Saya terbaca berita mengenai Asmaelz Hadeny II di akhbar New Straits Times, 23 Disember lalu. Dilaporkan, pemilik akaun facebook itu berkata ...
"Relax ... if they (police) are really that good, come and get me"
Kenyataan itu dikeluarkannya berhubung beberapa status di laman sosial menghasut rakyat merusuh pada malam 31 Disember ini. Dia juga berhasrat untuk mendapatkan bom.
Now he had to admit that the police are really good.
Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan ditahan di Saratok, Sarawak dua hari lalu. Barangkali tidak terlintas langsung di fikirannya pasukan khas ditubuhkan oleh Bukit Aman itu mampu memberkasnya di kawasan pedalaman.
Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan ditahan di Saratok, Sarawak dua hari lalu. Barangkali tidak terlintas langsung di fikirannya pasukan khas ditubuhkan oleh Bukit Aman itu mampu memberkasnya di kawasan pedalaman.
Saya pernah berkunjung ke Saratok pada tahun 2009, membuat liputan program 360. Dalam perjalanan ke pekan itu, saya dan kru ditimpa kemalangan, baca di sini.
Suspek itu kemudian dibawa ke Kuala Lumpur. Tentunya menaiki 'belon', pesawat secara percuma.
Semalam, dia direman 5 hari di Mahkamah Jalan Duta untuk polis menjalankan siasatan dan kini ditahan di Bukit Aman. Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, cuba melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara 15 tahun.
Ouch!
Semalam, dia direman 5 hari di Mahkamah Jalan Duta untuk polis menjalankan siasatan dan kini ditahan di Bukit Aman. Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, cuba melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara 15 tahun.
Ouch!
[ Sumber : Klik di sini ]
Sebelum ini, lelaki mengaku penyokong tegar parti pembangkang itu mendakwa akaun facebooknya diceroboh lalu tidak berhajat untuk menyerah diri biarpun mengetahui dia sedang diburu oleh polis.
Perhatikan gambar di atas, dengan tangan digari, dia memalingkan wajahnya, mengelak dirakam oleh jurukamera. Tahu pula malu.
"Begitulah selalu. Sebilangan individu, sebelum ditahan, banyak bercakap. Apabila tangan digari, dia senyap. Macam ayam berak kapur," ujar kenalan saya, pegawai polis.
Kelak, bersama kita lihat, peguam manakah bakal mewakilinya di mahkamah seandainya dia didakwa? Mungkin dia dilahirkan di dalam keluarga berada. Taburkan sahaja wang, pasti sebilangan peguam sudi untuk membelanya di mahkamah.
Itu antara kelaziman tingkah-laku keyboard warrior di Malaysia. Selagi tidak ditahan oleh polis, selagi itul dia menyalak di laman sosial, kebanyakkannya berselindung di sebalik nama palsu. Kononnya identiti mereka tidak terbongkar.
Polis Malaysia bukan bodoh. Pasukan Polis Diraja Malaysia mempunyai pakar IT, antaranya bertugas mengesan individu secara semberono memaparkan status berkebarangkalian menggugat keselamatan negara. Saya mengenali sebilangan mereka. Kepakaran tidak tertulis di dahi tetapi terletak pada kemahiran mereka miliki.
Bagi saya, kes ini satu contoh sepatutnya dijadikan teladan kepada keyboard warriors lain. Usah sesuka hati menyebarkan berita di laman sosial tanpa mengetahu dan memahami undang-undang, jika dilanggar bakal mengheret mereka ke muka pengadilan.
[ Iklan head banner di blog ini, PERCUMA 2 bulan, klik di sini ]
Selama ini, saya kerap berhadapan dengan keyboard warriors mendakwa kononnya ingin meletupkan muka saya, memukul dan sebagainya. Sebaik laporan polis dibuat, mereka mula merayu kerana mengenang nasib anak isteri, jika mereka ditangkap.
Sebilangan tidak tahu kenyataan dicatatkan itu boleh menyebabkan mereka didakwa mengikut Kanun Keseksaan, ugutan jenayah. Segelintir lagi, melontarkan makian dan kecaman, klik di sini dan di sini.
Apabila wakah mereka dipaparkan, dua individu itu ghaib. Teringin benar untuk bersemuka dengan kakitangan Tenaga Nasional Berhad dan Maybank itu. Pengajarannya mudah, jika otak kosong, tidak perlu menulis kenyataan mengakibatkan bahana kepada diri sendiri dan juga keluarga.
Tahu malu.. sekarang anda adalah wira kan..kita tengok sapa akan bantu..smlm saya dapat matlumat ada demo di hadapan kedutaan bangladesh.. buat malu yg dtg semua berkupiah dan berhijab.. mana letaknya adat melayu..
BalasPadamPadan dengan muka dia..sumbat dalam penjara manusia mcm ini, perosak negara..inilah vairus2 yg telah bercambah hasil dari perilaku manusia2 durjana yg sering berkokok memburuk-burukkan pihak lain.
BalasPadammohon pdrm tangkap "rejimen anarki"..ni pn satu lg penyapu ni...mohon sangat
BalasPadamBak kata sorang prof, tak salah kalau buat demo asalkan ikut peraturan dan undang undang... Tp kalau berdemo untuk meruntuhkan kesejahteraan negara, jawapannya padan muka...
BalasPadamPerhimpunan 31 Disember 2013 | Bantah Kenaikan Harga Barang Baru Betul | http://www.papablogger.my/2013/12/perhimpunan-31-disember-2013-bantah.html?m=0
memalukan orang sarawak..buang ke laut jak..
BalasPadamkerajaan malaysia naikkan harga barang senyap jep..hoh..orang kaye takpe gak..najib malaikat agaknye..xder yang x benar melainkan yang benar benar je..kalau komplen baik-baik x layan baik buat rusuhan..tol x..
BalasPadamsaya yang menurut perintah Allah
bn ke pkr ke semua xleh harap..same je..baik agong je memerintah..bias o
BalasPadam