Kira-kira jam 7 malam semalam, saya bersama kru Penyingkap Fakta, Shahrul Ashraf Salehuddin berada di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk mencari beberapa barangan keperluan komputer.
Kami menaiki tangga bergerak ke tingkat satu.
"Tengok itu, lelaki Melayu sedang bertengkar dengan lelaki Bangladesh," bisik saya kepada Shahrul.
Shahrul sempat menoleh, melihat mereka bertengkar di tengah laluan orang ramai. Beberapa saat kemudian 2 lelaki itu berjalan pantas memintas kami berdua. Sejurus kemudian, lelaki Melayu itu berhenti dan kemudian berbisik kepada saya.
"Lelaki Bangladesh itu menipu saya, tolong," ujarnya ringkas.
Lalu saya pantas mengekori mereka ke satu daripada kedai di bahagian hujung. Saya kemudiaan difahamkan, lelaki Bangladesh itu penyewa 4 lot kedai di tingkat 1, kompleks perniagaan terkemuka terbabit.
Lihat saiz rantai emas dan gelang dipakainya.
Pada awalnya, suara warga asing itu terlalu lantang bercakap dengan lelaki Melayu, saya namakan 'Mohd', 25 tahun.
"Awak punya rantai besar, loket besar, gelang besar tetapi kepala jangan besar," saya mengingkatkan lelaki Bangladesh terbabit, 'Bai'.
Dia mendakwa berstatus penduduk tetap Malaysia dan mungkin mengahwini wanita tempatan untuk menetap dan mencari rezeki di negara ini.
Begitulah kelazimannya.
"Sekarang saya bagi sama awak telefon baru, free," katanya kepada Mohd.
Saya berasa sedikit keliru dan menuntut penjelasan agar masalah didepani pelanggan itu mampu diselesaikan.
"Cuba terangkan kepada saya masalah sebenarnya berlaku?," soal saya kepada Mohd.
[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]
"Saya menghantar telefon I-Phone 3GS ke kedai dia, lebih sebulan lalu untuk digantikan LCD dan penutup bahagian belakang. Hampir setiap hari saya menghubungi pekerja dia tetapi dikatakan telefon belum siap, sedang dibaik pulih. Selepas menunggu sekian lama, saya datang ke sini, mengambli telefon itu dan balik," jelas pekerja syarikat Ranhill itu.
Mohd membayar RM260 kepada Bai.
"Beberapa hari selepas itu, saya menyedari, terdapat kelainan pada telefon saya. Penutup belakang dikatakan baru tetapi banyak kesan calar. Lalu saya memeriksa imei telefon itu dan dibandingkan dengan imei tercatat di kotak asal. Ternyata kedua nombor siri itu berbeza. Saya datang kembali bertemu dengan dia. Rupanya motherboard telefon ini telah diganti. Asalnya 16 Gb, ditukar kepada 8 Gb," jelas pelanggan berasal dari Selayang, Selangor itu.
Berikut 2 resit ditunjukkan kepada saya.
Bai memasang telinga, mendengar perbualan kami.
"I-Phone dia (Mohd) 16 Gb dan awak menukar motherboard kepada 8 Gb, jadi awak menipu pelanggan ini, betul?," soal saya secara jelas.
"Ya," dia menjawab, terkedu.
Jawabannya itu didengari oleh puluhan individu berada di sekitar kami.
Saya mendekati Bai dan merenung tepat ke wajahnya.
Jika pada awal pertemuan, penampilan dan suaranya kelihatan dan kedengaran bak singa mengaum kelaparan, tatkala itu perlakuan taukeh terbabit tidak ubah seperti kucing Siam disergah dek tuannya.
"Awak mahu berbincang dengan dia (Mohd), bercakap dengan perlahan. Hormatlah sikit. Kalau mahu lawan kuat suara, suara saya lebih kuat," saya memperingatkannya.
Dia akur.
Saya kemudian mengeluarkan kamera dari dalam beg sandang dan mula merakamkan gambar di lokasi kejadian. Ketika itu lebih ramai pengunjung dan pekerja di plaza itu berkumpul di sekeliling kami.
Tiba-tiba saya dihampiri oleh lelaki India bisu, memakai baju berwarna merah hitam dalam gambar di atas. Dia menghulurkan kepada saya sekeping kertas. Kertas itu tidak saya capai tetapi sempat meluangkan beberapa saat membaca kandungan nota ditulis tangan itu.
'Dia selalu repair, tipu customers'.
Ramai lelaki Cina bertugas di sekitar gerai Bai hanya melihat sambil membisu sahaja.
"Sekarang saya sudah tukar balik motherboard kepada 16 Gb, kos repair tidak perlu dibayar, free," ujar Bai sambil menghulurkan telefon I-Phone kepada Mohd.
