Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan makmal kos sara hidup dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, PEMANDU.
Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, anak kelahiran Bario, Sarawak. Sebelum ini PEMANDU di kritik hebat oleh ramai pengendali blog.
Tatkala membaca mengenai PEMANDU di alam maya, saya perolehi maklumat SEDIAKALA dicetak mengenai Penganalisa Kanan jawatankuasa terbabit, Farah Intan Burhanuddin.
Klik di sini.
Blog kendalian MIK memaparkan informasi lebih menarik mengenai antara individu bakal menjadi 'profesor' bertugas di dalam makmal ditubuhkan untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia.
Terlintas di fikiran saya, layakkah individu hidup mewah sebegini terbabit mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia pada pelbagai tahap, golongan miskin dan sederhana? Apabila makmal ditubuhkan, wang siapakah pula bakal digunakan untuk membeli 'peralatan' diperlukan? Tabung uji, penunu bunsen, bikar dan mikroskop?
Mampukah graduan lulusan Universiti Islam Malaysia ini memahami kesengsaraan rakyat bukan bergelar jutawan, ahli perniagaan berjaya dan menteri? Adakah dia mempunyai empati?
Klik di sini.
Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan jemaah menteri tentunya LEBIH layak untuk merancang dan membuat keputusan untuk membantu rakyat sendiri. Mengapakah tugasan itu diserahkan kepada PEMANDU selama ini dikritik hebat?
Cuba teliti banyak komen negatif dilontarkan oleh rakyat di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib di akaun facebook beliau, klik di sini.
Cuba teliti banyak komen negatif dilontarkan oleh rakyat di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib di akaun facebook beliau, klik di sini.
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri kabinet dipilih oleh rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya ke 13 lalu. Rakyat tidak melantik ahli PEMANDU.
Ya Allah, selamatkan rakyat negara ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita tentunya berhak untuk bersuara demi kebaikan semua rakyat. Tidak kisah samada rakyat itu penyokong kerajaan atau pembangkang. Mereka semua rakyat Malaysia dan Perdana Menteri kita dan mereka hanya seorang sahaja, Datuk Seri Najib.
Marilah bersama kita berdoa agar nasib kita dan rakyat lain tidak seperti sudah jatuh ditimpa dek tangga.
Jika tangga menimpa kita itu seksi sekalipun, masih kita akan merasai kesakitannya.
Marilah bersama kita berdoa agar nasib kita dan rakyat lain tidak seperti sudah jatuh ditimpa dek tangga.
Jika tangga menimpa kita itu seksi sekalipun, masih kita akan merasai kesakitannya.
Hurm.. apa yg perlu di kaji sebenarnya nie.. secara basic nyer pun kita dah tauu... kenapa perlu naikkan semuanya secara serentak...
BalasPadamStart dari gula.. tetiba melarat sampai ke Kadar Elektrik selepas tue Masalah Tol... kalau yer pun nak buat ikut peringkat.. kena juga fikirkan golongan-golongan yang gaji basic tak sampai pun rm900 keatas...
Kami Hidup Dengan Tertekan dengan Ragam yang macam nie..
Tuan Mazidul nak tahu tak... saya 1 bulan lepas Beli ENO Halia yang berharga rm1.00 untuk 1pcs, Selepas Gula di naikkan harga.. ENO tue pun bertukar harga menjadi rm1.20..
Bila saya tanya kepada tuan punya kedai.. dengan selamba nyer dier berkata.. semua barang dah naik... so dari situ kita boleh lihat.. kalau lah semua barang naik harga adakah Kerajaan Patut di salah kan atau pun kerana sistem pemantauan Harga-Harga Barang yang patut dipersalahkan?
Saya .. Dengan berbekal kan Gaji basic rm900 di tambah pula tiada Overtime.. tolak sosco dengan EPF... agak-agak tuan Mazidul... berapa saya boleh dapat satu bulan??? Tolak duit minyak duit makan dan jugak duit Sewa rumah , Duit Air , Duit Letrik.. Berapakah Gaji saya yang boleh saya simpan??
