Ahad, Februari 27, 2011

Gadis Manis Warga Brunei Diberkas (Kes Eksklusif)

Gambar berikut saya rakamkan tepat pada jam 1.46 pagi tadi di Jalan Miri-Pujut, Miri, Sarawak.


Aerobik waktu pagi? Tidak! Teruskan membaca tampalan ini untuk mengetahui kejadian sebenar.

Kita mulakan dengan kisah lelaki ditahan polis trafik Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Miri pada jam 12.26 malam tadi seperti dirakamkan jurukamera 999, Khairul Azhar Mohamed.

"Kita semua lengkap, tengok ini, lesen ada, road tax pun ada"

Ujar lelaki berusia 64 tahun diberhentikan sambil menunjukkan lesen memandunya kepada anggota polis membuat pemeriksaan.

Dia kelihatan tenang tetapi agak terlalu banyak bercakap. Biarpun dalam cahaya samar, camera Canon G12 saya jelas merakamkan kedutan dan urat kasar pada wajahnya.


"Encik banyak minum (arak) ke?," tanya anggota polis berdiri di sebelah motosikalnya.

"Kawan memang banyak minum, saya tak ada sangat, sikit sahaja," balasnya.

Setelah pemeriksaan teliti dilaksanakan, berikut gambar bakul motosikalnya saya rakamkan.


"Saya kumpul tin, mahu jual," celahnya.

"Ada cucu ke?," tanya saya kepada bekas pekerja hospital itu.

"Cucu? Saya ada 4 cicit, sudah bersara, sebulan dapat pencen RM1,000," katanya.

Saya tersenyum melihat telatah lelaki itu sebelum dia secara bangga memaklumkan bilangan cucunya, 8 orang. Dia kelihatan bersahaja sewaktu ditemubual secara hormat dek wartawan, Hazlin Hussain.


Berulangkali dia diarahkan meniup corong plastik mesin penguji kandungan alkohol di dalam darah namun hembusannya terlalu perlahan, terhenti hanya selepas kira-kira 4 saat.

"Encik kena tiup lama sikit, kita tak dapat rekodkan bacaan," jelas anggota polis.

"Saya ashma," ujarnya.

Dia kemudian mengeluarkan inhaler dari poket jaket dipakai namun terus digesa meniup alat SD2 terbabit, akhirnya bacaan direkodkan, 208 Mg, bacaan normal, 80 Mg. Lelaki berketurunan Iban itu disahkan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol lalu dibawa ke IPD Miri untuk ujian kedua. 


Dia boleh didakwa mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang  kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol di dalam darah melebihi had ditetapkan. Sabit kesalahan dia boleh didenda dan dipenjara mengikut keputusan mahkamah.

Terus-terang, saya berasa sedikit simpati biarpun geli hati melihat telatah warga emas terbabit terpaksa diheret ke balai polis pada jam hampir 1 pagi, sedangkan majoriti mereka seusia dengannya sedang tidur nyenyak di rumah. Bagaimanapun tindakan undang-undang tidak mengenal usia, bangsa dan agama.

Kes seterusnya, jika dibaca sahabat saya, blogger Hazrey, pasti dia tersenyum dan melonjak kegembiraan.

Jam 1.25 pagi, pengkid berusia 30 tahun mendakwa bekerja sebagai pengurus dan memandu kenderaan pacuan empat roda, ditahan polis.

Perempuan handsome, itu hemat saya.


"Seronok sangat jumpa you, Hasbullah Awang," katanya selamba kepada saya.

Sebelum ini pemandu mabuk terbabit dalam kemalangan jalanraya di Kelana Jaya, Selangor mendakwa saya bertugas sebagai wartawan program hiburan, Melodi. Kali ini berbeza, nama saya ditukar kepada nama milik pengulas sukan tersohor,  pengacara TV jauh lebih berpengalaman berbanding saya. 