"Ini bukan fasal awak tidak mengambil upah membaik pulih telefon. Masa tinggal di Bangladesh, awak mungkin hidup susah, apabila diberikan kebebasan serta peluang berniaga di Malaysia, awak menipu pelanggan," kata saya kepadanya.
"Pekerja dia berbadan besar itu langsi gila sebelum ini," Mohd mengadu.
Saya memandang lelaki dimaksudkan. Bertubuh besar tetapi wajahnya kelihatan tidak ubah seperti wajah bayi baru dilahirkan ke dunia.
"Saya warganegara Malaysia, ini negara saya. Kalau awak rasa, orang Malaysia boleh dipermainkan, sila. Saya mahu tengok," saya memberitahu pekerja terbabit.
Dia tunduk.
Saya kemudian merakamkan gambar satu daripada 3 lot kedai disewakan kepada Bai. Ramai pekerja warga Bangladesh dan Pakistan kelihatan berdiri tercegat di sekitar kami tetapi tiada pula antara mereka berani campur tangan. Walhal ketika itu, saya hanya bersama Shahrul, cuba membantu individu tidak pernah kami kenali sebelum itu.
"Saya pun tidak pasti berapa ramai bilangan pelanggan awak tipu sebelum ini," kata saya kepada Bai.
Dia hanya mendiamkan diri.
Kira-kira setengah jam kemudian, setelah mengucapkan terima kasih, Mohd beredar dari premis itu sambil mengenggam telefon bimbitnya, separuh gembira.
"Di sini ramai orang Bangladesh, Pakistan berniaga dan bekerja terutama di tingkat tiga. Kami pun kurang pasti status mereka samada pemilik dokumen perjalanan sah dan permit kerja atau sebaliknya," bisik peniaga Cina petah berbahasa Melayu.
3 lagi lot kedai disewa oleh Bai terletak di aras sama.
Melihat riak wajahnya, saya dapat menjangkakan, lelaki Cina itu serta peniaga warga tempatan lain sudah terlalu jelak dengan lambakan warga asing di plaza terbabit. Justeru molek sekiranya, penguat kuasa Jabatan Imigeresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu plaza sama sekaligus memeriksa status dokumen perjalanan puluhan pekerja kini berlagak bak taiko, 'abang besar'.
Untuk tidak ditipu, berhati-hati apabila membeli barangan di Plaza Low Yat. Tidak perlu berkunjung ke kedai disewa oleh warga asing, tambahan pula ke kedai Bai.
Saya pasti 100%, hanya Bai sahaja memakai gelang tangan, rantai dan loket sebesar itu. Klik di sini untuk melihat wajah lelaki Bangaldesh itu.
[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]
langsung tiada etika dalam berniaga!
BalasPadamTerima kasih pada saudara mazidul.harap-harapa akan ada pendedahan seterusnya.pihak yang berwajib..adakah pendedahan ini tidak cukup menimbang mutu kerja anda.Adakah selama ini dalam terang pihak yabg berwajib tidak nampak..dan terlalu banyak jabatan terlalu sukat sesuatu tindakan untuk dibuat.
BalasPadamasalam..
BalasPadammohon share untuk rujukan
terimakasih dan wasalam
aku pernah kena tipu kat kedai ni.hantar handphone lebih sebulan x siap.aku buat bising, maki-maki perkerja tu baru Bai pakai rantai besar datang offer handphone lain.
BalasPadamAs`kum En Mazidul
BalasPadamSebagai pengguna kita perlu sedar hak kita
Dah bayar tapi hasilnya tidak memuaskan
Ramai antara kita mudah ditipu
Apa yg penting resit simpan
Jika kita buat aduan kepada kementerian terlibat
dapat diselesaikan cepat ke tidak?
bagus bro Mazidul. saya pun pelik mcm mana depa dpt berniaga mcm ni.
BalasPadambukan lah dengki tapi kalau rasa mcm di"jajah" sapa yg tak sakit hati. menipu pulak tu!
tengok, Bangsa Cina Malaysia pun marah dengan dorang sebab apa? sebab warga asing ni telah mengambil hak perniagaan mereka, jadi, mari kita sama-sama membanteras benda ni, tahniah Mazidul atas maklumat yang amat berguna ini, dan kepada yang selalu beli kat Low Yat,, tak payah, beli je kat kedai sesebuah jenama yang ada sijil kebenaran tu. Better. Tahniah!
BalasPadamPeliknya, bagaimana warga asing ini boleh menyewa sebuah kedai di dalam Plaza lowyat dan menjalankan aktivi perniagaan? Tidakkah pihak Plaza Lowyat sedar akan permasalahan ini?
PadamSaya rasa pihak Plaza lowyat harus dipersalahkan dalam hal ini - kerana jika mereka tidak membenarkan warga asing membuka pernigaaan, saya rasa tidak timbul isu lambakan warga asing khususnya di Plaza lowyat. Untuk katakan tidak ada isu pelangan di tipu, itu saya tidak jamin, kerana perniaga cina pun 2x5 juga.
