Jumaat, Februari 11, 2011

Orang Pendek Kekadang Perangai Pelik?

Kita dilahirkan dengan ketinggian tertentu. Lazimnya, purata ketinggian lelaki Malaysia, lebih 5 kaki. Jarang benar kita bertemu mereka mempunyai ketinggian lebih 6 kaki.

Saya tidak bercadang mendefinasikan perincian 'ketinggian' orang pendek. Hemat saya, majoriti kita mengerti  takrifan 'pendek' saya maksudkan.

Pendek bukan kerdil seperti mendiang pelakon dan pelawak veteran Param (P. Paramasivam), Allahyarham Ibrahim Pendek ( Ibrahim Bin Hassan ) dan Jamal Mohamad atau lebih dikenali sebagai Jamal Kerdil.

Jam 10 malam tadi, saya berpeluang menjamu selera di restoran mamak  bersama beberapa  jiran  tinggal di apartment sama. Entah bagaimana tiba-tiba tercetus cerita berhubung orang pendek. 

Kenyataan bakal saya catatkan di tampalan ini TIDAK menggambarkan sikap semua orang pendek, hanya sebilangan sahaja.

"Lazimnya orang pendek, ayat memang power, sweet talker sebab itu kalau kita tengok kebanyakkan isteri dia orang tinggi dan sebilangan memang cantik," ujar rakan.

Saya difahamkan, sebilangan orang pendek barangkali berasa diri mereka inferior berbanding orang berketinggian normal justeru mereka dikatakan sentiasa sedaya-upaya mencuba untuk kelihatan dan kedengaran 'tinggi' dalam banyak hal.

"Cita-cita dia orang selalu tinggi dan kalau banyak duit, dia akan taburkan duit untuk menarik perhatian orang lain. Tidak mustahil perempuan mudah 'terlekat' dengan dia orang," celah rakan.

4 tahun lalu saya dibawa rakan ke pusat hiburan dangdut terkenal di Melaka Raya, Melaka Bandaraya Bersejarah. Saya duduk di sofa bahagian hadapan berhampiran pentas, lokasi penyanyi mendendangkan lagu dangdut sambil menari. Malangnya, kurang 15 minit menonton persembahan terbabit, pengurus pusat hiburan menghampiri saya.

"Encik Mazidul, saya manager di sini. Maaf ya, saya bukan hendak menghalau tetapi bila encik masuk ke di sini, ramai pelanggan kami dah keluar," ujarnya.

Isyarat jelas mempersilakan saya keluar dari pusat hiburan terbabit tetapi diungkap menggunakan bahasa beradap.

Sebelum beredar saya terpandang 2 pelayan pelanggan mengapit dan melayan lelaki pendek, saya anggarkan usianya hampir 60 tahun.

"Orang tua tu baru jual tanah bang, dapat 20 ribu. Dia kalau booking girls, 2 hari (48 jam) terus, " ujar pelayan mengiring saya dan rakan keluar melalui pintu utama.

Seperkara lagi, lelaki pendek dikatakan mempunyai nafsu seks agak luar biasa.

"Dia orang memang berasa bangga jika dapat 'memanjat' perempuan bertubuh tinggi dan agak besar berbanding saiz badan mereka,"  jelas rakan.

Teringat, pada awal tahun 70 an, lelaki pendek tinggal di kampung saya gemar mengintai perempuan bangun awal pagi menjerang air di dapur rumah kampung.

"Nampak mata dia sahaja di celah dinding, bila dikejar dek Pak Long, rupanya dia," ujar ibu saudara saya.

Orang pendek juga dikatakan berakal panjang. 

"Kawan saya pendek juga. Dia, bila ada duit, selalu bagi kita orang RM20,  suruh pergi beli nasi untuk makan tengahari, katanya. Peliknya, kalau dengan bos, dia sanggup tolong angkatkan beg bos atas," tambah rakan.

Saya terdiam, khusyuk mendengar.

"Kita lelaki selalunya dalam wallet simpan gambar isteri atau anak, dia simpan gambar bos. Macam manalah bos tak suka dengan dia," jelasnya lagi.

2 tahun lalu, kenalan saya ditipu 27 juta ringgit dek lelaki pendek berhubung transaksi pembelian kad prabayar di Lembah Klang.

"Bila jumpa, dia mesti bawa isteri. Isteri dia cantik, bila tengok muka dan gaya isteri dia, kita langsung tak terbayang suami dia con man," keluh kenalan kerugian.

Lelaki pendek, pada masa sama digambarkan sebagai individu petah berkata-kata dan setiap patah perkataan dilontar amat menyakinkan.

