Khamis, Februari 10, 2011

Penjara Menjadi Syurga

200 lelaki ditangkap sedang berparti homoseksual di Bahrain


MANAMA 10 Feb. – Kira-kira 200 lelaki yang sedang berparti homoseksual ditangkap pihak berkuasa Bahrain, semalam.

Pegawai di Kementerian Dalam Negeri berkata, kumpulan tersebut ditangkap atas kesalahan melakukan aktiviti tidak bermoral. 

Polis telah menyerbu sebuah dewan di bandar kecil Muharraq yang penuh dengan lelaki berpakaian seperti wanita sambil menikmati minuman keras. 

Negara-negara Teluk mengharamkan kegiatan homoseksual kerana ia mencabuli ajaran Islam.

Lelaki homoseksual yang ditangkap akan dikenakan hukuman penjara. - REUTERS

....

Di Malaysia lelaki homoseksual ditangkap di rumah urut, dirakamkan kenyataan  di balai polis dan kemudian dibebaskan.

Jika mereka melakukan hubungan seks di luar tabi'i di premis terbabit secara sukarela, tanpa pengadu sekaligus tiada kes. 

Biarpun kondom terpakai dan cecair pelincir ditemui di lokasi sama.

... sebab itu ramai gay naik tocang.

Jika undang-undang  seperti di Bahrain dilaksanakan di Malaysia, pasti ramai gay dipenjarakan bersama banduan lain.

... tetapi banduan lain itu pun lelaki juga, tersilap percaturan, penjara bertukar menjadi syurga bagi mereka.

10 ulasan:

  1. gay-gay malaysia ni jugak naik tocang sebab ada penyanyi dan pelakon dikalangan mereka. ini adalah semacam pengiktirafan. publicity tentang golongan ini meluas menyebabkan mereka berasa bangga untuk jadi gay.

    BalasPadam
  2. Cuba laksanakan undang undang Islam, agak agak ada tak yang berani?

    Diorang ni mmg naiok tocang macm jin toncet dah...berani buat pengakuan lagi...

    BalasPadam
  3. even upin dan ipin pun ada karektor pondan. glorify?

    BalasPadam
  4. haha....

    memang jadi syurga untuk depa la kalo jumpa banduan-banduan lelaki yang lain..

    BalasPadam
  5. kesah2 gay dalam penulisan incik mazidul ini sebenarnya menyeramkan! haha

    BalasPadam
  6. jangan lepas ni ada pulak yg mohon kahwin sesama jantina konon atas tiket hak asasi manusia dah la

    BalasPadam
  7. penjara jadi syurga gay/lesbian?
    kat asrama sekolah banyak je..universiti..

    BalasPadam
  8. hmmm.. susah jugak nak kenakan tindakan terhadap gay ni.. bila fikirkan, cara paling baik ialah penjarakan mereka dengan memakai cawat besi.. ekekeke

    BalasPadam
  9. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni - perbuatan maksiat tidak dapat dikawal lagi.
    Kalau dulu kita pisahkan lelaki dan perempuan sejak dari zaman alam kanak-kanak lagi untuk elakkan dari maksiat /zina; malangnya pengasingan yang baik seperti itu dizaman ini mewujudkan maksiat berbentuk lain pula - homoseksual. Pening kepala!

    BalasPadam
  10. Untuk banteras perkara ini, kita semua kena ambil peduli. Jom baca diblog saya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.