Ibdilillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru, BMB, UMNO. Kenyataannya ternyata mengguris hati ramai pengendali blog pro-kerajaan.
Sekaligus saya juga berasa amat hairan berhubung rational individu bercakap dalam bahasa rojak sewaktu ditemu bual, diamanahkan tanggungjawab begitu gah. Sila tonton rakaman klip video di bawah.
Pertama, izinkan saya mencatatkan komen dari aspek komunikasi, bidang saya ceburi selama lebih 20 tahun.
Hemat saya, sebelum Ibdilillah melaksanakan tugasnya, UMNO wajib memberikan peluang kepada dia untuk mendalami ilmu berhubung kaedah komunikasi berkesan. Saya berasa amat simpati menonton rakaman klip video di atas.
Ibdilillah kelihatan amat tidak menyakinkan tatkala mengeluarkan kenyataannya. Jika UMNO masih menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Ibdilillah harus diarahkan dengan kadar segera supaya menghormati penggunaan bahasa ibunda.
Dia secara jelas mencemarkan bahasa Melayu. Andai sewaktu ditemu bual oleh media, bahasanya berterabur, bagaimanakah pula penggunaan bahasa sehariannya?
Bagaimanakah pula kaedah komunikasinya sewaktu menggunakan Twitter?
"Saya sendiri akan melantik ke 13 semua negeri"
Choy!
Sejak bila Ibdilillah melantik 13 semua negeri? Apakah dimaksudkannya?
Kenyataan itu sukar difahami dan amat mengelirukan.
Bagaimanapun saya bermurah hati memberikan gred A+ terhadap penggunaan bahasa rojak pengerusi BMB itu.
Untuk pengetahuan Ibdilillah, tiada perkataan 'mengoffer' di dalam bahasa Melayu, sila rujuk di sini. Jika ingin berbahasa Inggeris, tiada masalah. Tidak perlu mencampuradukkan 2 bahasa sehingga mencemarkan bahasa ibunda.
Kedua, Ibdilillah, harus berfikir sebelum bercakap, bukan bercakap dan kemudian berfikir. Dia berhak untuk berkongsi pandangan sebagai pengerusi BMB namun kaedah perkongsian maklumat itu harus LEBIH bijak.
Baca kenyataan dikeluarkan oleh Ibdilillah, merujuk kepada pengendali blog pro-kerajaan sebelum ini.
"Buat masa sekarang ini, pada mereka, there is no direction. Direction dia orang hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas pembangkang. Dah tak ada kerja lain ke? Bagi saya kitapun kena fokus bagaimana hendak membantu rakyat," katanya.
Hemat saya, teguran itu harus dikongsikan tatkala dia mengendalikan perjumpaaan bersama semua pengendali blog pro-kerajaan, bukan disiarkan secara terbuka.
Tindakan amat tidak cerdik.
Tidakkah dia terfikir, kenyataannya, "Dah tak ada kerja lain ke?", itu kedengaran menghina usaha semua pengendali blog pro-UMNO selama ini tidak mengenal erti lelah, membantu menyebarkan maklumat lebih tepat mengenai kerajaan Barisan Nasional.
Ketiga, Ibdilillah sebagai pengerusi BMB harus menampilkan kredibilitinya melalui kaedah ketua contoh dalam media sosial.
Analoginya mudah.
Jika pensyarah institusi pengajian tinggi diberikan tanggungjawab untuk mengajar ilmu matematik kepada penuntut di peringkat sarjana muda, lazimnya dia memiliki kelulusan sarjana dalam bidang sama.
Mungkin pembaca dan pengendali blog pro-kerajaan berpeluang mendedahkan 'kehebatan' Ibdilillah sebagai pengendali laman sosial.
Barangkali blog Ibdilillah hebat kerana dikunjungi terlalu ramai pelawat berbanding blog picisan saya, hanya mencecah hits lebih 20 juta setakat ini.
Andai, media sosial dikendalikannya berupaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia, ternyata saya tidak langsung layak menjadi seorang daripada pengendali blog pro-kerajaan dipengerusikan oleh Ibdilillah.
