Selasa, Disember 31, 2013

SERGAH NAJIB BIAR TERKENCING? (HEBAT SUNGGUH INDIVIDU INI)


Saya mengikuti perkembangan perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, antaranya melalui maklumat dikongsikan oleh penyokong perhimpunan di laman sosial.

Ternyata semangat Abiakif Bennzaid berasal dari Pasir Mas, Kelantan, begitu kental untuk menyertai perhimpunan malam ini.


Abiakif, individu berstatus USTAZ.


Ustaz ini berhasrat untuk menyergah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sehingga terkencing.

Itu komen di status terkininya.


Melihat penampilannya, usia Najib dijangka lebih tua berbanding usia USTAZ Abiakif. Lebih molek jika USTAZ berpengetahuan tinggi dalam soal agama menjaga kata-kata dilontarkan tehadap orang lebih tua. Tingkah laku USTAZ lazimnya menjadi ikutan dan panduan ramai. 


Saya berkawan dengan ramai USTAZ dan menghormati setiap mereka.

Usah terlalu emosi tatkala berbicara.

Saya doakan perjalanan pulang USTAZ berkonvoi ke Sri Manjung, Lumut, Perak, selamat selepas menyertai perhimpunan malam ini.

Berita terkini, risalah 'Anwar for president' disebarkan di Kuala Lumpur.


3 ulasan:

  1. perhimpunan malam ini bukan pilihan keseluruhan rakyat Malaysia, diharap pihak polis menjalankan tugas dengan tegas kasi masuk dalam ramai-ramai malam ini. Kita tunggu dan lihat pemimpin PR mana yang nak tolong mereka nanti.................... kesudahannya yang susahnya ahli keluarga sendiri.

    BalasPadam
  2. Banyak gambar boleh edit malam ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.