"Saya minta awak hembus lama sikit. Selagi tak dapat bacaan, selagi itu awak akan berada di sini. Kalau tak boleh juga, kita bawa awak ke hospital buat ujian darah (untuk mengesan kandungan alkohol di dalam darah," tegas anggota trafik.

Pengkid barangkali lebih bijak menyedut berbanding meniup atau menghembus. Entah mengapa secara tiba-tiba kenyataan itu menerjah benak pemikiran saya.

Statement 'jahat' kan? Bukanlah! Statement  'sedikit nakal', mungkin.

Seperti saya jangkakan sejak awal, dia kemudian didapati memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Berikut kes lebih menarik ...

Jam 1.46 pagi, 4 gadis dan 2 lelaki berasal dari Brunei ditahan kerana tidak membawa dokumen perjalanan, passport

Hasil pemeriksaan tubuh dibuat anggota  polis wanita secara teliti, gadis berusia 23 tahun dipercayai berada dalam keadaan khayal terbabit didapati memiliki bahan dipercayai dadah jenis Ketamin dan Eramin-5.


"Actually, we came here all the way from Brunei to enjoy ourselves, in Brunei, we don't have any entertainment outlet," ujar rakannya.

Senario sedikit pelik, 3 rakan wanita menaiki kenderaan bersamanya, menyisihkan diri sewaktu gadis terbabit cuba merapati mereka.


Hemat saya, tidak salah warga Brunei berkunjung ke Miri samada bertujuan untuk membeli-belah atau berhibur tetapi pada masa sama, mereka wajib mematuhi undang-undang termaktub di negara berdaulat ini.

Memiliki dadah, kesalahan boleh dihukum mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Saya percaya suspek ditahan bakal direman Isnin akan datang untuk tujuan siasatan. Sepanjang tempoh itu, dijangkan 3 hari,  gadis manis bertubuh langsing itu terpaksa meringkuk di dalam jel sebelum dituduh di Mahkamah Majestrit Miri.

Pelbagai lagi catatan kes bakal saya muatkan di dalam tampalan seterusnya sebelum setiap perincian kami paparkan di dalam program 999 minggu hadapan.

Tunggu ...

Nota

Rujuk Top Rangking untuk melihat kedudukan blog ini.

16 ulasan:

  1. Adakah Miri jadi seperti Padangbesar, Thailand.. kerana pada pengamatan saya, ramai rakyat Malaysia menyeberang ke Padangbesar, Thailand semata-mata kerana hendak berhibur, tambahan pula jika rakyat Perlis/Kedah passport tak diperlukan, cuma menggunakan 'boarder pass' saja..

    BalasPadam
  2. rase nye kt miri mmg byk kes mcm ni...tp x didedahkan...sbb tu mcm bebas je dorg nk buat ape2...

    BalasPadam
  3. Ikutlah cara gadis Brunei..pandai jaga negara.. Tempat cari makan, tempat libur berbeza.. Pandai. Brunei tempat org baik haha. Aman.

    BalasPadam
  4. Moralnya penghuni S.alam, kalau nak menakal memabuk sila lompat ke Wilayah Per atau Klang, supaya bALA boleh beralih ke situ..

    BalasPadam
  5. Salam,

    Saya berasal dari Sarawak dan berharap pendedahan mazidul akan lebih membuka minda dan mata semua pihak. Ini kali pertama saya membaca blog mazidul dan banyak pendedahan yang saya tak pernah terfikir hasil membaca blog mazidul. Hampir semuanya adalah jenayah dan maksiat tetapi sensasi nya menyebabkan ramai pihak perlu melaksanakan sesuatu agar terus dibongkar dan ditamatkan kerana ia merosak bangsa dan negara. TAHNIAH...TAHNIAH

    dari Al Baihaqi di
    http://bajetwang.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. niat dihati kena betulkan.. datang semata2 nak minum arak..erm...at least respect kat negara sendiri. org malaysia? Islam terutamanya ada yg selamba tonggang2 tanpa rasa bersalah.

    BalasPadam
  7. Manis rupa - Boleh lakukan segala?

