Selasa, Februari 15, 2011

10 Perkara Anda Mungkin Tidak Tahu Mengenai Saya

1. Saya dilahirkan di rumah arwah opah, bukan di hospital dan menurut emak, mula petah bercakap pada usia 8 bulan.

2. Cita-cita sewaktu berusia 7 tahun, menjadi jurutera.

3. Sebelum bersekolah di darjah satu, saya pernah menetap di lombong bijih timah dan estet  getah di Kundang, Rawang, Selangor.

4. Makanan kegemaran saya, petai dan masak lemak cili padi kepala ikan merah.

5. Pernah memandu tanpa henti pada jarak 1,380 batu dari Miami, Florida ke St. Louis. Missouri, Amerika Syarikat.

6. Pada usia 24 tahun menghubungi Syarikat Time Highway Radio untuk mendapat peluang menjadi DJ tetapi ditolak mentah-mentah kerana tidak mempunyai kelulusan dalam bidang penyiaran.

7. Pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem 'Mencari Satu Ijtihad' arahan suami Sheila Rusli dan filem 'Susuk'.

8. Muncul di televisyen kali pertama semasa membuat lintas langsung kejadian gerhana penuh maatahari di Kudat, Sabah pada tahun 1995.

9. Terbabit dalam penerbitan program Malaysia Hari Ini, Remaja, Majalah 3, Analisis, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Bincang Petang, 360, 999 dan Hujah.

10. Sewaktu kecil sukar menyebut perkataan 'Radio', disebut 'Dario'.

17 ulasan:

  1. Kakcik rasa ramai orang Perak (khususnya di kampung kakcik) menyeut Radio sebagai Dario... :)

    BalasPadam
  2. masa kecik dlu pun pernah gak tersebut dario instead of radio.

    BalasPadam
  3. RADIO sebut dario..
    anak dara saya...laut jadi alut...
    lauk jadi aluk..
    nama adik kembarnya...faiq dan faid. tapi dia sebut iqun dan idun!

    harap dah besar jadi orang petah berkata-kata mcm saudara MAS

    BalasPadam
  4. saya sangat suka no 5!!! oh, teringinnya! haha

    BalasPadam
  5. salam..
    fakta yang ke sepuluh tu yang best...darioo..hehehe

    BalasPadam
  6. Sekarang semua orang dah tahu..hehe..Salam Maulidul Rasul yer semua..

    BalasPadam
  7. Ada lagi 10 perkara yang mungkin kani kat luar tak tahu pasal abang. Lepas ini ada lagi kot...

    BalasPadam
  8. No. 5 tu memang 'impian' abg.

    No. 9 - Yang pasti, 'Melodi' takdak dlm senarai tu... Hehehe...

    BalasPadam
  9. owhh..saya juga suka petai
    tp sekarang sudah dikurangkan aktiviti makan petai, apb usia dah makin matang..hhehhe
    sbb nya kerana resdung yg keterlaluan

    BalasPadam
  10. No. 4!!!

    Saya pun tak pernah lepas petai!!! :D
    Kalau masak lemak cili padi, memang habis nasi satu periuk, pasal I ni orang Nogori... :)

    BalasPadam
  11. Kak Cik, sekarang dah boleh sebut dah!

    Aswadz, nama pun budak-budak. Kalau perasan ramai juga orang dewasa sebut 'banggunan' instead of bangunan.

    Hishyam, ya tetapi tidak kesampaian.

    Zakiyah, nanti besar, InsyaAllah dia ok.

    Stephen, Cina makan petai? Oh! Ya! Lupa ... awak flexible! Bila nak kahwin bro?

    BalasPadam
  12. adik saya juga sama macam MAS...Dario...buat kuia _a_io....di tulisnye juge DARIO...=)

    BalasPadam
  13. Bro DOl, kisah hidup kita hampir sama - dilahirkan di kampung rumah nenek
    Tapi dulu
    - cita cita masa sekolah rendah dulu nak jadi 'Orang TV', boleh pergi jalan jalan, orang kampung saya dulu pengawal keselamtan di RTM, dia yang bercerita kehebatan bekerja sebagai 'orang tv'

    Lain lain tu malas nak tulis

    he he

    BalasPadam
  14. kecik2.. saya selalu sebut perut tu purut.. kaunter saya sebut kuanter.. dan ada kawan saya masa kat asrama.. sebut tupperware.. pataware.. dan sekarang.. saya memang suka menterbalikkan bunyik sesuatu perkataan dan jadi ikutan.. contohnya tembikai jadik temkibai.. air bandung jadi air bundang...hehehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.