Adakah sikap sebegitu sekadar kebetulan dikaitkan dengan orang pendek?

Kita semua barangkali mempunyai sedikit sebanyak pengalaman bercampur-gaul bersama mereka. 

Apa kata anda?

20 ulasan:

  1. 'Pendek' yang kata,

    'panjang' tak kata apa-apa pun...

    p/s: satu perumpamaan yg pernah didengar. Berdasarkan perkataan "pendek kata".

    BalasPadam
  2. ada kenalan pendek.. dia mmg pandai mengeluarkan kata-kata. terlalu yakin dengan diri sehingga memperlekehkan orang lain..sama seperti bro maz catatkan. tapi dia perempuan~

    BalasPadam
  3. (Garu-garu kepala sambil berfikir) - iye ke? ;-)

    BalasPadam
  4. en.mazidul, agak xsopan ayat yg sy nk share nih.. ayat nih kwn sy yg sebut sbb mrhkn sorg lelaki pendek kt opis yg slalu mengutuk gf dia secara lantang di opis..yg lbh meloyakn hina bgi nk rak tp xtinggal pun gf dia tuh.kwn sy kata "org pendek nih, hati dia dkt dgn tangki najis psl tuh hati dia busuk"

    ** tp kesian dgn statement "Encik Mazidul, saya manager di sini. Maaf ya, saya bukan hendak menghalau tetapi bila encik masuk ke di sini, ramai pelanggan kami dah keluar," kalo sy ke pusat dangdut tuh pun sy blk sbb takot keadaan jd kecoh kalo ada apa2 tangkapan..

    BalasPadam
  5. state dari bos saya org pendek ni ego,nak menang aja mngkin kerana tidak mahu dipandang rendah.

    ye ke..

    BalasPadam
  6. Nazz, saya juga mendengar komen sama. Barangkali secara kebetulan :)

    BalasPadam
  7. Bro, orang rendah lagi sweet bunyinya kot.hehe

    BalasPadam
  8. Bahaya jugak orang2 pendek ni ya?
    Ganas!

    BalasPadam
  9. orang perempuan mudah simpati kot..sbb mereka kan istimewa...

    BalasPadam
  10. betol betol ...kawan sekolah saya dulu lelaki orangnye pendek (azuar yahya) - tapi wife dia tinggi , cantik ...cam model
    orang tua tua kata ...kalau lelaki pendek kahwin dengan wife yang tinggi ..rezeki murah...

    BalasPadam
  11. Sejarah orang pendek yang hebat: Hitler, Napoleon Bonoparte, orang Jepun. Sejarah peribadi saya dengan orang pendek, dia orang nie high determination. What ever it takes to get something they want, they willing to do.

    BalasPadam
  12. Mardiah, 'What ever it takes to get something they want, they are willing to do'.

    Itu ada risikonya.

    BalasPadam
  13. pasal "panjat memanjat nie" ada 1 ayat org tua kat kedai minum cakap, masa tuh saya kecik lagi..tapi sampai skang igt

    kalau laki pendek, bini tinggi..."keje" kan atas.."bawah" tinggal..."keje"kan bawah..."atas" tinggal...

    BalasPadam
  14. mungkin suratan atau kebetulan...

    -betul jugak..selalu tengok suaminya 'kecik'ajer..tapi naknyer ramai..errmm:))

    BalasPadam
  15. saya setuju lelaki pendek memang sweet talker
    kdg2 boleh jadi playboy terhebat,
    kalah lelaki tinggi
    kadang2 dorang ni stylo juga
    nak menutup kelemahan mungkin
    hoho~

    BalasPadam
  16. hehe.. sy sangat sokong ttg apa yg diterangkan pasal lelaki pendek di sini. pernah berkenalan dgn lelaki 154cm.. sy 162cm.. tp leh plak tersuka sbb die mmg pandai berkata-kata. rupanya dia playboy. huh..

    BalasPadam
  17. Seorang kawan satu batch dengan saya sewaktu di sekolah dahulu terkenal dengan geleran 'pendek' kerana fizikalnya. Hakikatnya dia juga pandai berkata-kata dan mempunyai beberapa persamaan yang lain seperti yang dinyatakan... mungkin kami tidak patut hairan juga apabila dia menjadi orang pertama menerima gelaran datok di kalangan batch kami... walaupun hakikatnya kami amat hairan dengan apa jasanya membolehkan dia menerima gelaran sedemikian...

    BalasPadam
  18. saya sokong sebab suami kakak dan makcik saya ni orang pendek.. suami diorang selalu pukul diorang..

    BalasPadam
  19. saya lelaki pendek tapi ok jer..hik hik hik

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.