Persoalan sekarang, siapa dibelakang warga asing ini? bagaimana mereka boleh bersikap 'Besar kepala?.
Saya pasti terdapat 'elemen perlindungan' yang diberikan pada mereka warga asing ini.
plaza low yat tu adalah daerah perniagaan cina sejak dari awal lagi, setahu saya bukan mudah untuk menakluk kawasan perniagaan mereka... jadi fikir fikir lah siapa sebenarnya berada di belakan bai serta puluhan lagi warga asing di situ... gaji abangla ni murah... orang cina nak untung lebih jugak... :)
PadamEncik Mazidul,
BalasPadamSekarang ni bukan setakat dapat shoplot di Low Yat je, dekat area Bukit Bintang ni bersepah diorang ni meniaga kedai runcit. Kebanyakan di Jalan Alor dan Jalan Bedara. Kat Jalan Bedara ni siap meniaga restoran lagi. Bukan nak tutup pintu rezeki sesiapa, tapi harga diorang letak pun boleh tahan mahal, e.g. minyak masak botol 1kg dijual dengan harga RM4, berbanding harga pasaran yang baru RM3.30.
jadilah pengguna yang bijak :)
PadamMereka seharusnya menghormati pelanggan mereka yang menghantar barangan untuk dibaikpulih.
BalasPadamMereka perlu sedar, sekiranya mereka tidak jujur, lebih banyak implikasi negatif bakal mereka hadapi. Kalau jujur, pelanggan pun suka untuk berurusniaga buat kali yang seterusnya.
Terbaik bro...
BalasPadaminilah akibatnya jika kita suka memanjakan warga asing..mereka datang untuk buat onar je kat sini..tak tahu kenapa pihak berkuasa membiarkan saja lambakan warga asing ini kat Malaysia..undang-undang sudah bagus tapi penguatkuasaan cap ayam...
BalasPadamsyabas Mazidul ...rating 10/10 bintang untuk kerja kerja bongkar kisah kemelut masyarakat dan ketirisan pentadbiran..
BalasPadamutk gadget sbrnye kat mana2 pun byk yg menipu. even peniaga melayu pun ssh nak dipercayai unless kite kenal atau biasa dgn salesman tu.......
BalasPadamSaya pelik bagaimana warga Bangladesh n pakistan diberi tmpat memiliki premis2 di sana, sama seperti di Nilai tiga, mereka bebas mempunyai premis sndri, sedang kalau peniaga tmpatan trpksa pula bersaing dan kadang2 premis2 mereka disita dgn zalim
BalasPadamUtk kes tipu ni ok lah penipu patut di hukum dgn memboikot dsb tak kiralah dia bangsa apa sekali pun, tetapi utk kita memboikot peniaga2 pendatang asing spt Bangladesh dll adalah tidak adil. Saya secara peribadi menyokong peniaga2 bangladesh dan pakistan ni terutama yg berugama Islam berniaga dan bersaing dgn kaum-kaum cina. kalau tanpa mereka 100% peniaga disitu adalah kaum cina sahaja. Kaum kita tak payah nak cakap lah dalam bab bersaing ni memang kalah kita, jadi daripada tak ada langsung org kita bersaing lebih baik ada juga wakil ugama kita yg datang bersaing dgn yg demikian sedikit sebanyak menunjjukan org islam juga hebat berniaga. Sekian
BalasPadamAgama apa pun adakah ia nya wajib untuk menipu pelanggan.
Padampersoalannya bukan agama tapi jati diri melayu yang di laungkan pemerintah tu banyak dah hilang bukan meniaga je pakcik oii perempuan MELAYU pun banyak yang cair dengan mereka...mcm mna akan datang dapat menantu bangladesh or menteri kacukan anak luar nikah bangladesh????sekadar luahan fikirkan la ye...sebab lepas ni kalau berterusan melayu makan gaji je dengan mereka...hahaha..
PadamSaya sedang survey iphone 4s dan iphone 5 di mudah.my sekarang ni. Saya ada jumpa beberapa tawaran iphone 4s dan iphone 5 (BARU) pada harga yang murah dari model yang sama tetapi second hand yang orang Cina dan orang Melayu jual.
BalasPadamApabila saya amati nama penjualnya seperti Razak Azizat dan Mohamed. COD di Plaza Low Yatt. Saya syak warga Bangladesh selepas saya baca entry ini. Saya dari awal-awal dah syak mungkin iphone yang dijual clone atau made in China.
Sy plak telah ditipu pakej pelancongan elite vacation.konon dpt murah bila guna servis dia.last2 sendiri kene tipu...call xangkt..sms xjawab..tp bkn bai ..melayu tipu melayu..tu yg sedih..
