Jumaat, Disember 06, 2013

SUPERMAN BAKAL TURUN PADANG


Saya amat berharap, Pengerusi Biro Media Baru, BMB UMNO baru dilantik, Ibdilillah Ishak kini lebih sedar, sebagai ketua, dia harus berhati-hati sewaktu mengeluarkan kenyataan.

Jangan bertindak terlalu gelojoh.

Klik di sini untuk membaca antara komen di laman Twitter Ibdilillah.


"Buat masa sekarang ini, pada mereka (blogger pro-kerajaan), there is no direction. Direction dia orang hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas pembangkang. DAH TAK ADA KERJA LAIN KE? Bagi saya kita kena fokus bagaimana hendak membantu rakyat," kata Ibdilillah ketika ditemu bual oleh wakil media elektronik.

Ayat ditulis dalam huruf besar di perenggan atas, sedikit sebanyak dilihat bak memperlekehkan usaha serta sumbangan pengendali blog pro-kerajaan sebelum ini. 

Barangkali Ibdilillah tidak sedar.




Alhamdulillah, setakat ini, Ibdilillah kelihatan tenang membalas setiap komen pengamal media sosial di laman Twitternya.

Hemat saya, dia hanya perlu menulis kenyataan di bawah untuk menenangkan keadaan.

It is all about damage control.

"Kepada semua pengendali blog samada pro-kerajaan atau separa pro,  saya memohon maaf sekiranya kenyataan saya keluarkan tempoh hari menyinggung perasaan saudara semua. Tindakan itu tidak disengajakan"

Orang Melayu, pemaaf.

Apapun saya amat tertarik dengan hasratnya untuk membantu rakyat. Jadi saya mengundang dia untuk bersama meninjau sendiri masalah rakyat di Meru, Klang, Selangor, klik di sini.

Berikut respon Ibdilillah.


Untuk menjadi ketua berkredibiliti, kita usah terlalu banyak bercakap, buat dan buktikan. Andai benar Ibdilillah sudi ke lokasi, beruntungnya saya.


I will be writing about what Superman will do. Let's see whether that man of steel could help solving their problem as fast as a speeding bullet.

6 ulasan:

  1. Sampah pun kita kena pikiaq dulu sebelum buang.....inikan pulak kata-kata...nampak sang at Ibdilah ni KANYIAQ lagi...dia ni pun macam follower je ni...bukan thinker..

    BalasPadam
  2. Susah dia ni nanti, rasanya, selagi dia tak minta maaf kepada semua blogger pro kerajaan, memang dia akan terasa bahangnya sampai PRU14...

    BalasPadam
  3. Semua orang pernah cakap/buat salah... Sama lah macam Sdr Ibdilillah, cuma mungkin org marah sbb kata-katanya tak sinonim dgn gambar Supermannya tu. It is good for Sdr Mazidul to enlighten this issue. Saya agak tertarik dgn komen "DAH TAK ADA KERJA LAIN KAH" yang disalah ertikan oleh blogger2 pro kerajaan tu. Saya pulak nak tanya tuan2 blogger: Kerja korang hanya cari salah pembangkang sahaja kah? Tau kah anda rakyat juga tau merasa muak jika hari-hari dijamukan cerita tentang kesalahan orang. Cuba lah tukar strategi pulak, tunjuk pada rakyat apa yang UMNO boleh buat untuk kesejahteraan rakyat.

    -Ahli UMNO sejak 1991

    BalasPadam
  4. Ini lah masalah yg melanda umno sekarang, kalau ketua buat silap ada je yg akan tunjuk bagus nak bela...kalau silap, silap le...nama pun manusia, minta maaf sudah...pengikut umno yg suka mengampu mcm ni lah yg menyebabkan kerosakan demi kerosakan kepada umno..kena perbetulkan kalau salah supaya menjadi bertambah baik. Bukan sokong dan bela membabi buta.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.