Isnin, Disember 16, 2013

ANAK SARJAN POLIS PALING GEMBIRA

Alhamdulillah, majlis persandingan Siti Shara Shamsudin dan Fadzli Hairi Ramli berlangsung secara lancar di Klang Executive Club, Klang, Selangor.


Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta isteri. Turut serta bersama beliau, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Wira Hamza Taib bersama pasangan masing-masing.

Ayah pengantin perempuan, Superintendan Shamsudin Mat, Ketua Polis Daerah Lahat Datu.


KPN disambut oleh Superintendan Shamsudin dan isteri, Puan Siti Sharina Abdullah.


Saya diundang sebagai pengacara majlis bermula pada jam 8.30 malam tadi.


Pada awalnya majlis diserikan dengan kombinasi persembahan kompang dan tarian Bhangra.


Doa selamat dibacakan oleh penasihat Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal.


Turut ditampilkan acara sword-bearer, istiadat penghormatan kepada Fadzli, bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahat Datu, Sabah.


Antara tetamu paling gembira, anak Sarjan polis, Mohd Farid Hamzah, kerana berpeluang bergambar bersama KPN.


Selamat pengantin baru kepada Shara dan Fadzli, semoga kekal bahagia sehingga ke akhir rakyat.


Jika ingin mendapatkan khidmat saya sebagai pengacara majlis, sila emel mazidulakmal@yahoo.com.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.