Zaman Sekarang nie ada ker Sewa Rumah rm100 kebawah?
Berceritalah, saya membaca dan semoga pembuat keputusan lebih peka.
PadamTahniah abg Mazidul Akmal...terus terang aku yg pro BN ni pun dh bingung dah ni. Pendapat aku d kala kewangan kerajaan tak menentu ni setiap jabatan harus kurang2kn kursus2 yg tak penting, majlis2 mega, tempahan baju topi banner, pegawai2 pengiring yg takde fungsi, penukaran kereta jabatan ke model baru dn kaji semula tender2 yg amaunnya yg tak munasabah. Tengok brp kerajaan dpt jimat. Bukannya naikkn kos sara hidup yg setiap kenaikan pastinya berantai. Semoga PM najib dicerahkan hatinya supaya lebih mnyelami perit rakyat dikala kos sara hidup terus meningkat
PadamSedih juga mendengar keluhan2 rakyat malaysia berkaitan kenaikkan harga barangan dan sebagainya. saya pun bukan orang yang berharta tapi terus bersabar dan sentiasa mencari sumber lain untuk tambah pendapatan keluarga. Tidak kisah akan diri saya selagi ada kudrat tapi selalu terfikir macam mana dengan masa depan anak-anak Saya nanti.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPada saya, tidak perlu ditubuhkan makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia sebab penubuhan makmal itu sendiri sudah menggunakan ribuan, mungkin jutaan ringgit duit rakyat.
BalasPadamCadangan Tuan Mazidul itu sendiri, mencadangkan agar pihak pemimpin khususnya hidup sebagaimana orang marhaen seharusnya digunapakai oleh Datuk Seri Najib sendiri dan barisan kabenet beliau agar mereka semua tahu dan merasai betapa peritnya untuk hidup dengan terpaksa mengeluarkan banyak duit untuk urusan seharian.
Mungkin boleh dimulakan dengan memotong semua elaun jemaah menteri, tinggalkan hanya gaji asas mereka sahaja (walaupun gaji para menteri sudah berbelas ribu).
Bila menteri sendiri merasai betapa tidak seronoknya untuk mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli petrol, untuk membayar tol, untuk menggaji pemandu kereta, kemungkinan mereka berfikir panjang untuk bertindak menaikkan harga barang dan mengurangkan jumlah subsidi.
Kita lihat kisah Sayyidina Umar al-Khattab Radhiallahu `Anhu ketika menjadi khalifah. Beliau sanggup menyamar sebagai rakyat biasa semata-mata mahu melihat sendiri kesusahan yang dirasai oleh rakyatnya. Bila pemimpin merasai sendiri kesusahan tersebut, insyaAllah, mereka akan bertindak yang sewajarnya untuk tidak membuat sebarang keputusan yang membebankan rakyat.
semua harga naik kerana kedesakan contohnya semasa banjir di kuantan baru2 ini sahabat saya kata harga sardin bersaiz kecil boleh jadi RM11... kalau nak buat kajian mengenai kos sara hidup banyak faktor sebenarnya, politik,sosial semua main peranan.Overhead dan cost yang tinggi memaksa peniaga naikkan harga.Mengapa kita tidak focus negara pertanian,banyak tanah dan sumber yang boleh membantu rakyat survive dalam negara sendiri.Lihat di Jepun,people can survive even tanah mereka tidak sesubur di Malaysia.namun perlu fikirkan ada sesetengah negara harga makanan murah namun perubatan mahal.banyak pro n cons.Sekurang-kurangnya kedai makan di Malaysia masih menjual dgn harga berpatutan.Yang buat ianya jadi mahal adalah pihak ketiga kerana mahukan keuntungan berganda.
BalasPadamapa yg saudara Mazidul utarakan ini lah jawapan mengapa rakyat bandar sudah tidak menyokong Barisan Nasional lagi..
