Rabu, Disember 18, 2013

WANITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KAPLA BUTUH'?



Fidah Nizam telah menutup akaun facebooknya semalam setelah IKON di bawah didedahkan.



Ish! Tidak logik, sangat tidak masuk akal.

Sebilangan rakan di media sosial menjangka, komen itu bukan ditulis oleh Fidah. Itu bukan gaya bahasa wanita. Penampilan  ibu kepada 3 anak itu kelihatan amat bersopan. Sejak semalam saya berfikir, tidak logik jika wanita itu menggunakan perkataan 'kapla butuh'. Alat kelamin terbabit milik LELAKI.

Komen itu dipaparkan ekoran entri berhubung kenaikan tarif elektrik bermula Januari 2014.

Klik di sini.

Suami wanita itu, Shaharul Nizam, kakitangan Tenaga Nasional Berhad, TNB, klik di sini. Saya telah berhubung dengan Shaharul melalui private message facebook, bertanyakan apakah rasionalnya JIKA dia menghamburkan komen seperti itu? Namun setakat ini tiada respon. Lazimnya, individu bermulut celupar, berani atau sekadar layak digelar keyboard warrior sahaja.

Barangkali penulis komen di atas tidak mengetahui, saya tidak cedera dikecam dan tidak mati andai dicaci.

In Sha Allah.

Berikut satu lagi komen menarik.




Berselindung di sebalik ikon tapak tangan, tidak molek. 




Di manakah Qaerool Adhan bertugas?



Untuk pengetahuan Qaerool, saya bukan anjing Rosmah. Jika Rosmah dimaksudkan oleh kakitangan TNB itu adalah isteri Perdana Menteri, saya tidak pernah bersemuka dengan beliau apatah lagi berkomunikasi.

Berbeza pandangan di kalangan kita mengenai sesuatu isu, bukan satu kesalahan. Jika terdapat kenyataan didakwa kurang tepat di entri blog saya, tolong perbetulkan dengan catatan komen membina. Gunakan otak di dalam kepala bukan bergantung kepada kepala lutut semata-mata untuk menulis.

37 ulasan:

  1. Terhamburnya kata2 kesat nie mungkin pasal terkeluarnya pendedahan isu bonus berbulan2 TNB ni. Takutkan cacian org ramai kepada pihak TNB, ataupun pihak atasan TNB menarik balik bonus, kata2 kesat pun terhambur keluar dari mulut mereka2 ini. Bukan marah.. cuma takut kehilangan "penghargaan" yg dijanjikan

    BalasPadam
  2. Masyarakat 'kita' sekarang begitu mudah mengeluarkan cacian dan hinaan di Media Sosial tanpa sedikit pun mengambil kira apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Komunikasi itu meninggalkan kesan. Setiap pendapat yang ingin diutarakan perlu mengambil kira pelbagai aspek dan bukannya menghentam bagai.

    p/s: Penyelidik IPTA/IPTS perlu membuat kajian mengenai gejala "keyboard warrior" yang bagi saya amat menakutkan.

    BalasPadam
  3. Saudara; Bahasa anda mudah difahami dan mempunyai fakta. Untuk memuaskan hati semua orang memang bukan keupayaan kita. Teruskan.

    BalasPadam
  4. Dua2 tu orang TNB, tu yang terasa sangat tu.. Tapi x wajarlah mencarut mcm tu.. kalau nak komen, komenlah dengan fakta..

    BalasPadam
  5. Abg Mazidul Lepas nie Cerita Pasal TOL pulak okay....

    BalasPadam
  6. astaghfirullahalazim...sudah hilang adab berbahasa bangsa melayu nie...memalukan kaum wanita..menjatuhkan maruah suami...kot ye nak marah pon, x usah keluarkan bahasa yg tidak sepatutnya...sabarlah saudara mazidul...

