Kru penyiasat dan pengkaji kes paranormal, Malaysian Paranormal Investigators, Penyingkap Fakta, PF, diberikan peluang untuk muncul di di Majalah 3, program terbitan TV3.
Mereka berkunjung ke 3 lokasi. Dua daripada lokasi itu, Kellie's Castle dan Vila Nabila, diiktiraf oleh pengkaji paranormal antarabangsa dan portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia, sebagai lokasi paling menyeramkan di Malaysia.
Rakaman berlangsung di antara 7 dan 24 Disember di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Johor dan Batu Gajah, Perak. Bukan sahaja kejadian aneh disingkap malah fakta berhubung bangunan dilawati itu juga bakal didedahkan.
Ramai responden ditemu bual, berkongsi fakta serta pandangan mengenai lokasi tinjauan. Kekadang kita acapkali dimomokkan dengan berita tidak sahih, disebarkan dari mulut ke mulut atau melalui laman sosial.
"Kami ingin memberi kefahaman kepada masyarakat Malaysia, khususnya mengenai alam jin. Kedua, kami berhasrat menyingkap fakta serta kebenaran bagi memastikan dakwaan tanpa asas tidak disebarkan sekaligus menakutkan masyarakat," ujar Ustaz Zaharuddin Zainal, 34 tahun, imam dan guru bertugas di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Ustaz Zaharuddin, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir berpengalaman merawat pesakit diganggu oleh jin, sejak 18 tahun lalu. Beliau, penasihat kru Penyingkap Fakta.
"Fungsi utama saya sebagai penasihat, memantau perjalanan kru tatkala melakukan kajian mengenai kes paranormal agar aqidah tidak tergelincir dan mereka tidak terbabit dalam amalan khurafat dan syirik," tambah anak kelahiran Melaka itu lagi.
Pelbagai audio dan visual aneh berjaya dirakamkan oleh kru PF, menggunakan peralatan elektronik. Rahsia di ruang dapur Vila Nabila bakal didedahkan kepada penonton.
Klik di sini untuk menonton sebahagian kecil daripada hasil rakaman di lokasi di bawah.
"Saya tidak pernah berasa kekok bersama dengan kru lain. Mereka menerima kehadiran saya sebagai satu satunya kru wanita dengan hati terbuka. Mereka tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu dari segi peralatan dan pengetahuan mengenai dunia paranormal," ujar Rafedziawati Kamal Rafedzi.
Klik di sini.
Kajian telah dijalankan terlebih dahulu sebelu kru PF berkunjung ke Vila Nabila dan Kellie's Castle. Majalah 3 bakal menjawab soalan, adalah dua lokasi itu dihuni oleh entiti paranormal? Berpenunggu? Atau sekadar khabar angin disebarkan secara semberono?
Saya perhatikan, hubungan akrab dijalin perasaan saling menghormati, antara kekuatan kru PF. Kerjaya dan usia mereka berbeza tetapi mereka berkongsi hobi sama.
"Dicatatkan di dalam Al-Quran, Allah menjadikan 3 jenis makhluk di atas muka bumi ini, jin, manusia dan malaikat. Makhluk halus ditakrifkan lebih kepada jin dan syaitan," ujar Ustaz Zaharuddin.
"Adakah PF, kru pencari hantu? Ghost hunters?," soal saya.
"Bukan. Kami menjalankan penyelidikan di lokasi didakwa menyeramkan. Jika kami berjaya merakamkan bukti samada dalam bentuk audio atau pun visual, bahan itu kami kongsikan bersama masyarakat melalui blog PF, klik di sini. Laman Penyingkap Fakta, klik di sini. Kami tidak 'mencipta' hantu semata-mata bertujuan menakutkan orang ramai kerana kami bukan pembikin filem seram. Untuk pengetahuan, PF telah didaftarkan secara sah sebagai sebuah syarikat. Kami menawarkan beberapa servis kepada masyarakat Malaysia, " ujar Shahrul Ashraf Salehuddin.
"Servis bagaimana?," soal saya.
"Ustaz Zaharuddin dibantu oleh kru, berpengalaman merawat pesakit diganggu oleh jin, dengan izin Allah. Pada masa sama, kami sudi dijemput untuk mengendalikan forum atau bengkel paranormal dengan bayaran berpatutan. Untuk memacu aktiviti kami, sokongan masyarakat amat diperlukan. Dana hasil jualan t-shirt berlogo baru kami akan digunakan untuk membiayai kos tinjauan di pelbagai lokasi di masa akan datang," kata petugas portal berita media internet itu.
Klik di sini untuk memesan t-shirt PF.
Kepada pembaca blog ini, jangan lupa untuk menyaksikan Majalah 3, Isnin, 6 Januari 2014, pada jam 9 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.