak..tapi lepas tu,eh,eh..tak nak lah...

    Apapun itu adalah lebih baik daripada kawin sehari kemudian cerai...

    BalasPadam
  4. siannnn... ^_^

    Abg Mazidul... blog abg saya tak boleh baca time ofis hour la... kena block...

    sian kat saya pulak kan... bila kat rumah je la boleh baca...

    BalasPadam
  5. kesiannya.....luka parah hati dia ni...Ya Allah...kenapa la ek..

    BalasPadam
  6. Kesiannya dia...

    Memang la kita kata lebih baik putus tunang dari bercerai-berai... Namun malu yang dia tanggung tu kita tak tau/rasa...

    Kesian sangat jika dia takde buat apa2 kesalahan...

    BalasPadam
  7. soalan sama nk tanya...sama ngan solan Ritznest.....hehehe...

    masih berpk lg ni kaitan dia....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.