Klik di sini untuk meninjau blog Ibdilillah, kali terakhir dikemaskini pada 21 Jun 2012, lebih setahun lalu. Bila bercakap mengenai media sosial, berdegar-degar tetapi dia sendiri tiada komitmen menggunakan media sosial pada tahap optimum. Hakikatnya, penulisan blog menuntut dedikasi juga disiplin, tidak semudah penggunaan Instagram kegemaran Ibdilillah.
Keempat, baca kenyataan di bawah.
Klik di sini untuk meninjau blog Ibdilillah, kali terakhir dikemaskini pada 21 Jun 2012, lebih setahun lalu. Bila bercakap mengenai media sosial, berdegar-degar tetapi dia sendiri tiada komitmen menggunakan media sosial pada tahap optimum. Hakikatnya, penulisan blog menuntut dedikasi juga disiplin, tidak semudah penggunaan Instagram kegemaran Ibdilillah.
Keempat, baca kenyataan di bawah.
Ibdilillah, saya pengendali blog TIDAK dibayar sejak hampir 5 tahun lalu.
2 hari lalu, saya dijemput melalui emel oleh pegawai perhubungan awam Jabatan Penjara Malaysia untuk membincangkan isu berhubung penjara bersama pihak pengurusan. Jabatan terbabit berhasrat untuk mendengar maklum balas serta komen ramai pengendali blog lain turut dijemput.
Namun saya terpaksa menolak undangan terbabit.
Setelah saya periksa, kenderaan saya didapati tidak boleh dipacu ke lokasi pertemuan menggunakan air paip. Pada masa sama, kakitangan plaza tol tidak mahu menerima kertas kosong bersaiz nota RM10 sebagai ganti wang untuk melepasi plaza. Fakta ketiga, andai kehausan, juruwang restoran mamak enggan menerima kenyataan 'saya blogger pro-kerajaan' untuk menjelaskan bil minuman.
Dalam erti kata lain, harus wujud suasana menang menang di antara pengendali blog dan pihak kerajaan dalam menjalinkan kerjasama.
Faham?
2 hari lalu, saya dijemput melalui emel oleh pegawai perhubungan awam Jabatan Penjara Malaysia untuk membincangkan isu berhubung penjara bersama pihak pengurusan. Jabatan terbabit berhasrat untuk mendengar maklum balas serta komen ramai pengendali blog lain turut dijemput.
Namun saya terpaksa menolak undangan terbabit.
Setelah saya periksa, kenderaan saya didapati tidak boleh dipacu ke lokasi pertemuan menggunakan air paip. Pada masa sama, kakitangan plaza tol tidak mahu menerima kertas kosong bersaiz nota RM10 sebagai ganti wang untuk melepasi plaza. Fakta ketiga, andai kehausan, juruwang restoran mamak enggan menerima kenyataan 'saya blogger pro-kerajaan' untuk menjelaskan bil minuman.
Dalam erti kata lain, harus wujud suasana menang menang di antara pengendali blog dan pihak kerajaan dalam menjalinkan kerjasama.
Faham?
YB Khairy harus mendengar keluhan majoriti pengendali blog. Usah tersilap percaturan dari awal.
Sila baca, ketidakpuasan hati diluahkan oleh ramai lagi pengendali blog pro-kerajaan, klik di sini.
Pity umno ~ harap yb khairy nampak benda ini~
BalasPadamJika mangkok ini masih mengetuai gerakan perang siber untuk PRU-14 akan datang, saya rasa UMNO dan BN dah boleh sediakan batu nisan besar untuk diletakkan di pintu masuk PWTC tu. JIka tidak, mereka yang berkenaan tolong bertindak segera dengan menukar mamat ni ke biro lain. Langsung tak layak jadi ketua di situ..
BalasPadamAlahai benda2 lagu ni dah lama terjadi dalam umno. Mamat ni mungkin ada pertalian dengan samy vellu kot...cakap pusin2...biaq talk pandai...jangan memandai!!!
BalasPadamYg melantik pun seorang yg bermasalah bro
BalasPadamasalam.. mohon share.. harap yang melantik dapat menilai...