    Kecelaruan Gender - Selagi langit belum runtuh?

    Yang berusia - Umur hanyalah angka?

    Kita semua yg melihat? - Yg baik jadikan teladan, yg sebaliknya jadikan sempadan.

    BalasPadam
  8. Bila disebut org Brunei...gadis tu mungkin Iban, Dusun, atau Cina yang bukan beragama Islam. Kalau dilihat gambar2 yang 'blur' tu, macam Filipinas pun ada. Org Brunei selalunya jaranglah yang tak bawak pasport nih.
    Memang di Brunei tak ada tempat2 yang 'happening' macam di Miri. Kebanyakan yang mencari hiburan terpaksalah ke KL, Labuan, Miri atau ke sempadan Kuala Lurah...begitulah adanya.

    BalasPadam
  9. Hik hik hik...

    Lintas Laut China Selatan, dah dapat title 'DATUK' tu...

    Lain kali pergi lagi, naik jadi 'Tan Sri' nih...

    Hehe.. Gurau je,Mazidul. (tapi tak mustahil kan..)

    Lain-lain tak pandai nak komen.
    Tak pernah sampai Miri,tak pernah jejak Brunei dan tak pernah mabuk.

    BalasPadam
  10. Sayang sekali...wajah gadis Brunei ini cantik (dilihat wajah yang dikaburkan pun kita dah yakin gadis ini memang cantik & bergaya), tetapi dia terlibat dengan najis dadah moden itu.

    Kita tidak faham kenapa begitu mudah gadis2 seperti ini memusnahkan diri & maruah mereka?
    Adakah 'tragedi' silam atau silap dalam bergaul nembuatkan gadis ini bertindak begitu bodoh walaupun dia didatangkan dengan 'pakej' yang boleh menawan hati lelaki?

    BalasPadam
  11. saya adalah warga Miri yg bkerja kat Brunei. Miri mrupakan "taman tema" buat rakyat Brunei. ini adalah kerana Brunei takda tempat2 hiburan sperti kelab2 mlm dan sbagainya. Alasan gadis tu mmg betul. stiap jumaat, sempadan Miri-Brunei akan penuh dgn rakyat brunei yang berasak2 nak msuk miri. Fuh..shoppin complex mmg pnuh ngan kereta brunei. tu citer siang hari. kalau malam, kelab2 mlm pnuh plak dgn dia org juga..ini sudah jadi kbiasaan bg org brunei.

    BalasPadam
  12. Statement yang sedikit nakal itu berjaya buat saya senyum tersungging, awal pagi ini....:)

    BalasPadam
  13. Ne mesti cina Brunei kan ehheee.. Cos in Brunei not many of us play with pills. Btw good exposure. Love your blog

    BalasPadam
  14. Memang orang Brunei suka ke miri, KK, Labuan, tapi, kalau tanpa diorang ni mungkin industri perniagaan disana tidak sehebat sekarang. Orang Brunei datang pun memang betul lah, kadang untuk melepas kan stress and all, kalau nak buat dekat Brunei pun semuanya tu mungkin tak masuk akal...lagi pun undang2 strict. but before that, sebelum pergi ke Miri, cuba tengok dekat semenanjung dahulu, fr e.g example KL, disana Maksiat di lakukan dengan berleluasa. baru nak jalan dua tapak, ada yang memangil dari belakang 'Bang, mau amoi?' adakah benda sedemikian sudah di anggap 'biasa' atau pun 'dihalalkan' sudah? peminta sedekah yg bukan rakyat setempat merata2 mengotori bandaraya KL, tidak kah ini menjejaskan imej sebagai kotaraya? saya hanya memberi sedikit pandangan serta sedikit bandingan...dari sini lah datangnya contoh-contoh yg tidak senonoh, lalu contoh-contoh ini cuba di adaptasi kan ke wilayah2 lain semata2 untuk mencari keuntungan yg boleh menjejaskan maruah/imej sesebuah negara/bandaraya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.