Saya tertarik dengan tindakan parti Gerakan cuba mengumpulkan 100,000 tanda tangan sebagai sokongan untum memansuhkan hukuman mati di Malaysia.
Disarankan hukuman mati digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Menurut Presiden parti itu, Datuk Mah Siew Keong, kempen mengumpulkan tanda tangan itu bakal berlangsung selama 3 bulan sebelum memorandum diserahkan kepada Peguam Negara dan Perdana Menteri.
Saya terfikir, andai setiap penjenayah disabitkan kesalahan membunuh oleh mahkamah, dihukum penjara seumur hidup, siapakah akan menanggung perbelanjaan harian tatkala mereka berada dalam kurungan sebelum maut menjemput mereka?
Parti Gerakan atau persatuan hak asasi manusia?
Bukan tetapi kerajaan Malaysia.
Mari kita teliti satu kes contoh.
Loade Ardina Rasila, 35 tahun, suspek menembak kejam kepala pegawai operasi bank di Subang Jaya, Selangor sehingga berkecai. Kerajaan negara asal Loade Ardina, Indonesia tentunya tidak menanggung perbelanjaan makan minum bekas pengawal keselamatan haram itu tatkala di penjara.
Sekiranya dia didapati bersalah membunuh, adakah dia wajar digantung sampai mati atau hanya dipenjara seumur hidup? Jika mengikut saranan pertubuhan hak asasi manusia dan parti Gerakan, dia bakal terlepas daripada tali gantung. Sekaligus kerajaan terpaksa menanggung biawak hidup.
Klik di sini.
Klik di sini.
Pendapatan kerajaan Malaysia, bukan turun bak hujan dari langit tetapi sebahagian wang diraih daripada rakyat melalui sistem percukaian.
Saya memohon pembaca mencatatkan pandangan, wajarkah hukuman mati untuk pembunuh dimansuhkan?
Dato Mah jgn buang masa buat kerja bodoh.. Lebih baik gunakan mandat baru sbg Presiden Gerakan utk mengukuhkan sokongan kaum cina pada kerajaan itu KPI yg patut dicapai.
BalasPadamHukuman gantung sampai mati untuk pembunuh dimansuhkan. Pada pendapat saya, ia sangat wajar, memandangkan ia bersifat peribadi. Sudah pasti Hukuman gantung itu dapat memuaskan hati mereka yang menjadi mangsa. Namun untuk menjadikan hukuman itu sebagai iktibar untuk orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yg sama, Hukuman gantung jelas gagal. Kes jenayah yang sama terus berulang.
BalasPadamKlu kamu org Islam saya kata kamu bodoh tp klu bukan org Islam maknanye pendapat kamu ni terang teranan salah
PadamXperlu untuk mencari sokongan dengan memperjudikan keamanan dan keselamatan Negara. Dan hanya kerana nak mencari sokongan ini jugaklah maka Kerajaan akan menanggung biawak hidup yang akan berbelanja Billion Ringgit. Nilai tersebut klu dismbngkan tuk kepentingan rakyat itu yang lebih baik. Dan secara x langsung keselamatan dan keamanan negara terjamin.Hukuman Gantung patut diteruskan. Nak bela dan bagi Penjenayah tegar makan minum sampai mampus? Atau Parti Gerakan PP dah kompomi denga DAP?
BalasPadamsgt stuju. ni smua nk dipolitikan.. dr tanggung mereka di penjara mkn minum bagai baik bg rumah anak2 yatim.
Padamsgt setuju. x perlu nk politikkan smua benda. dr tanggung mereka ni kt penjara baik bg duit tu pd rumah anak2 yatim.
PadamTeruskan hukuman Mati... Xperlu kita nak menanggung biawah hidup memakan belanja Bilion Ringgit. Jgn kerana nak mencari sokongan, kita gadaikan keamanan dan keselamatan Negara yang kita sedang kecapi. Atau pun Parti Gerakan PP dan berkempromi dengan DAP.
BalasPadamseperti undang2 hudud dan syariah yang merupakan jelas2 hukum Allah sudah tentu hukum bunuh dibalas bunuh, tapi meneliti atas sebab apakah dia melakukannya, adakah sebab dianiaya dan dizalimi oleh si mangsa yang kena bunuh itu? jadi hukum bunuh sangat berpatutan seperti undang2 qisas yang terdapat dalam hudud, sayangnya malaysia cuma mengambil sebahagian dan mengubahsuai sebahagian lagi untuk kesenangan pemerintah....jika tak tentu malaysia dah aman damai dan makmur.
