Petang tadi Kementerian Dalam Negeri, KDN, mengadakan sidang media tergempar dan mengemukakan 10 bukti mengesahkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sebagai pengikut dan pengamal fahaman Syiah.
Baca di sini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula menggesa kerajaan menangkap pengikut dan ketua Syiah. Namun beliau percaya, kerajaan bukan ingin menyerang Syiah tetapi parti pembangkang.
Klik di sini.
Mat Sabu pula menafikan beliau pengikut Syiah dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, klik di sini.
Setakat ini media hanya memaparkan 10 bukti terbabit tetapi tidak pula mencatatkan tindakan bakal diambil terhadap Mat Sabu.
Jika Mat Sabu bukan pengikut fahaman Syiah, kita bakal melihat beliau menyaman Zahid?
Saya ingin melihat tindakan, bukan hanya sekadar cakap cakap sahaja. It goes to KDN dan Mat Sabu.
Mengikut KSU KDN, antara bukti Mat Sabu pengikut Syiah ialah kerana dia mengkagumi perjuangan Ayatollah Khomenei, tokoh revolusi Islam Iran yang sangat benci Amerika dan Barat itu.
BalasPadamPengajaran untuk kita ialah jangan mengkagumi mereka yang tidak sealiran dengan kita, nanti kita dituduh menganuti agama tokoh yang dikagumi itu. Seperti DS Najib yang dalam ucapan masa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini berkata bahawa dia sangat mengkagumi perjuangan Nelson Mandela. Ucapan DS Najib itu sangat bahaya kerana KDN mungkin akan melabel DS Najib sebagai seorang Kristian kerana Mandela adalah seorang Kristian. Seperti kata Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Menteri Pelajaran) dalam twitter nya tadi adakah dia juga seorang Syiah kerana dia juga turut mengkagumi perjuangan Ayatollah Khomenei? Bagaimana pula dengan Datuk Ibrahim Ali yang juga pernah menemui Ayatollah Khomenei di awal zaman Revolusi Islam dahulu, adakah dia juga pengikut Syiah?
Dan bagaimana dengan ramai orang-orang Melayu yang mengkagumi bintang-bintang Bollywood, adakah mereka patut dilabel sebagai pengikut Hindu, anak-anak muda yang mengkagumi bintang Korea pula dilabel sebagai pengikut Kristian dan Budha??
Apsal sangkut paut dgn agama kritian n hindu????sekarang ni syiah yg bertopeng kan islam....tu ja...xyah nk bt perbandingan dgn agama lain....sekarang ni sapa yg mengamal syiah ni payah kita nk tahu sb syiah berlindung di sebalik ahli sunnah waljamaah......tp cara kdn nk bt bukti dgm nk mengkait kan mat sabu dgn sokongan dia terhadap khomeini adalah bukti x kukuh
PadamSaya setuju dengan semutapi..!
PadamSememangnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengakui dirinya bukan menganuti fahaman Syiah sejak namanya dikaitkan dengan penyebaran Syiah di Malaysia sejak akhir-akhir ini.
BalasPadamNamun, Mat Sabu mengeluarkan kenyataan beliau hanya mengikut dan mengaplikasikan sistem yang diamalkan dalam Syiah serta nilai-nilai yang menjadi pegangan Syiah untuk membangunkan pendirian umat Islam dan mentadbir parti PAS.
Sebagai contoh, Mat Sabu sebagai salah seorang pemberi idea penubuhan Unit Amal dalam PAS yang dibuat sempena susunan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam Syiah.
Beliau dan rakan-rakannyalah yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS yang sehingga kini masih lagi diamalkan.
Penuh:
http://daengselili.blogspot.com/2013/12/mat-sabu-mengakui-pas-guna-sistem-syiah.html
Alamak encik semutapi, kagum sahaja langsung tak jadi bukti sesiapa akan menjadi seperti apa yang dikagumi. Kes Mat Sabu bukan setakat bukti kekaguman beliau terhadap syiah, Khomeini dan ajarannya. Ada juga terdapat bukti-bukti lain. Lapik sujud (sekeping batu), ucapan2nya di Perlis dan Kedah adalah bukti kukuh. Jangan la jadi seperti twitter bekas pemimpin umno yang sorang tu, bagi contoh bila kagum dengan pemimpin beragama kristian, terus jadi kristian. Nampak tak cerdik langsung. Kasihan kepada akal kerana kurang digunapakai...
BalasPadammana bukti mat sabu sujud guna sekeping batu? Jika tiada bukti akan terjadi fitnah! wallahualam..
PadamBaguslah..mengagumi Khomeini .. Khomeini tu lah yg pernah menggelarkan Saiditina Aishah isteri nabi sbg pelacur .. Syiah dan taqiyyah tak boleh dipisahkan.. Kalau dia di pihak yang benar , saman je lah kdn.. nak pung pang pung pang..phuii
BalasPadamsalam..
BalasPadamelok sangat usul mahu siasat dan tangkap ahli dan pergerakan syiah ni. namun ia perlulah menyeluruh. jangan hanya tangkap si singa di hutan. kena tangkap juga kucing jalanan cthnya syiah di kedah dah terang2 sudah kuat benar. sila baca link di bawah:
http://www.sinarharian.com.my/pengikut-syiah-lapor-polis-terhadap-mufti-kedah-1.202695
mereka terang terangan tunjuk diri kepada umum. dengan jelas seolah megah diri pula. pihak berwajib, sila la ambil tindakan tegas ke atas orang-orang seperti ini secepat mungkin. papar dalam media setiap proses risikan dan tangkapan agar rakyat tahu tindakan telah di ambil ataupun tidak.
maaf jika kata-kata saya di atas tidak benar..