BalasPadamsamalah... selain pakej elit vacation.. personal insurance pun ada.. macam saudara mazidul pernah bongkarkan di blog ni.. bila nak claim..suruh kita email.. bila follow up dia kata pihak insurance belum bg apa2 feedback.. followup lagi..agen dah berenti.. tya lebih sket.. dia kata oh..tahun pertama tu kita cover khairat kematian aja... hmm...
PadamSaya pn sama kene tipu dengan elite vacation. Register pakej rm999...Sebelum raya puasa hari tu mintak diorang arrange percutian utk family ke Langkawi. Dh bank-in rm2550 utk flight ticket. Buat follow up lepas sebulan, diorang ckp staf yg saya buat deal tu dh lari. Org tu buat part time je. Saya tak puas hati mintak diorg provide detail staf tu utk buat report polis, tapi dia ckp takde. Tak lama pastu call dh tak angkat, email tak reply, website pn terus takde. Carik kat google pn tak jumpa. Tlg bongkar isu ni sebelum lebih ramai lagi yang kene tipu.
PadamSaya pn sama kene tipu dengan elite vacation. Register pakej rm999...Sebelum raya puasa hari tu mintak diorang arrange percutian utk family ke Langkawi. Dh bank-in rm2550 utk flight ticket. Buat follow up lepas sebulan, diorang ckp staf yg saya buat deal tu dh lari. Org tu buat part time je. Saya tak puas hati mintak diorg provide detail staf tu utk buat report polis, tapi dia ckp takde. Tak lama pastu call dh tak angkat, email tak reply, website pn terus takde. Carik kat google pn tak jumpa. Tlg bongkar isu ni sebelum lebih ramai lagi yang kene tipu.
Padamdulu masa belajar di Mantin, rajin juga turun ke lowyat dan imbi plaza beli perkakasan komputer, tapi sejak akhir-akhir ini dipenuhi oleh warga asing, dan kerap kali dengar pelanggan kena tipu, rasa malas nak turun lowyat lagi.kelak orang asing jadi bos, warganegara jadi kuli.apa nak jadi la dengan malaysia ni
BalasPadamDekat BERJAYA TIMES SQUARE pun ada pekerja mat bangla dan pakistan di kawasan kedai handphone dan computer......
BalasPadamBagaimana dgn kerajaan? Saya dah naik muak tengok warga asing berniaga diMalaysia.Dari Pakistan yg jual karpet guna basikal,lps tu guna motor dan skrg sampai blh guna kereta? Siapa yg bagi lesen niaga kat mereka ni? DiTerengganu skrg ni byk kedai perabot yg di buka oleh puak2 Pakistan ni,senang senang ajer dia org dpt berniaga dan kat keuntungan diMalaysia.Sepatutnya warga asing ni di bawa ke Malaysia sebagai kuli ajer
BalasPadamkat sarawak pun ramai sampai saya muak.sy buka kedai pakaian dia org asyik datang tanya bili mana,mao bili sama kita,halga berapa dan byk lagi sampai sy kata tidak,tidak,tidak.merata dia org jual dan buka kedai karpet,perabot.pekerja pun muka dia org sampai pekerja kedai 1M tu pun sy rasa mcm kaum dia org.huhuhu..maklumlah kat sarawak org india,pakistan kan tak ramai
PadamWarga pakistan dan bangla ni bukan bolih dibagi muka,saya memang selalu berurusan dengan diaorg ni utk penyewaan rumah,mula2 baik sangat tapi bila dpt tapak niaga angkuhnya kalah org malaysia.jgn terpedaya dengan kebaikan diorg ni memang kaki penipu.....banyak kali saya terkena...
BalasPadamTerima kasih mazidul bongkarkan kisah mat pakistan yg mula memonopoli perniagaan di low ya ni menipu plak tu....terbaik bro
BalasPadamKerajaan Malaysia melalui penguatkuasa yang diamanahkan, hanya membuncitkan perut makan duit hasil __________ (isikan tempat kosong) sehingga sanggup menggadaikan maruah, harga diri dan hak warga tempatan..welcome to Malaysia..
BalasPadamSaya pernah mengalami keadaan sama tetapi bukan di Lowyat dan Bangla tp di salah satu kompleks yg dipenuhi oleh peniaga telefon bimbit penipu2 Cina. Mereka tawarkan diskaun sehingga 50% drp harga asal ttp ianya bukan original. Semua produk tiruan. Mereka akan kenakan charge tambahan selepas proses pembelian hampir selesai dan jika kita tidak mampu atau tidak bersetuju dgn bayaran tambahan mereka akan mengerumuni kita dan mendesak serta mengugut. Alhamdulillah disbbkan jiwa dan kekentalan Melayu saya mereka terpaksa beralah. Saya hanya maklumkan kepada mereka jika saya rugi 1k saya akan pastikan mereka rugi 1j dan jika mereka apa2kan saya seorang saya akan pastikan mereka akan di apa2kan 10 orang. Jika mereka mahu apa2kan saya pastikan saya mati atau tidak keluar drp kompleks kerana jika saya dpt keluar saya akan pastikan kawasan ini darurat... mereka akur dan mengalah serta memulangkan duit yg di bayar. Saya hairan kenapa kerajaan atau kementerian membiarkan mereka2 ini di biarkan menipu pelanggan begitu sahaja sedangkan semua org perniagaan mereka semua salah. Rasuah. Rasuah. Rasuah.
