Rabu, Disember 11, 2013

HANTU KUM KUM

Pada awal tahun 70 an, tatkala masih bersekolah rendah, tersebar kisah hantu kum kum. Barangkali mereka berusia lewat 30 an ke atas tahu mengenai kisah terbabit.


[ Gambar sekadar hiasan ]

Wanita bertudung labuh dan bertutup muka hitam dikatakan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, berjalan kaki dan mengetuk pintu rumah orang ramai.

"Assalamualaikum! Kum! Kum!"

Itulah kaedah sapaan didakwa digunakan oleh hantu itu ketika cuba mendekati orang ramai . Cerita dikongsikan melalui kaedah sebaran mulut ke mulut amat berkesan sekaligus menggerunkan orang ramai.

"Jadi kalau terdengar suara wanita memberikan salam sebegitu, jangan sesekali membuka pintu. Itu mesti hantu kum kum," kata penduduk kampung. 

Sewaktu dalam perjalanan ke Johor menaiki kenderaan bersama Penasihat Penyingkap Fakta, ustaz Zaharuddin Zainal, tidak semena-mena tercetus perbincangan mengenai hantu kum kum.

"Kalau dia (hantu kum kum) terdiri daripada kalangan jin, masakan dia sudi memberikan salam, mendoakan kesejahteraan manusia," hujah ustaz.

"Tambah pula 40 tahun lalu, kita dapati tidak ramai wanita Islam memakai purdah. Jadi cerita hantu berpurdah itu mungkin disebarkan oleh kelompok tidak menyenangi penampilan wanita Islam menutup aurat. Seperkara lagi, cerita hantu acapkali digunakan oleh orang tua untuk membataskan pergerakan anak mereka di luar rumah," tambah saya.

Kini ramai manusia mencari hantu di panggung wayang. Mereka sanggup mengeluarkan wang untuk melihat 'hantu' rekaan. Jika hantu tidak muncul di layar putih, mereka tidak berpuas hati. Sebilangan lain menunggu kehadiran hantu tatkala menonton drama seram di di televisyen.

Maklumat tidak disahkan mengenai hantu kum kum turut dicatatkan oleh Wikipedia, klik di sini.

Tatkala berada di Johor Bahru, Johor, saya berpeluang berbual bersama pelakon, Perkin Ibrahim.

Dia dan beberapa pelakon lain berada di Vila Nabila, merakamkan filem terbaharu Skop Production selama 5 hari. Tajuk filem itu tidak dikongsikan bersama saya.


4 ulasan:

  1. Hantu Kum Kum...zaman kanak2 ribena saya dulu...huhuhuhu. Pic nih mcm kat Villa Nabila..

    http://batulesung.blogspot.com/2013/12/a-trial-of-endurance-trek-to-everest.html

    BalasPadam
  2. hahahhahaha..masa kecik,sy kat labuan..siap org2 ckp hantu tu naik keta kancil warna merah..suka kat anak2 dara..boleh jalan tembus dinding.saya kalau masa mandi siap pusing2 keliling dlm bilik ayaq..takut hantu tu tembus dinding.hahahahha...ingatkan cerita tu kat labuan ja...bila abah dh posting semenanjung,cerita kat member baru,depa kata depa pon dgaq cerita yang sama.hebat betoi cerita tu.hahahahaha.....

    BalasPadam
  3. bos, dia xbg salam penuh, y kedengaran kum, kum. jadi bilamana org datang bg salam gitu, nenek pakat gelakkn dia, haa tu, hantu kum kum da datang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.