Selasa, Disember 03, 2013

SATU LAGI KES PENIPUAN PENIAGA BANGLADESH DI PLAZA LOW YAT



Kes penipuan sebelumnya, klik di sini.


11 ulasan:

  1. Pada Ahad 24/11/13 (hari pertama) kira-kira pukul 8 malam, saya telah menghantar telefon bimbit saya jenama Sony Xperia V ke kedai (kiosk) telefon bimbit di Plaza Low Yat untuk dibaiki kerana hanya touch screen sahaja yang pecah. Lain-lain fungsi telefon masih dalam keadaan baik. Bayaran yang dikenakan adalah RM270.00 (Bil No. 1917). Namun setelah pulang ke rumah didapati kamera hadapan telah rosak dan grille cover speaker hadapan tidak dipasang semula. Keesokkan harinya (hari ke-2) saya kembali ke kedai tersebut kira-kira pukul 8 malam untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun mereka cuba mengatakan bahawa telefon saya memang telah rosak mungkin disebabkan jatuh. Apabila saya memarahi mereka barulah technician mereka (Bangla) mengaku bahawa dia mungkin terusik kamera tersebut semasa memasang screen yang baru. Tentang penutup grille speaker pula mereka mengatakan ia mungkin telah dibuang semasa kerja-kerja mengemas. Technician tersebut telah mengubahsuai grille telefon yang lain dengan menggunting dan menyumbat grille tersebut ke speaker hadapan telefon bimbit saya. Saya tidak berpuas hati kerana telah menyebabkan calar dan merosakkan fungsi kalis air telefon tersebut. Supervisor mereka dipanggil & saya diminta pulang & datang semula keesokkan hari kerana mereka hendak tutup kedai. Keesokkannya (hari ke-3) saya datang semula selepas waktu kerja dengan harapan telefon saya dibaiki namun supervisor mereka meminta saya membayar untuk menggantikan kamera hadapan yang rosak tersebut. Perkara tersebut sememangnya menaikkan kemarahan saya. Akhirnya saya diminta meninggalkan telefon untuk diperbaiki. Hari (ke-4) saya datang semula ke kedai tersebut kali ini berjumpa dengan tuan punya kedai bernama Mr. Pasha Khan ( No. Tel: 016-9192555). Dia menyatakan bahawa alat ganti kamera tiada dipasaran dan meminta saya menunggu sehingga 2 - 3 minggu untuk dibaiki. Saya diminta meninggalkan telefon saya di kedai mereka atau membawa pulang telefon saya. Saya memilih membawa pulang telefon tersebut. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah memasukkan kad sim saya ke dalam telefon tersebut namun telefon saya tidak dapat dihubungi ataupun menghubungi sesiapa kerana didapati tiada rangkaian mudah alih (mobile network disable). Perkara ini benar-benar meletihkan dan menaikkan kemarahan saya. Mereka telah cuai dan saya sebagai pengguna yang menanggung akibatnya. Saya merasa teraniaya dan kos membaiki telefon termasuk ulang alik ke kedai tersebut selama 4 hari berturut termasuk minyak dan bayaran tempat letak kereta telah hampir berjumlah RM300. Saya membuat laporan aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dan menuntut diberi pangadilan sewajarnya. Sekian laporan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi berkongsi fakta untuk kebaikan semua pembacadan pengunjung ke Plaza Low Yat.

      Padam
  2. Gambar di atas tu ialah Mr. Pasha Khan..bos kedai telefon ni..huhu! sah2 aku kena tipu..tadi tu report saya ke NCCC..pasni nak buat report ke Tribunal pengguna pulak..hp saya ada pada saya..dah rosak dan tak boleh digunakan..saya simpan sebagai bukti nanti..:(

    BalasPadam
  3. Takutnya,kelmarin baru je beli komputer kat sana.orang bangla jugak. Dia cakap selalu orang bg barang second hand tapi dia tak.masa tu xtau lg cerita ni.so,sy buat tak tahu je..sekarang takut pulak.

    BalasPadam
  4. BERHATI2 LEPAS NI..WARGA ASING TELAH MENGUASAI KIOS2..SAYA CADANGKAN PIHAK BERKUASA SENARAI HITAMKAN MAHKLUK ASING SEPERTI NI DARI PADA MENJEJAK KAKI LAGI DI MALAYSIA WALAUPUN ADA PASPORT YANG SAH..ATAU PUN DIKENA KAN BON SEBELUM MASUK KEDALAM NEGARA..

    BalasPadam
  5. Moga dengan pendedahan demi pendedahan yang disiarkan, pihak berkuasa bukan setakat buka mata, buka hati, malah perlu buka langkah untuk mengambil tindakan tegas bagi warga asing yang semakin berlambak di LowYat terutamanya dan di Malaysia amnya.

    BalasPadam
  6. dah sama macam Kompleks Pertama pulak jadinya...

    BalasPadam
  7. Saya menasihati anda semua supaya jangan terlalu mengharapkan harga murah. Hantar sahaja kepada pengeluar peranti anda supaya mutu dan kualiti pembaikpulihan terjamin. Mungkin anda terpaksa membayar lebih untuk kerosakan semasa, tetapi anda sendiri boleh melihat penipuan yg berlaku menyebabkan anda makan menanggung kos yang lebih tinggi. Jangan kerana mahu jimat RM10, anda terpaksa menanggung kos RM1000.

    BalasPadam
  8. Untuk lagi puas hati beli saja online. Saya membeli laptop Dell XPS 15 saya menerusi laman www.dell.com semenjak 4-5 tahun dulu dan sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang tanda2 kerosakan.
    Jangan percaya lagi kiosk2 macam ni, tak kiralah Bangla ke apa ke. Sekarang semua orang memang nak cepat dapat duit masalahnya.

    BalasPadam
  9. Setuju dgn Fariz, sy pun beli dell XPS pada tahun 2008 secara online. Ada sekali pernah berlaku masalah, dell hantar technician ke rumah terus, x perlu pergi kedai.

    Dan kalau smart phone, mesti beli yang original, bukan AP ka apa, lagi selamat. Saya dah pakai 3 smartphone sejak 2009, ada masalah terus hantar official store, dapat balik dan masalah selesai.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.