Selasa, Februari 01, 2011

Saya Tidak Bersekolah Tinggi

Saya suka membaca komen Twitter gadis ini. Kerana teruja, saya muatkan screen shot komennya di tampalan ini.


Untuk rekod, saya sama sekali tidak berasa kecil hati dengan komen dilontarkannya.

Melanie Jane Thomas, itu nama pemilik akaun. A very sweet name dan barangkali dia lulusan Harvard University manakala saya tidak bersekolah tinggi.

Marah benar dia, apabila saya dan blogger Hazrey menulis tampalan ini dan ini.

Ya! Ya! Kami berdua bukan penulis blog hiburan terkenal seperti Oh! Bulan atau Roti Kaya cuma bloggers picisan menulis isu berhubung kehidupan.

Sebelum ini jarang benar saya dan Hazrey menulis mengenai kehidupan artis. Kehidupan mereka, hak mereka, tiada kena mengena dengan kami berdua.

Namun apabila terbaca kenyataan janggal dicetak secara terbuka, kami bersuara. Bukan tujuan kami untuk mengaibkan tetapi sekadar berkongsi fakta sebenar.

Jika Melanie menganggap tindakan kami bodoh, itu subjektif.

Apa pun tampalan ini, merungkai kisah di sebalik isu kami bangkitkan.

Selepas ini, tiada lagi kisah artis bakal dimuatkan di sini, biarlah bloggers Oh! Bulan dan Roti Kaya melaksanakan tugasan lazim mereka.
 
Over to  both of you guys!

9 ulasan:

  1. Sesiapa pun boleh saja menulis perkataan yang tidak bijak bila mereka tidak berpuas hati.

    Tidak berpuas hati kerana mereka menyokong seseorang/sesuatu atau taksub terhadapnya.

    Lalu bila ada pihak yang cuba berdiri di tengah, dianggap penghalang dan tidak setaraf.

    Abaikan saja, kerana saya yakin lebih teruk dari itu pun pernah dihadapi dan dilalui oleh Saudara berdua.

    BalasPadam
  2. yang paling menakutkan apabila manusia terlalu taksub dengan artis, sehingga satu tahap memanggil orang lain yang tidak suka artis berkenaan dengan perkataan yang tidak elok. artis lebih penting daripada nabi, masyarakat kita sudah teruk.

    BalasPadam
  3. barangkali dia terlupa, kebebasan di internet bukanlah kebebasan 100 peratus utk berkata apa saja...hurmmm

    BalasPadam
  4. terlalu obses ngn satu artis tu sampai buta
    susah camni kan

    BalasPadam
  5. Kakijari sumpah seranah biasanya berjangkit ke anak cucu, kalu boleh elakan.kesan jangka panjang..

    BalasPadam
  6. terlalu fanatikla minah ni.
    takpela bro buat tampalan kerja2 untuk masuk 999 pun oklah. pasal hal artis ni lantakla...

    BalasPadam
  7. Ala En Mazidul..abaikan je, kita bukannya dapat memuaskan hati setiap orang..kat dunia ni orgnya pelbagai perangai & ragam..asal kita tahu kita menulis kebenaran udahle...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.