BalasPadamUwekkkk poyo la lu.....
PadamAs Salam En Mazidul..
BalasPadamMengikut pengetahuan saya tiada permit kerja yg boleh dikeluarkan untuk pekerja bangladesh/pakistan dalam sektor ini melainkan jika mereka pasangan kepada warganegara . Saudara mungkin boleh semak dengan Jabatan Imigresen, saya juga sudah naik muak dengan perilaku mereka.
Saya pernah mengalami insiden hampir ditipu oleh peniaga2 bangsat cina di Plaza Kotaraya. Mereka menawarkan harga hp serendah 50% harga pasaran tetapi sebenarnya ianya bukan produk original. Semuanya produk tiruan. Saya telah di paksa utk membayar charge tambahan setelah urusniaga hampir selesai. Apabila saya tidak bersetuju dan ingin membatalkannya saya telah di kerumuni lebih 10 orang cina2 bangsat ini. Mereka enggan mengembalikan wang saya malah menggugut hendak mengapa2kan saya. Mereka juga dgn bangga mengatakan telah kawtim dgn pihak polis jika saya mahu membuat laporan. Panik seketika ttp kerana sifat berani kerana benar saya telah mencabar mereka dgn bersuara kuat. Saya telah menjerit kuat jika saya rugi 1k saya akan pastikan mereka rugi 1j. Jika saya diapa2kan seorang saya akan pastikan mereka akan diapa2kan 10 orang. Jika mereka kawtim dgn polis saya akan bawa satu batalion askar Melayu. Saya nyatakan kalau mahu tahu keadaan darurat di kompleks ini jgn pulangkan duit saya. Setelah hampir 30minit salah seorang drp mereka memulangkan kembali duit saya. Saya hairan kenapa kerajaan kementerian atau polis boleh membiarkan semua peniaga2 cina bangsat ini berleuasa begitu sahaja. Pihak terlibat jgn gah begitu sahaja dan jgn hanya berani bertindak kepada peniaga Melayu. Ini tanahair kita. Jgn jd bangsat. Jgn jdkan rasuah makanan seisi keluarga. Ops Cantas jgn pilih tempat dan keadaan.
BalasPadamImigresen dan PDRM hendaklah menjalankan Ops Nyah dgn segera di Plaza Low Yat, Plaza Imbi dan Sg Wang serta keseluruhan KL.
BalasPadamSemasa saya mengerjakan ibadah Haji pada tahun 2011, saya dapati hampir keseluruhan kedai2 di Makkah dikuasai warga Bangladesh!
Mereka juga memonopoli kerja2 di Masjidil Haram dan persekitaran nya.
Andai dibiarkan sahaja keadaan ini maka Malaysia juga kan ditakluki 'Bai' begini.
Malaysia for Malaysians.
PIHAK BERKUASA TOLONG GEMPUR WARGA ASING YG BERNIAGA TANPA PERMIT N DOKUMEN YG SAH...
BalasPadamHairan kenapa pihak Imigresen KPDNKK Polis dan lain2 agensi terlibat tidak menggempur PATI yg berniaga di Petaling Street dan semua kompleks2 di Kuala Lumpur? Rasuah Rasuah Rasuah
BalasPadamsaya rasa sudah sampai masanya kerajaan mengambil contoh pendekatan oleh kerajaan UAE. Sewaktu saya bercuti hampir sebulan di sana, pekerja2 bangladesh atau sri lanka atau mana2 saja pekerja asing, kebanyakannya hanya terlibat dalam sektor pembinaan. Kerajaan UAE membina penempatan khas untuk mereka ini di luar bndar Abu Dhabi..agak jauh dan terasing. Pekerja2 ini hanya masuk ke ibukota Abu Dhabi waktu bekerja dan kemudian habis kerja mereka diangkut balik ke tempat tinggal mereka. Mereka tidak dibenarkan berada dalam ibukota abu dhabi sesuka hati. Pada cuti hujung minggu atau hari gaji, berpuluh2 bas akan mengangkut pekerja2 ini untuk ke abu dhabi untuk berbelanja barang keperluan. Mereka diberi jangkamasa yang ditetapkan dan bas akan menunggu mereka untuk diangkut balik. Jadi mereka tidak berkeliaran dan bercampur gaul dengan masyarakat UAE tersebut. Penempatan mereka juga adalah satu kawasan khas yg memang terasing sama sekali dengan penduduk UAE. Berlainan dengan Malaysia, kita dah bercampur aduk pula dengan warga asing ini, itu lah sebabnya timbul segala masaalah jenayah dan gejala sosial. Hari ini jika berada di Kuala Lumpur atau Johor Bahru pada hari raya pertama, kita merasa seolah kita berada di negara mereka...mereka lah rakyat dan kita pulak jadi warganegara asing..mereka memenuhi segenap pelosok kota yg ditanggalkan oleh warganya yg pulang ke kampung..pemandangan yang sangat menakutkan. Kerajaan perlu tegas, mereka ini biar berada di sektor pembinaan atau pembersihan sahaja..malang sekali di bandar kecil seperti tempat saya juga bangla ada kedai sendiri, berniaga di pasar, kedai makan dan macam2 premis lagi..persoalannya ialah..siapa yg meluluskan lesen dan permit kepada mereka ini???