    BalasPadam
  7. Bro budak ni tak sekolah ke bila dia katakan yang TNB terpaksa tanggung "kerugian" disebabkan IPP ? Tapi bila terlihat bendera PAS diatas kenderaan dekat dengan budak ni bergambar maka boleh lah dibuat kesimpulan bahawa budak ni memang bertahap rendah akhlak dan iq

    BalasPadam
  8. TNB tidak bolih menaikkan tarif elektrik semata-mata nak bagi 5 bulan bonus kepada pekerjanya.Amat zalim pihak TNB jika berbuat demikian.Jika tak mampu bayar apa kejadahnya nak bayar bonus dengan menyusahkan rakyat lain.
    Kata -kata kesat drp pekerja tnb yang kurang ajar perlu kita panjang kepada menteri dan beliau juga ada menghina isteri perdana menteri..sedangkan dia tahu tak tnb tu dibawah kerajaan BN..cara dia cakap sama seperti macai pr sedangkan dia makan gaji dgn kerajaan.Orang seperti ini perlu tnb buang.perangai puak macai pr ni cukup terok, jika sebarang kenaikan yang menguntungkan mereka, mereka akan sokong..sama di negeri pr pendapatan MB selangor naik 300% lebih , ....mereka sokong walaupunduit tersebut adalah duit rakyat. cukai pintu dan tarif air di negeri pr mereka diam sahaja. akhir kata saya minta TNB tak perlulah menaikkan tarif elektrik jika bertujuan nak bayar bonus 5 bulan gaji staff.TNB bukannya pejabat mak bapak mereka

    BalasPadam
  9. Allahurabbi... perlu ke mengeluarkan kata2 kesat sedemikian? Allah sahaja akan membalasnya..

    BalasPadam
  10. kehkehkeh..

    rakyat malaysia tak pernah diajar untuk mengkritik dan bertanya dengan hujah dan fakta..

    sebab ada pemimpin pun dah kata debat bukan budaya kita kan..

    jadi, lahirlah rakyat yang macam ni..rakyat yang nak berdebat tapi takut kalah lalu mengeluarkan hujah-hujah dungu tanpa fakta disertai caci maki dan carutan..

    #kartunster

    BalasPadam
  11. Depa anggap puak depa saja yang pandai, orang lain semuanya bodo.. itulah pembangkang Malaysia..

    BalasPadam
  12. Depa inggat depa saja yang pandai, yang depa tau, caci dan maki.. itulah pembangkang Malaysia..

    BalasPadam
  13. Akram.. benarkah TNB memberi bonus berbulan-bulan? Bangsa T...

    BalasPadam
  14. setuju dgn Aab...tang kakitangan kerajaan dpt bonus (2kali bayar) sibuk org duk bising harga barang naik la. Peniaga pun amik kesempatan. Bila GLC dpt bonus berbulan2 apasal senyap je? APTB!!!!

    BalasPadam
  15. Kesihan pahlawan FB... berdekah2 kutuk orang dalam FB... pastu tutup akaun fb.... Lain kali jadilah bangsa yang berbudi bahasa. Jangan jadi bangsa yang tak ada bahasa.

    BalasPadam
  16. Kesihan pahlawan FB... berdekah2 kutuk orang dalam FB... pastu tutup akaun fb.... Lain kali jadilah bangsa yang berbudi bahasa. Jangan jadi bangsa yang tak ada bahasa.

    BalasPadam
  17. Ramai dari kalangan mereka TIDAK BERADAB dan berhujah berdasarkan maklumat daripada internet semata-mata.

    BalasPadam
  18. Kesian...salah satu perangai dari bermacam-macam jenis perangai manusia

    BalasPadam
  19. aku rase entry bersifat provokasi mazidol yg menaikkan kemarahan staff TNB... takde ilmu tentang isu yang cuba dibangkitkan tapi sesedap hati jer mempersoalkan untung TNB & bonus staff TNB...

    Electricity supply industry kan satu bisnes yg fully regulated by government... jadi kenapa perlu salahkan TNB jika naik tariff.. tariff naik atau turun atau stay sekali pon, belom jamin TNB akan untung atau rugi... semua bergantung pada kos operasi & bahan bakar (yg juga sebahagiannya ditetapkan oleh government)..

    malas nak citer panjang2, cuma Mazidol, kau takda ilmu dlm perkara ni jgn nak cakap lebih tentang untung rugi TNB dalam industri ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telah saya catatkan secara jelas, jika terdapat dakwaan tidak benar di entri, buktikan dan tolong perbetulkan. Melemparkan kenyataan lucah dan memaki-hamun tindakan digilai oleh 2 staf TNB itu?

