Ahad, Disember 29, 2013

DESAK TURUN HARGA (MENGAPA TURUNKAN MARUAH SEKALI?)


Kata mereka, tujuan Perhimpunan TURUN pada malam 31 Disember, untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barang di Malaysia. Kaedah digunakan, berkumpul di Dataran Merdeka seperti dirancang.

Saya terjumpa maklumat di bawah.


Kerajaan Selangor juga didapati menaikkan kadar bayaran pelbagai lesen perniagaan. Justeru penyokong Perhimpunan TURUN wajar membuat bantahan.

Jika diperhatikan, banyak komen penyokong perhimpunan, berbentuk maki-hamun dan penghinaan tatkala menyanggah pandangan golongan rakyat tidak sependapat dengan mereka. Sekaligus mereka TURUN kan maruah diri mereka sendiri. Barangkali kenyataan biadab dicatatkan di laman sosial itu sudah terlalu sebati dengan jiwa mereka sekaligus menyukarkan penyokong terbabit menulis dan meluahkan perasaan secara beradab.


Setiap individu mempunyai pandangan peribadi mengenai isu kenaikan harga barang dan perhimpunan TURUN di Malaysia. Bezanya, samada pandangan itu dikongsikan di laman sosial atau sekadar dipendamkan sahaja. 

Majoriti komen dilontarkan juga berbentuk peribadi kerana pelontar komen bukan lidah rasmi kepada parti politik.


[ Iklan head banner PERCUMA 2 bulan + 50% diskaun, klik di sini ]

Tidak salah jika pandangan sesama kita bercanggah tetapi mengapakah ramai individu beragama Islam terlalu taksub mencaci dan memaki? Bagi saya sebagai pengendali blog, respon sebegitu alah bisa tegal biasa. Tidak langsung menjadi kudis.

Saya berasa simpati terhadap ikon motivasi, Dr. Muhaya Mohamad. Komen terbuka beliau mengenai kaedah menangani kenaikan harga barang dikutuk teruk walhal pandangannya itu berbentuk peribadi. Saya yakin, Muhaya tidak bercakap mewakili Barisan Nasional, PAS atau Parti Pakatan Rakyat.

Berikut penjelasan sususlan oleh Muhaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.