BalasPadamSetuju dan sokong, mmg terlalu longgar dan mudah warga asing ni bergerak bebas di Malaysia, tiada undang2 dan penguatkuasaan yg tegas, jgn ambil mudah warga asing ni macam dah jadi ancaman pada rakyat tempatan skrg ni
PadamNora Jane: saya setuju kata-kata kamu, kerajaan perlu ikut cara negara UAE supaya rakyat lebih hidup dan selesa.......
PadamEn. Mazidul telah memberi harapan pada yang tertindas.. Syabas!!
BalasPadamMazidul telah memberi harapan kepada yang lain untuk bangkit.. Terima Kasih..
BalasPadamsebab tu orang melayu perlu SALING BANTU MEMBANTU!!
BalasPadamkadang2 kita memang nak bantu peniaga melayu dengan cara pergi kedai melayu tapi peniaga Melayu pulak cekik darah kita. itu yang susah
kalau orang melayu tolong melayu, mesti boleh pecahkan monopoli bangsa lain.
No more Low Yat if you care to avoid scam ..
BalasPadamMacam Mazidul kata...
"Untuk tidak ditipu, berhati-hati apabila membeli barangan di Plaza Low Yat. Tidak perlu berkunjung ke kedai disewa oleh warga asing, tambahan pula ke kedai Bai."..
Tahniah ..saudara Mazidul..semoga isu ini menjadi pengajaran kepada semua.
BalasPadamtahniah kerana pendedahan ini, bangla dh smpi di seluruh pelusuk Malaysia sehingga di kampung-kampung.
BalasPadamberkaitan penipuan berkaitan barangan elektronik, sememangnya kawasan tu terkenal dengan penipuan, tetapi tetap jadi pilihan pembeli. sy beberapa kali juga terserempak dengan bro mazidul.
Sesiapa yg biasa gi penang, banyak betul mat bangla jadi peniaga kat pasar malam, itu la bodohnya melayu, dapat tapak sewa kat orang luar, nak senang goyang kaki jer..
BalasPadamMintak izin nak share entry ni ke fb
BalasPadambagus bro buat posting macam ini, bagi orang nampak sikit, keje nak menipu orang ja, ingat duduk malaysia lama dah hebat ka?..sila jangan poyo sangat la....
BalasPadamTerima kasih Mazidul. Untuk elakkan kita semua ditipu oleh mereka. Rasuah dan penipuan adalah budaya biasa di negeri bangladesh.
BalasPadamplease for 1 guy don't blame all .......
BalasPadamHow sure are you that it is about one guy. One guy has confessed that he cheated his customer. That doesn't mean that othr every Banglas are honest in running their businesses.
PadamIt is all about attitude.
Bad.
kawan2 saya, satu batch masa belajar dulu pernah berkongsi dan buka perniagaan handphone di Low Yatt ni. Mereka adlh Melayu wpun salah sorgnya ada darah berketurunan cina, Itu pun mereka kena langsi dgn peniaga lain terutamanya yg menguasai perniagaan di plaza ni. Bangla, Pakistan pula, jgn ckp la. sama jer! last2 satu2 nya kedai org Melayu kat situ pun lenyap. Sedih!
BalasPadamMana perginya Pekida , Perkasa, Per.Pengguna..PDRM..Imigresen ..PBT dan Lain NGO yang mengaku Memperjuangkan rakyat Malaysia ? Kami memang dah muak dengan perangai pendatang yang tak sedar diri ni. Sebaiknya..Buka je Pondok POLIS..joint sekali dgn Imigresen dan Tribunal Pengguna disetiap Shopping Kompleks. Klau ada kes mcmni..terus rujuk tribunal dan klau tak puas hati..report polis terus. Baru le semua puashati.
BalasPadamtunjuk la gmbar mamat bangla tu..so semua boleh hati2
BalasPadamUndi la lagi...
BalasPadamKalau hendak berpolitik, awak berada di ruang yang salah.
PadamIngatkan Sabah je, KK khasnya yg menghadapi 'Fenomena OS' (orang asing) yg melampau. Rupanya KL dlm fasa yang sama.