BalasPadamwah!
BalasPadammakan tanggung, berak canggung le jawabnya
banyak syok gitu..tak payah bayar sewa rumah lagi
makan cukup 3 kali sehari.. konfem makan nasi lauk ayam/ikan
ker dlm penjara makan ikan kering?
teruskan dgn hukuman gantung..kalau penjara seumur hidup,wahhhhhh....senang banyak la penjenayah mcm dia ni.makan minum tpt tinggal semua percuma.ntah2 boleh belajar macam2 seni atau kraftangan lg...takdak maknanya suma tu.dah la pendatang asing.buat onar pulak kat negara kita.lepas tu nak bela dia pulak.huh!!
BalasPadamsetuju hukum bunuh masih diteruskan. dan kepada sesiapa yg berfikir hukum hudud dapat menjadikan negara jenayah sifar fikir balik...pi arab saudi sana..tanya negara dia ade kes jenayah tak? berapa ramai mangsa rogol tak dapat pembelaan kerana tak ada saksi...berapa byk ketirisan perundangan hudud. hukum dr allah tapi yg jalankan manusia...bila manusia yg jalankan pasti ade banyak kelemahan.
BalasPadamAstagfirullah, Hukuman hudud mmg dr Allah SWT dan dr dl mmg manusia yg menjalanknnye. Syariat Allah SWT tiada kelemahan sila rujuk dgn ustaz dan org yg arif ugama krn pejelasan sgt panjang. Jgn tolak hukum Allah SWT sbb blh jatuh kufar. Cthnye, klu org x solat sbb malas dia dpt dosa sbb x solat ttp jika dia tidak solat krn fikir tidak perlu solat atau mempersoalkan hukum solat maka kufur jwbnye
Padamtak kena kat batang hidung, boleh la suruh penjara je.. Walhal kalau bini dia sendiri yang mati kena tembak dek penyamun, rasanya dia nak siat siat kulit pembunuh tu dan letak limau kasturi...
BalasPadamAgaknya kalau mak, ayah, isteri or anak2 dia yang ditembak oleh si Loade tuh.. adakah dia akan berpuashati dengan hukuman penjara seumur hidup dan, paling best, dia jugak (sebagai pembayar cukai) menanggung si pembunuh??? saya tidak akan sign untuk pemansuhan akta tersebut for sure
BalasPadamassalamualaikum mazidul...hukuman gantung lebih baik kenapa nak biarkan hukuman seumur hidup jer...kesian arwah mati dgn cara yg sia2 jer...
BalasPadampenyangak akan membela penyangak. pembunuh tidak mahu dirinya dibunuh.. sudah terang lagi bersuluh...
BalasPadamapa perasaan Datuk Mah Siew Keong sekiranya anak beranak atau suku sakat dia mati dalam keadaan ditembak? please laaaa show ur empathy wahai Datuk...
BalasPadambanggangnya org yg nak buat ni. org kata hutang nyawa di bayar nyawa!!!
BalasPadamsaya sokong hukuman mati utk jenayah kejam...kalau tidak saya yg "mati" menanggung cukai...
BalasPadammemang ramai la manusia lakukan jenayah dgn senang hati lebih2 lagi kes bunuh.cadangan yang langsung tak dikaji.
BalasPadamkalau dah mansuh hukuman gantung sampai mati tu, memang patotla jenayah berleluasa. nanti tak silap hari bulan, orang buat jenayah sebab tak mampu nk tampung kos sara hidup kat luar. dalam penjara kan free je.
BalasPadamMungkin untuk kes kes yang bukan melibatkan "pembunuhan" secara lansung seperti mengedar dadah, memiliki senjata api, kes culik dan sebagainya, mungkin lebih sesuai penjara seumur hidup tapi bagi kes kes yang melibat pembunuhan secara lansung termasuk memandu dalam keadaan mabuk, cuai dan merbahaya sehingga menyebabkan orang tidak berdosa menjadi mangsa (mati) maka elok dilaksanakan hukuman gantung sampai mati - ini baru adil pada pendapat saya.
BalasPadamtak kuasa aku bayar cukai untuk tanggung penjenayah
BalasPadamKeluarga mangsa pun belum tentu dapat makan seperti pembunuh tu dalam penjara....baik bagi je duit biaya pembunuh tu kepada keluarga mangsa....I say no no and no......
BalasPadambunuh org dengan sengaja...wajar di bunuh balas...
BalasPadamtidak wajar...
BalasPadam