Lihat warga Bangladesh berusia 40 tahun ini. Dia kelihatan kecewa.
Amat kecewa.
"Saya tarak sempat main lagi lah abang, polis sudah masuk. Bayar pun belum . Itu kaunter jaga punya orang bilang, bayar RM100 sahaja. Lain orang, RM120 ringgit tetapi saya sama ini kedai punyai taukeh ada baik. Saya, proses ayam punya kedai kerja, sana Puchong. Ini kedai punyai bos, selalu ambil ayam sama saya, jadi ada diskaun," jelasnya hampa.
Berikut gambar pasangannya, warga Indonesia sewaktu diberkas di tingkat satu premis 'bar korek' di Bukit Taman Mayang Emas, Petaling Jaya, Selangor pada jam 7 malan semalam.
Turut diberkas, 12 lagi wanita senegaranya dan Vietnam berusia di antara 22 dan 32 tahun. Majoriti mendakwa baru bekerja di premis terbabit.
Berikut pula antara gambar lain diabadikan sewaktu saya membuat liputan lebih 2 jam di premis itu semalam.
Lazimnya, pelayan pelanggan diberkas sebelum ini kelihatan ketakutan dan tidak ketentuan namun operasi kali ini menampilkan gambaran berbeza.
Peace!
Mereka bertugas melayan pelanggan minum di dalam bilik dilengkapi sofa, sistem audio dan penghawa dingin seperti berikut.
Setelah premis digeledah, polis menemui 17 kondom belum digunakan disembunyikan di dalam plastik tong sampah. Dalam operasi sebelum ini, pada 3 Januari lalu, kondom disorokkan di dalam peti ais premis diserbu berulang kali sejak tahun 2008 itu.
2 lelaki, Melayu dan Cina, berusia 22 dan 39 tahun dipercayai penjaga premis sama diberkas polis untuk membantu siasatan. Mereka bagaimana pun mendakwa tidak berkerja di pusat hiburan diserbu.
Semua wanita ditahan dipercayai tinggal di beberapa bilik di premis beroperasi tanpa lesen itu. Saya berpeluang merakamkan beberapa gambar di bilik tidur mereka.
Untuk melayan pelanggan warga tempatan secara lebih selesa, mereka juga mengambil inisiatif sedaya upaya cuba mempelajari bahasa Melayu, berikut buktinya.
dah muak, dah meloya dengan berita-berita macam ini...serbu sana serbu sini tapi tempat2 macam ini tetap tumbuh bagai cendawan lepas hujan...agaknya berniaga macam ini untung banyak dan cepat kaya, pasal itulah mereka tak kisah walaupun di serbu berkali-kali...
BalasPadamagaknya yg kena tangkap tu balaci-balaci aje kot bukan aukenya itu pasallah lepas di serbu seminggu dua dah buka balik...
Kahkahkah!
BalasPadamMaaf BRO, saya tertawa bila membaca entri ini dan melihat gambar2 serta abang Bangla tersebut.
Apa yang dimakan?
Apa yang dibersia? uishhhh rosak bahasa bangsaku.
Memang rata-rata mereka dlm ketakutan, tapi yang sama, mereka PASTI tutup muka, samada tangan, rambut atau handbag.
Kasut? lawa tuuuuuuu...!
Peha? gebu tuuuuu...!
lawak plak baca..tp kalo dipikirkan nasib pelayan2 tu kan..mungkin ada sebab kenapa dorg buat keje ni..mungkin kerana desakan hidup, mungkin juga kerana suka $$$..
BalasPadamAdakah wanita itu sedang mengandung?
BalasPadamMakan? Makan atas tilam ke?
selagi kedai tak kena sita tak dibakar, ianya memberikan menjana pendapatan dan tugas kpd anggota penguatkuasaan dan media masa...teruskan semua ada tugas dan job..untuk membeli beras dan tepung..serta air.
BalasPadamsya pun ketawa baca nota kaki tu...
BalasPadamselagi ada 'musang' selagi tu ada 'ayam'
huhuhu..hajat yang tak kesampaian..
BalasPadamsatu ketika dulu agak pelik bila warga bangladesh, myanmar dan nepal berduyun-duyun masuk hotel bajet dalam waktu-waktu tertentu..macam ada pesta je..rupa-rupanya satu tarikan bagi hotel bajet ni ialah menyediakan kaunter/bilik pembayaran 'bil air'..
xde peruntukkan akta ke nk tangkap tauke?? asyik peruntukkan akta dakwa je..
BalasPadamhahhaha... paling kelakar gambar kaki yg dirakam..
BalasPadamalignment kaki tu mmg terbaekk...
BalasPadameh, kenapa nak komen pasal kaki je ni? hihi
Amboi Mazidul ni kalau bicara pasal pompuan seksi - ibu ayam ...Daring!
BalasPadamHa ha ha...Naluri tiap lelaki tetap sama...Suka kan pompuan...ha ha ha
Minta maaf kalau terasa...
Malaysia punya undang-undang tak tegas ke? kena dikaji dan gubal semula kot.
BalasPadamkesian ayam ayam ayam itu
BalasPadammemang nampak kecewa bebenor lelaki bangladesh tu hehehe
BalasPadamperghh...mana tak frust bangla tuh...kaki comey....
BalasPadambuah limau tu buat apa? appertizer ke?
I cadangkan Puchong diletakkan dalam kategori Lokasi Mcm Genting, bebas buat apa sahaja, kenakan cukai pintu 5kali ganda . Boleh jimat petugas PBT..,ke arah kawasan lain di Selangor. Apasalah beri kebebasan bg bukan Islam.
BalasPadamNota Fikir, apa yang daringnya? Awak ni pelik. Saya hanya mencoretkan fakta.
BalasPadamTerima kasih.
Cikgu Nurin, buah limau tu, masam masam manis :)
wah!!!!! sila panggung ko....
BalasPadambersia ader kat gerik.....
pergh...'kesian'nyer kat mat bangla 2..haha
BalasPadamanyway, nice entry..
Kelakar pulak..hehehe...yerlah hajat tak sampai..agaknya dah berapa lama dia simpan impian..tiba-tiba impiannya dikacau dek pihak berkuasa.....
BalasPadamMemang seronok baca posting bro Mazidul, tapi komen pembaca lagi saya suka...!!!
BalasPadamP/s: Jgn marah bro. Selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti.
bukan main lagi bangla skrg..foto bahasa yg tak boleh blah tu..broken tak hengat punya..dulu saya pernah dpt satu biz kad kat dlm peti surat..dia tulis dekat kad tu.."BANK TAK PINJAM?...KAMI PINJAM!!!SEGALA PERIBADI MENJADIKAN KESULITAN.
BalasPadamSeperti biasa entry2 & foto2 Bro mazidul mmg best..dekat dgn kehidupan kita..REALITY!teruskan posting yg best2 bro..terima kasih
salam,
BalasPadamtolong bongkar sindiket pelacuran di Labuan. Makin menjadi-jadi bagai tiada undang2. atau undang2 sudah di "bayar"