BalasPadamSya masi ingat waktu sya bekerja di KL sekitar 1996. Org Bangla bleh la dilabelkan sbagai Cheap Worker, keja stesen minyak, tukang sapu dll. Tpi ego dan perwatakan mereka smuanya berubah bila filem Hindi Kuch Kuch Hota Hei meletop! Umpama nilai sebutir batu setanding permata. Untung nasip dorang la kan :p
Tahun lepas 2012, sya pegi KL, makan angin. KL makin pesat, banyak perniagaan dan ramai businessman. Dan ramainya Businessman kolar biru ORANG ASING... pegilah petaling street, 5 tahun lagi, silap sikit penjual Cina kurang 47% lagi... huhu.. 'FENOMENA OS DI KL' ... bleh jadi tajuk movie ni.... ahaks :p
BANG ,,, ADA MASUKKAN KE MANA MANA SETESEN TV TAK UTK TATAPAN UMUM ?
BalasPadamInilah angkara 'memberi muka' kepada pendatang-pendatang asing ini........siapa yang hendak dipersalahkan? rakyat sendiri dianaktirikan...........menyamapah betul....terima kasih saudara mazidul.........
BalasPadamPihak berwajib mana??????xkan goyang kaki jee??aku pon dah terkena, beli tablet harga baru, tapi dia bagi display set..kat City Computer, tingkat 2, ruangan tablet..celaka punya cina!!!korang jangan laa pegi...tapi aku nak PIHAK BERWAJIB ambil laa tindakan..xkan makan gaji buta jee kot??!!bagi anak bini makan, xberkat!!!
BalasPadamPENDEK SAHAJA : RASUAH, DI NEGARA CHINA, PEGAWAI RASUAH DITEMBAK DI KEPALA DI HADAPAN ORANG RAMAI!
BalasPadamOk semua tak suka org asing meniaga.. bagus la.. semangat kenegaraan yg tinggi. Bagus.. tp satu benda kena tekankan kt sini. Kenapa tkde bangsa kita gi conquer bisnes hp atau comp/ tab ni.. asyik dok biar bangsa lain buat duit.. cuba cari kedai aksesori hp melayu yg mampu bertahan lama. Mana ada. .. bila biar non muslim meniaga mmg la tk peduli halal haram.. sebelum kita ter over marah org lain, baik muhasabah diri.. mari kita support peniaga melayu. Nampak kedai melayu jual apa2, kita beli dr mereka. . Kuatkan ekonomi kita..
BalasPadamsaya juga penyewa dan peniaga di tingkat 1 dan dua , pelanggan lebih terjurus kepada mereka ( bangladesh ) sebab dapat menawar kan harga jauh lebih murah dari harga di pasaran SEBAB mereka selalu menukar barang yang sepatutnya di beri pada customer . untung sampai RM10 pun mereka buat sebab mereka dapat untung dari barang yang mereka telah tukar . contoh beli laptop , harga kami jual sepatut nya 2000 .. tapi mereka boleh jual 1900 .. sebab .. mereka tukar battery dan adapter .. dan menggantikan dengan yang bukan original .. battery dan adapter original tersebut mereka jual dgn harga yang tinggi .. di tingkat 1 hanya satu kedai melayu , takde penyewa lain yang berani selain saya dan abang sbb sewa nya agak tinggi ..
BalasPadamhampir 6 tahun saya di plaza low yat , takde siapa yang berani tampil sebagai pelabur , sebab tu monopoli di kuasai oleh warga asing sebab mereka ada FUNDER @ pelabur yang banyak !
BalasPadamape nama kedai awak ye? yang saya suka pegi seri komputer. or kedai alat yg ade jenama. kalau yang berniaga tepi2 tu saya risau sikit.
PadamYep. Sila kongsikan nama kedai kat sini. Boleh kita berurusan di masa hadapan.
PadamYep. Sila kongsikan nama kedai di sini. Boleh kita berurusan di masa hadapan.
Padamsaya baru je beli iphone 4s second isnin 2 nov 13 semalam. sy xpernah pkai ios so, sy xtau yg nk create apple id tu bleh buat sendiri je dan free. peniaga bangladesh tu dh tipu sy..dia putar belit mcm2 n caj saya rm150 lg utk create apple id..sbb first tu dy ckp nk create fake apple id. my mistake sbb xstudy dlu psal iphone..waranty masih ada lg..boleh tak saya nk pergi refund blik dgn alasan dia dh tipu saya..ade sapa2 tahu?
BalasPadamBoleh repair product apple kat sini... Servis baik pulih depan onwer... kene tunggu sikit la... tp puas hati sbb kita tgk dia repair depan mata kita... highly recommended... Owner melayu plak tu...
BalasPadamhttps://www.facebook.com/iphone2fix?fref=ts
Assalamualaikum...
