1. Tiga beradik terbabit dilaporkan keluar dari rumah di Jalan Datuk Kumbar, Alor Selama pada jam 7.30 malam. Motosikal ditunggang ditinggalkan berkunci kira-kira 1 kilometer dari rumah. Pada jam 9 malam, saksi dilaporkan melihat mereka di kedai kopi di Kampung Gelam. Siapakah membawa 3 beradik terbabit ke situ dari lokasi motosikal diparkir?
2. Mayat Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14 tahun, ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong (1) dalam keadaan hanya bercoli. Adakah mangsa dibunuh di lokasi mayat ditemui?
3. Apakah berlaku kepada 2 adik Noor Syafikah, Nur Izzati Husna Rusdi dan Puteri Nurul Akma Rusdi tatkala Syafikah dibunuh?
4. Adakah mereka bertiga dibunuh di bendang dan 2 mayat adik Syafikah dicampakkan ke dalam terusan MADA (2) dan (3) untuk mengelirukan siasatan pihak polis?
5. Berlaku tindakan penjenayah cuba membogelkan Syafikah atas tujuan tertentu kerana mayatnya ditemui hanya bercoli, apakah terjadi selepas itu?
6. Syafikah dikatakan mati akibat lemas tetapi bukan 'lemas biasa'. Apakah kaedah dia dilemaskan? Jika dicekik laporan pakar bedah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah pasti berupaya mengesan kecederaan di luar dan di dalam bahagian leher. Andai mangsa dilemaskan menggunakan air, sampel air di dalam paru paru mayat dan sampel dari sumber asal air boleh dibandingkan.
[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]
7. Adakah 2 adik Syafikah dibunuh untuk menghapuskan bukti?
8. Di manakah teman lelaki Syafikah pada malam kejadian? Kini dia dipercayai berada di Arau, Perlis. Adakah dia melarikan diri setelah mayat 3 beradik itu ditemui?
9. Adakah pembunuhan dilakukan oleh seorang individu atau berkumpulan?
10. Apakah motif sebenar pembunuhan? Dendam? Cemburu? Atau motif tidak tergapai dek akal kita sebagai orang awam?
Tiada spekulasi, hanya sekadar persoalan.
Sebaik selesai siasatan polis, saya percaya jawaban kepada antara soalan bermain di minda masyarakat itu pasti akan didedahkan.
Orang terdekat? Ada kaitan pertalian? Wallahualam.
BalasPadamWalaupun ianya bukanlah kes berfrofil tinggi saya sangat berharap PDRM akan dapat menyelesaikannya secepat mungkin. Ibu dan ayah kehilanga 3 anak bukan sahaja 3 tetapi kesemuanya, derita mereka hanya Allah yang tahu.
BalasPadamApa kesudahan kes ni ? penjenayah dah diberkas ke blom?
PadamSdra,
BalasPadamSaya teramat sedih dan pilu apabila menatap berita ini.
Reaksi ulung saya adalah bagaimana boleh si ibu dan bapa 3 beradik ini membenarkan mereka (1) membawa motorsikal kerena mereka bawah umur (2) membenarkan 3 gadis sunti keluar rumah lepas maghrib
Seharusnya kita pasrah kepada ketentuan Ilahi, namun kecuaian tetap menjadi duri amalan sesaorang.
Syafiqah berbintikan abdullah..manakala 2 adiknya berbintikan rusdi. Mungkin ada klue disitu.harap pihak pdrm dpt jlnkan siasatan smpai dapat di pelaku. Sedih dgr berita begini dlm usia muda mati dlm keadaan menyedihkan...takziah kepada keluarga mangsa
BalasPadamsetuju
Padam