      Padam
    2. Samalah seperti awak. Mencatatkan komen TANPA identiti, boleh menulis apa sahaja tetapi belum tentu kenyataan awak benar.

      Bezanya tidak memaki-hamun, itu sahaja.

      Padam
    3. Awak cuma boleh terus memperbodohkan orang orang yang sememangnya bodoh (and that need to include yourself).Rasanya kalau nak compare "standard knowledge" awak dengan Mazidul ibarat langit dan bumi - jadi pergi belajar sebelum nak cuba mengajar. Thanks bro

      Padam
    4. Mmg lah elektik satu industri....tp TNB xde pesaing mcm industri lain, industri telekomunikasi contohnya ada byk syarikat lain selain TM, jd bukan monopoli...di Malaysia TNB monopoli industri ni, kita xde pilihan kena guna perkhidmatan TNB jgak, jd bila dah diisytiharkan untung maka TNB untunglah...jd mana provokasinya, dari cara komen unknown dia seolah2 pakar dlm industri elektrik ni, maka tunggu apa lg, sila lah sekolahkan kami yg x arif dlm bidang ini supaya kami faham...saya percaya mazidul pun x arif dlm bidang elektrik ni sbb dia buat mass comm dulu kat itm...jd lah penyebar kebaikan jgn jd jg pencarut jalanan...

      Padam
  20. Jaga hati, jaga kata-kata, jaga perbuatan.. insya'Allah nanti kolam jiwa kita bersih, bila dah bersih semua benda rasa mudah, semuanya dimurahkan rezeki. Kita doakan yang baik2 untuk mereka semua. :-)

    BalasPadam
  21. Yang komen biadab nie semuanya kerja gan TNB....melayu konon,apa MASALAH mereka nie haa...yang sebenarnya.
    Yang muda tu belajar mungkin dgn biasiswa kerajaan, ujung-ujung dia la anjing gigit balik tangan tuan yg memberi dia makan. En.Mazidul teruskan kerja anda.

    BalasPadam
  22. seperkara yang diketahui, seingat saya dalam 90an dalam era Mahathir Mohamed, pihak TNB terpaksa membeli "bekalan kuasa elektrik" dari IPP yang antaranya MALAKOFF yang dimiliki Syed Mukhtar..cthnya jika IPP menjual 20sen/KWj, maka TNB terpaksa menjual dengan harga yang lebuh tinggi dari harga tersebut.. yang menjadi masalahnya, it based on contract,TNB terpaksa membeli sekian KWj daripada IPP mengikut kontrak yang dimeterai, dan kebanyakan dari bekalan kuasa tersebut tidak digunakan..maka yang patut disalahkan adalah IPP yang cekik darah diketuai syarikat KRONI2..luahan oleh bekas Prof saya dari Universiti Tenaga Nasional..Sekian

    BalasPadam
  23. Fakta yang salah, ialah hari ni 18/12/13 tak ada pun staff TNB terima Bonus

    BalasPadam
  24. Yang pastinya...Hari ni tak de pun bonus yang saudara war-war kan

    BalasPadam
  25. Pekerja2 Tnb yang melenting tu mungkin tahap pegawai kot. kalau pekerja biasa takkan melenting sebab bonus pekerja bawahan tak banyak. Logiknya yang banyak bonus ialah mereka yang gaji banyak sebab RM.... x ...bulan

    Untuk pengetahuan pekerja2 Tnb, kami bukan anti staff Tnb, Kami bukannya cemburu korang dapat bonus ribu2..