BalasPadamBegini ulasan saya...
Saya memang kerap ke Low Yatt untuk membeli peralatan komputer maupun laptop terpakai untuk bisnes saya. Boleh dikatakan seminggu 2-3 kali saya kesana. Biasanya saya dah biasa dengan beberapa pekedai di sana... Kebanyakan memang Pakistan dan ada jugak Melayu ( mungkin pkerja saja). Diakui untuk kedai servis dan jual komputer di tingkat 2 dikuasai geng2 Pakistan, tapi tak dapat dipastikan siapa toke mereka... Mungkin saya boleh korek sikit lepas nih... Kalau kedai jual barangan baru memang milik cina...
Apa yang saya boleh bagitau, Nak membeli disana kena ada ilmu. Kalau beli benda terpakai, pastikan anda tahu harga pasaran, Harga buka mereka memang cekik darah sebab mereka "test market" dulu tgk pelanggan punya pengetahuan. Kalau anda tunjukkan anda ada ilmu, biasanya diorang akan lebih berhati hati... Dan mungkin anda boleh dapat harga yang berpatutan. Itulah yang berlaku pada saya dulu ketika mula2 membeli. Tapi setelah dah biasa dengan satu satu kedai, sekarang harga memang terbaik saya boleh dapat. Mereka dah kenal saya. Bahkan ada antaranya kalau terdapat stok baru dan menarik di kedai akan hubungi saya terlebih dahulu sebelum pamerkan untuk jualan. Alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar... ada juga cuba cuba try kedai baru... tapi kalau harga tak berbaloi, saya tak beli. Untuk kedai phone saya tak biasa pergi, tapi sebab kes nih saya mungkin nak cuba juga :).
Tapi kalau untuk servis atau repair, percayalah.. memang lubang mereka buat duit... Saya pernah beli satu laptop dan secara kebetulan pekedai terlupa membuang fail dalam komputer tersebut... salah satu fail adalah berkaitan akaun perniagaan mereka... memang diorang banyak buat duit dari servis dan repair... tak payah lah saya dedahkan untung mereka berapa bnyk... tapi fail tu cukup untuk saya jadikan modal bile ada tawar menawar :).
Begitulah sedikit perkongsian saya...
Jabatan Hal Ehwal Pengguna serta Jabatan Imigresen perlu membuat pemeriksaan di sana,bagi tujuan menyelamatkan warga tempatan agar tidak di tipu oleh yg berkenaan...Terima Kasih En. Mazidul atas bantuan serta kerjasama anda dalam membantu mereka yg memerlukan...
BalasPadamAskum bos, rakyat Malaysia terutama nya Melayu banyak melakukan kesilapan, terutamanya dari segi pergaulan dan layanan terhadap orang luar, ada antara kita yang terlalu agungkan orang luar, cuba anda fikir jika anda melancong keluar negara contohnya jepun adakah mereka akan memandang anda sewaktu anda berada ditemoat awam, tidak bukan, tetapi mereka disini kita layan sehabis baik, sehinggakan kita yang pergi bertanyakan kepada mereka bukan.... pandangan saya bro...
BalasPadamAgak2 ada tak "wakil" kerajaan yang baca ni?diorg akan buat serbuan tak?
BalasPadamSalam. Minta disiasat juga mengapa semakin ramai warga asing mampu memiliki kereta mahal. Mereka ada lesen ke? Bukan cemburu dan irihati tapi saya tak mahu rakyat kita menjadi mangsa gara-gara pemandu yang tidak memiliki lesen yang sah.
BalasPadamDi malaysia..ada akta itu ada akta ini..tapi sayang diperingkat pelaksanaan saya dapat lihat banyak kelemahan.dari kedai runcit hingga ke kedai-kedai besar..boleh dikatakan ada saja warga asing yang berniaga.kalau pergi tesco ada pakistan yang jual tudung..kedai runcit milik bangla.gunting rambut dari india .indahnya malaysia.
BalasPadamMungkin ini jawapan nya laporan rasmi belum diterima..
BalasPadamkita tanye antara kita skrang...dimana penguatkuasa KPDNKK dan Imigrsen??? per dia org buat??...saya pasti staus dia org disini sume atas visa so SIAL...kalau kucing tido.. tikus bermaharajalela la..sy adalah pengunjung tetap di Low Yat...memang perniaga di banjiri oleh org pakistan dan Bangladesh....Common bangkit la penguatkuasa imigresen..
BalasPadamhai pembaca semua, saya ni orang kuching...seleoas baca artikek mazidul ni, saya pula kurang percaya sudah dgn plaza low yat...adakah lebih baik saya membeli laptop di kuching walaupun laptop di kuching lebih mahal daripada laptop di KL??betbaloi lagi saya beli di kuching kan daripada saya kena tipu nanti kalau beli di KL sebab saya tak tahu pun mcm mana keadaan peninaga di KL??
BalasPadam