BalasPadamMaaf, tadi saya sempat menonton temubual dia dan seorang lagi tetami di RTM 1 di Selamat Pagi Malaysia, I am so sorry for saying this, if this what UMNO is trying to show the youths, I personally think that those UMNO political leaders should take every word said to them to be very careful evaluated. Kenapa saya cakap macam ini? Sebab mungkin kenyataan-kenyataan seperti ini lah yang mampu membuatkan ramai pemuda dan pemudi di luar sana mempunyai sifat 'di luar UMNO di dalam lain'. Tapi itu lah, kadang-kadang blogger di anggap sebagai penulis picisan dan tidak dipandang sebagai mereka yang mempunyai pendapat kukuh. Takpe lah, mungkin ini hari mereka, tapi ingat, jikalau semua ingin menjadi anti-kerajaan dek hanya kerana pernyataan itu, terima sahajalah kesannya nanti.
BalasPadamCuba lihat cara dia bertutur...lebih menggunakan 'saya' daripada 'kami', yang lebih menggambarkan pasukan. Itulah UMNO sebenarnya. Yang ramai tidak penting tapi individu, itu penting. Si Ibdilillah ini jelas tidak miliki kualititi kepimpinan yang dapat menarik sokongan akar-umbi. Fikirannya cetek dan tidak berpandangan jauh. Beliau melihat perkembangan politik masa kini dengan kanta yang 'myopic'. Dia ni lebih kepada 'syok sendiri' setelah KJ beri beliau jawatan. Jika blogger pro-kerajaan tidak relevan kenapa UMNO sibuk wujudkn pejuang cyber selepas PRU-12? Kalau cakap pun mengguna bahasa rojak, Melayu entah, Inggeris pun entah, apa lagi yang kita boleh harapkan daripada pemuda ini? Kesian KJ, Pemuda jelas ketandusan pemimpin pelapis yang boleh memenangi hati orang Melayu kepada UMNO...........habislah kali ni!!!!!
BalasPadamadeh,mana dia dapat blogger tahap A+ bahasa rojak ni?bercakap pun tak pandai.MEMALUKAN..
BalasPadamPada hemat saya. Orang Macam Ibdillah bakal menghancurkan Bangsa Melayu dan bahasa melayu. Cakap rojak konon nak tunjuk pandai iq tinggi. Pi mampus lah mamat tu.
BalasPadampegiiiiii lah yg semua yg komen ni...bahasa melayu rojak pun nak di hebohkan......tapi bila orang melayu berterabur kamu buat apa...buat berita yg mencari publisiti,,,pegi mampus lah kamu....
BalasPadammamat nie sesuai ditukar ke biro cakap merapu shj.. nyata pemuda umno semakin tidak bijak dan megecut.. tanpa ada keperluan..
BalasPadamHaha.. Saya suka baca blog ini.. Mazidul the best..
BalasPadam"2 hari lalu, saya dijemput melalui emel oleh pegawai perhubungan awam Jabatan Penjara Malaysia untuk membincangkan isu berhubung penjara bersama pihak pengurusan. Jabatan terbabit berhasrat untuk mendengar maklum balas serta komen ramai pengendali blog lain turut dijemput.
Namun saya terpaksa menolak undangan terbabit.
Setelah saya periksa, kenderaan saya didapati tidak boleh dipacu ke lokasi pertemuan menggunakan air paip. Pada masa sama, kakitangan plaza tol tidak mahu menerima kertas kosong bersaiz nota RM10 sebagai ganti wang untuk melepasi plaza. Fakta ketiga, andai kehausan, juruwang restoran mamak enggan menerima kenyataan 'saya blogger pro-kerajaan' untuk menjelaskan bil minuman"
Kenyataan menarik.
Mamat ni aku rasa sesuai diletakan dalam biro cakap merapu..kalau masih letak mamat ni belum berperang dah tewas.
BalasPadamSMTI : isshhh..ishhh... sungguh sedih.. Kena hadiri Bengkel Bercakap Bersama Mazidul dah ni....
BalasPadamBanyak sangat... "aaaa......aAaaaaaa...aaaaAAa.."
:)