Gerakan menurunkan kos sara hidup atau perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan? Barangkali sebilangan sedang terkeliru untuk menentukan jawaban kepada soalan itu.
Pengerusi Pergerakan Turun Kos Sara Hidup, Mohd Azan Safar, 24 tahun, graduan lulusan Universiti Kebangsaaan Malaysia, ditahan oleh polis pada jam 11.35 malam tadi mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Azan dilaporkan mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka pada malam 31 Disember bertujuan untuk menggulingkan kerajaan seperti dipaparkan oleh akhbar Utusan Malaysia, klik di sini.
Sementara itu, polis meminta pemilik akaun facebook, Azmaelz Hadzeny II untuk menyerah diri sekaligus membantu siasatan polis. Dia didapati memaparkan status menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan.
Apapun, saya percaya, penulis status di atas hanya sekadar keyboard warrior, kecut telur jika berhadapan dengan pihak berkuasa. Spesis sebegini memang ramai di negara kita, mereka bertebaran di mana sahaja.
Berbalik kepada jawaban soalan tajuk entri.
Rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan. Namun kumpulan pengikut Azan taksub melakukan flash mob pada 22 Disember lalu.
Apakah objektif mereka sebenarnya?
Apakah objektif mereka sebenarnya?
Flash mob, kaedah turut digunakan oleh penyokong Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya 13, klik di sini.
Eikhwan Ali (bawah kiri), wakil Gerakan Turun Kos Sara Hidup dirakamkan berpidato di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, sementara menunggu Azan dibebaskan.
Saya tertarik mendengar antara kandungan kenyataan disebarkannya oleh Eikhwan, MENDAKWA polis menahan Azan seperti memberkas penjenayah.
Betul ke?
Bukti? Atau itu sekadar dakwaan untuk 'memanaskan' keadaan sekaligus menarik sokongan? Pada masa sama, kedengaran jelas laungan mereka untuk menjatuhkan Barisan Nasional, BN di penghujung pidato.
BN, kerajaan memerintah Malaysia.
Bebas! Bebas! Bebas Azan!
Bebas! Bebas! Bebas Azan!
Turun! Turun! Turun BN!
Klik di sini.
Betul ke?
Bukti? Atau itu sekadar dakwaan untuk 'memanaskan' keadaan sekaligus menarik sokongan? Pada masa sama, kedengaran jelas laungan mereka untuk menjatuhkan Barisan Nasional, BN di penghujung pidato.
BN, kerajaan memerintah Malaysia.
Bebas! Bebas! Bebas Azan!
Bebas! Bebas! Bebas Azan!
Turun! Turun! Turun BN!
Klik di sini.
Sebagai rakyat marhaen, saya menjadi semakin keliru. Objektif asal mereka diuar-uarkan untuk mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup. Tujuan itu bagus tetapi saranan dilaung-laungkan pula untuk menjatuhkan BN.
Mana satu? Atau serampang dua mata? Jika kerajaan dijatuhkan, keadaan negara pasti menjadi hura-hara, seronok benarkah mereka?
Mana satu? Atau serampang dua mata? Jika kerajaan dijatuhkan, keadaan negara pasti menjadi hura-hara, seronok benarkah mereka?
Dia orang ingat kalau kerajaan sekarang digulingkan,tampuk pimpinan kerajaan baru ambil alihmacam tu aje ke?nampak sangat tahap kecerdikan dia orang kat mana.
BalasPadamAbg mazidul saya bukan la hebat sangat...tapi minta pencerahan tentang drikminasi keatas wanita berhijab yang dikatakan sukar mencari pekerjaan...ape sudah jadi...kenapa perlu smpai mcm ni...
BalasPadampower ranger pon kecut telur kalau berpuluh puluh polis dengan senjata..cuba 1 by 1..huh..#APTB
BalasPadamx ada kerajaan yang sempurna..tapi sekurang-kurangnyer leh diminimakan kepincangannye..minta en mazidul lebih bersikap adil bagi ulasan..saya yang menurut perintah Allah S.W.T
BalasPadam