    Yang menjadi persoalan ialah, TNB mengumumkan keuntungan berbilion-billion dan mampu memberi bonus berbulan2 gaji. malah pernah dengar boleh menganjurkan hari "Family day" Tnb(mungkin saja melibatkan kos jugak kan?) TETAPI mengapa perlu naikkan tarif elektrik kalau sudah mewah samp[ai macam tu sekali.

    kami tidak kisah jika TNB naikkan tarif selepas TNB membuat pengumunan "TNB mengalami kerugian tahun ini xxxx billion, oleh itu tarif akan dinaikkan. Bonus dihentikan ect"

    tq

    BalasPadam
  26. Saudara Qqolbi,

    Pekerja TNB juga pengguna letrik seperti tuan yang tidak setuju kenaikan tarif letrik akan meyebabkan kenaikan harga2 barangan lain. Tapi pada masa yang sama tidak berapa setuju dengan pandangan seolah2 tarif dinaikkan semata-mata untuk bagi bonus pada staff. Tiap2 tahun staff TNB dapat bonus berdasarkan prestasi kerja masing2 seperti kakitangan GLC dan juga kerajaan.

    Kalau TNB mengalami kerugian, rakyat akan kata pengurusan TNB tak cekap dan sebagainya....kita boleh setuju untuk tidak bersetuju dalam banyak perkara tapi pandangan dan tulisan perlu berdasarkan fakta yang jelas.

    Seorang penulis yang terkenal, bila menulis akan memberi impak yang besar jika dibandingkan dengan seorang yang tidak dikenali. That's why, sebelum menulis.....fikir kesannya sedalam-dalam. Don't just write for the sake nak dapat perhatian orang ramai....may be i'm wrong,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yg perlu diberi justifikasi oleh Tnb supaya rakyat berpuashati.

      Sekali lagi saya ulangi "saya tidak mempertikai bonus ribu2 Tnb". Cuma mengapa Tnb bermewah2 memberi bonus tapi dalam masa yg sama menaikkan tarif?

      kami mahu justifikasi yamg mudah difahami. Tak mahu justifikasi umum spt mengatakan sbb IPP , sebab pekerja Tnb bersengkang mata, etc.

      Tunjukkan kepada rakyat dimana kerugian Tnb sehingga kalau tarif tak dinaikkan, maka Tnb boleh rugi.

      Padam
  27. TNB memaklumkan bonus ada lah hak mereka dan perlu diberi kepada kakitangan...Namun dalam masa yang sama
    segala kos perlu juga ditangani...Tapi mengapa part ini hak pengguna tidak diambil kira dan segala kos diletakkan atas bahu kita??? Mana hak pengguna????

    BalasPadam
  28. TNB ni selalu highlight pasal perbelanjaan capital expenditure diorg yang berjota2 tuh... tapi itu semua takan masuk kedalam untung rugi syarikat sebab capital in nature..masuk pun ikut rate depreciation lerr, so bila taarif yang di naikkan, memanglah untung berjota2, prestasi pun naiklah.. ofcoz management akan minta higher bonus kan..... baru jer diorg naikkan rate in July 2011, now dah naik lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon pencerahan dorang ni tak tertakluk kepada Audit ker? At least ada badan yg memantau perbelanjaan dorang.

      Dulu pun sistem telekomunikasi negara di monopoli menyebabkan harga mahal. Tapi sekarang dah banyak company yg tawarkan, maka jadi murah.

      Patutkan pecahkan monopoli syarikat elentrik.

      Tak guna menyokong kalau kita sendiri yg digigit kembali

      Padam
  29. Tak patut diaib begitu.Bersabar sajalah Mazidul.Tuhan di pihak yg benar.Tak payah layan emosi.

    BalasPadam
  30. TNB dah cukup untung dan jimat apabila setiap kali projek kerajaan dilaksanakan, Blok TNB untuk supply energy for future development pun kerajaan tanggung dan bina.TNB sendiri takde standard requirement for development.Project kerajaan banyak perubahan kerja dan pertambahan kos kerana banyak melibatkan TNB pun.TNB supply equipment, elements and maintain je.Apapun kerajaan dah bantu tapi perlulah bantu rakyat dengan buat pelarasan kadar yang berpatutan.Duit projek kerajaan adalah duit rakyat..give n take anyway bukan fikir nak untung berlipat ganda.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.