Mari bersama kita teliti, pretasi Pengerusi Biro Media Baru, BMB, UMNO, Ibdilillah Ishak, 37 tahun.
Dia pengendali 2 blog.
Kali terakhir blog pertama dikemas kini 21 Jun 2012.
Entri terakhir ditulis di blog kedua pada 14 Julai 2010.
Ternyata prestasi Ibdilillah sebagai pengendali blog tidak menggambarkan komitmen untuk menggunakan laman sosial sebagai penyebar maklumat. Justeru tidak hairan jika ramai pengendali blog lain mempersoalkan kewajaran perlantikannya sebagai Pengerusi BMB UMNO.
Fakta mustahil dapat disangkal. Bukan mudah untuk mengemas kini blog. Ide sahaja tidak mencukupi. Gabungan usaha dan ide dituntut untuk melahirkan pengendali blog komited.
Oh! Hampir terlupa.
Dia aktif hanya di Instagram dan Twitter.
Wow! Wajahnya seiras Leonardo DeCaprio (Instagram)
Ibdilillah, sebagai pengerusi, terlebih dahulu, molek jika saudara mengucapkan terima kasih kepada semua pengendali blog pro-kerajaan. Kemudian jemput mereka semua untuk berbincang dan gunakan peluang serta ruang itu untuk mengolah ide baru bertujuan memperkasakan penggunaan media sosial.
[ Maaf Ibdilillah, saya terpaksa meletakkan iklan di sini kerana saya pengendali blog tidak dibayar (sukarela). Jika berminat mengiklan produk atau servis dengan diskaun 40%, sila klik DISKAUN ]
Namun jika berasa ide saudara terlalu bernas, biarlah saudara seorang sahaja menjadi pengamal media sosial pro-kerajaan. Tidak perlu mendengar pandangan dan buah fikiran pengamal lain. Kemas kini status Instagram, Twitter, Facebook dan blog.
Blog?
Bolehkah saya membaca entri blog seterusnya pada tahun 2015? Atau terlalu awal untuk dikemaskini selepas 2 tahun?
Jika benar ingin membantu rakyat seperti dikatakan, jom ke Jalan Teratai, Taman Daya Maju, Meru, Kelang, Selangor. Dilaporkan taman perumahan itu telah takluki lebih 10,000 warga Bangladesh.
12 gerai menjual makanan diusahakan oleh anak tempatan dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang, MPK, pada Ogos lalu kerana premis didirikan di atas tanah kerajaan. Peniaga akur tetapi mereka berasa amat hairan melihat kira-kira 40 unit rumah teres 2 tingkat di kawasan sama kini sewenang-wenangnya dijadikan asrama oleh pekerja kilang warga asing namun tidak pula MPK melaksanakan sebarang tindakan tegas.
Biarpun wakil rakyat kawasan terbabit ahli PAS, Dr. Rani Othman, kita ketepikan dahulu soal politik.
Justeru dengan perasaan rendah diri, saya ingin mengundang saudara Superman ke lokasi, bersama membuat liputan untuk dimuat naik ke media sosial agar masalah didepani oleh rakyat tempatan itu didengari sekaligus ditangani dengan kadar segera.
"Hebat! Pengerusi BMB UMNO sanggup datang ke sini demi memperjuangkan nasib rakyat," mungkin itu komen penyokong Pakatan Rakyat.
Pemimpin mereka setakat ini belum lagi berjaya menangani masalah itu.
Saudara juga bakal berpeluang untuk merakamkan pelbagai gambar bersama warga Bangladesh sedang mandi di kawasan terbuka untuk dimuatkan di Instagram.
'B' untuk Bangladesh, boleh dicetak di baju.
"Hebat! Pengerusi BMB UMNO sanggup datang ke sini demi memperjuangkan nasib rakyat," mungkin itu komen penyokong Pakatan Rakyat.
Pemimpin mereka setakat ini belum lagi berjaya menangani masalah itu.
Saudara juga bakal berpeluang untuk merakamkan pelbagai gambar bersama warga Bangladesh sedang mandi di kawasan terbuka untuk dimuatkan di Instagram.
'B' untuk Bangladesh, boleh dicetak di baju.
Andai saudara pengerusi BMB UMNO sudi memenuhi undangan, emel saya di mazidulakmal@yahoo.com.
Tajuk entri saya kelak, 'Superman Turun Padang'.
Adakah pembaca bersetuju sekiranya kami berdua ke lokasi dan mendengar keluhan rakyat? Catatkan pandangan di ruangan komen.
Adakah pembaca bersetuju sekiranya kami berdua ke lokasi dan mendengar keluhan rakyat? Catatkan pandangan di ruangan komen.
I am ever ready to go with him to the location.
Sepatutnya YB Khairy melantik Mazidul Akmal Sidik jer jadi Pengerusi Biro Media Baru Umno. YB Khairy dah tersalah percaturan....tah tah....mamat nih bukan kipas YB Khairy ....tapi bagi Aircond.....hehehe
BalasPadamSaya tidak memiliki akaun Instagram.
PadamYang boleh bekerja depa tak nampak....suka sangat dengan kaki bodek Dan kuat jilat.... inilah QUALITY yang kita dapat..
PadamSetuju....sokonglah azam merton
PadamBro, siapa yang lantik mamat ni ? Kalau kita aggap mamat ni "sedikit bodohnya" kita tidak dapat mengelak dari mengatakan orang yang melantik mamat ni tentulah lebih "banyak bodohnya", tak begitu ? Tapi rasanya yang melantik mamat ni tak bodoh melainkan dia menpunyai agenda tersembunyi yang amat jijik dan akan terbongkar tidak lama lagi.
BalasPadambro rasa nya ada betul nye jgk dakwaan ni... orang yang melantik tu rase2 adalah bakal menjadi SiKitul dlm UMNO...
Padam#lifestyle ape lagi xkan takot kot....
PadamDia terlupa kata laluan blog dia kot bang, tu yang tak kemaskini tu.... hihihihi.... bagi #khairijamaludin je bang, mungkin dia boleh nilaikan sendiri.....
BalasPadamSMTI-nampak sangat pemalas dan kurang bijak mamat ni. Syok sendiri je tu. Sama macam ayam berkokok atas pagar, tahi bersepah di gelegar. Pey gi daaaa
BalasPadamSebab bangang le dapat di lantik. Tk reti le nk berfikir dan melawan tokey
BalasPadamape lagi encik superman..sahut la cabaran bro mazidul tu..turun padang tengok rakyat marhaen ni..setakat turun area ttdi tu apalah maknanya..kawasan orang berada..
BalasPadamTak sabar untuk melihat..
PadamKecewanya rasa bila org sebegini dilantik..harap kj do something..
BalasPadamHairan bin Ajaib apabila orang yang kurang aktif dengan dunia media digital di angkat pegan teraju.kalau panjat bukit boleh pancit belum sampai puncak..
BalasPadamKJ min at Leonardo de Kapriok kot...tu yang lantik je la mamat ni...u jump, I jump....wakaka
BalasPadamTersalah pilih orang..blog tak dikemas kini..ataupun pilih atas dasar kawan-kawan
BalasPadam