Isnin, Disember 30, 2013

BAGAIMANAKAH REAKSI MAJORITI PENDUDUK SARAWAK TERHADAP HASRAT NYAHKAN TAIB

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard mengeluarkan kenyataan, Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM melancarkan kempen 'Nyah Taib' di Kuching, Sarawak 

SAMM berhasrat ingin memberikan tekanan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud agar mengundurkan diri. Chegu Bard dilaporkan berada di Sarawak di antara 27 dan 30 Disember.

Klik di sini untuk membaca laporan Keadilan Daily.


Sarawak, negeri amat unik di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 50 suku kaum etnik. Bersama kita ikuti perkembangan tindakan SAMM itu dan reaksi rakyat Negeri Bumi Kenyalang. 


Sebelum ini, saya berulang kali membuat liputan di Sarawak dan mendapati penduduk tempatan amat menghormati tetamu mereka. Kehidupan mereka aman damai terutama penduduk di kawasan pedalaman. 


Jangan Chegu Bard digelar 'orang Malaya', cukuplah. Saya berasa khuatir sekiranya sebilangan rakyat Sarawak berasa sensitif dengan tindakan dilihat sedikit sebanyak mampu menggugat keharmonian kehidupan harian mereka.

Gambar di bawah, dipetik dari sini, dilaporkan penyokong Ketua Menteri, menunggu Chegu Bard di kediaman Taib tetapi dia dikatakan tidak muncul.


Lain padang, lain belalang.

Klik di sini untuk membaca respon awal penduduk Sarawak.

1 ulasan:

  1. Saya pernah berkerja di sarawak di murphy oil Bintulu..rata2 kebanyakan rakyat sarawak pedalaman semuanya ditipu oleh Taib Mahmud dan rata2 mereka merasakan apa yang diberi kerajaan sarawak sudah mencukupi..why not Mazidul pergi ke Petronas (mana-mana anak syarikat petronas) seperti MLNG,Petronas KLCC,Dagangan etc dan interview kakitangan mereka..rata-ratanya menyokong pembangkang kerana statement yang keluar dari menteri berkenaan minyak dan gas 95% hanyalah bohongan..saya juga masih tercari2 manakah yang 5% tetapi belum dijumpai..jangan dikata mereka bodoh kerana rata-ratanya kelulusan Ijazah,bukan mat rempit jalanan..Taib Mahmud buat empayar kekayaan seperti Sultan Brunei (saya juga pernah menjenguk beberapa rumah Taib Mahmud dan anak2nya yang mengalahkan Istana Agong), orang macam ni pn ko nak bela? bukan meminati, tetapi kagum dengan pemerintahan Dr Mahathir ketika krisis ekonomi 1997, beliau mencari solusi untuk meringankan beban rakyat, tiada barang naik mendadak,tiada kesan parah membabitkan rakyat .. DAN tiada menteri ketika itu memberi jawapan "kalau tak nak barang naik, keluar malaysia"..satu statement yg sangat bacul dan bodoh keluar dari mulut seorang menteri yang diamanahkan rakyat mengurus serta mentadbir negara..harap bro Mazidul buat research berkenaan negara yang pernah keluarkan statement..bukan mengarah,hanya memberi cadangan..tiada aras panduan saudara menulis di blog saudara,so saya juga tanpa arah pandu menulis komen di blog saudara..and last orang yg baik dan jahat pasti ada penyokongnya..yang bezanya ada menyokong dengan keikhlasan,dan ada menyokong dengan kebendaan di belakangnya..wasalam

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.