BalasPadamsaudara mazidul
BalasPadamsaya percaya ramai org yg tinggal di bandar spt saya yg dulunya penyokong kerajaan telah beralih angin kerana masalah yang telah tuan paparkan dalam blog ini. slogan hidup melayu dan malasyia boleh sudah tidak berupaya melawan tekanan kos sara hidup sekarang ini ..fikir-fikirkan lah..wallahualam ...sekian
Jangankan gaji basic 900 ke bawah, bah kan gaji basic untuk 1500 ke bawah juga sangat perit dengan ragam kenaikan harga barang,.apatah lagi bagi yang sudah berkeluarga. jangankan nak membeli rumah sendiri, nak menyewa pun payah. gaji basic 1500 tolak epf tolak sewa rumah tolak bil elektri bil air..belum lagi tolak dengan kos minyak kereta..bayaran bulanan kereta..belum lagi kos susu anak.belanja makan tak payah cakap.selagi kite ni manusia, selagi tu lah xkan lari dari perbelanjaan dapur/makan.sedangkan, nun di sana ada manusia yang bergoyang kaki makan besar berparti bagai nak rak menggunakan duit rakyat.duit yang sepatut nya hak milik rakyat.
BalasPadamBR1M...wah, sangat menggembirakan..untung2 hari esok dapat trima duit "free"..tapi mampukah bantuan itu menyelamatkan kos hidup rakyat selama 365 hari?tak payah cakap kos perbelanjaan makanan, tapi mampukah duit bantuan itu menyelamatkan kos minyak ulang alik ke tempat kerja dari rumah selama 365hari?
Kita sibuk membantu nun org di negara lain yang kesusahan. tapi rakyat kita sendiri melarat kesusahan, siapa nak bantu?kita kata kita negara membangun..tapi, hanya yang mengalami sahaja memahami apa yang saya maksudkan.
Antara perasan atau tidak, bil air dan api ada meningkat sedikit sejak kebelakangan ini. Saya merasa pelik sebab melihat semula penggunaan, alatan elektrik yang digunakan sama saja sepanjang tahun. Ini semua nampak berbeza selepas meter (api/air) lama di tukar baru.
BalasPadamMungkin ini semua mainan perasaan saya sorg saja kot?!
http://yazidpakandak.blogspot.com/
sebenarnya memang tak payah la buat makmal. kita boleh tengok disini
BalasPadamhttp://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/12/pemandu-khairy-jamaluddin-is-bullshtting.html
1. kos sara hidup PASTI meningkat. cuma nak tahu mekansime yg ada dpt kah menolong rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. jika tiada, usaha kan lah. sebelum menaikkan harga, tak kan la tak terfikir benda benda mcm ni.
2. BN tetap sy sokong kerana kepimpinan PR di selangor menaikkan byk perkara termasuk tol dlm konsensi mereka, lesen perniagaan, cukai pintu (di rawang naik sampai 30%) , air tak terurus asyik salah kan org lain.
3. pasal konsultan ni, sy rasa ramai lagi org bijak, bermoral tinggi dan murah daripada idris jala (sy tak nampak bijak dia kerana setiap cadangan adalah dtg dari survey pegawai kerajaan), si Farah ni dll.
4. setiap kali kerajaan suruh kita berjimat, "it goes both ways", rakyat perlu tahu macamana pula kerajaan berjimat. contohnya kalau potong pokok tepi jalan tak kan la sampai 500,000RM. (boleh tanya JKR dan konsensi lebuh raya yg lain).
sebenarnya byk lagi yg pemandu buat, yg tak masuk akal, tapi PM dan kabinet suka mcm dpt gula gula. di mana letak nya kepandaian para menteri? adakah pengundi bodoh, menteri memang bodoh ataupun memang dari segak intelektual nya, org melayu dan malaysia am nya memang bodoh?
Mungkin pengundi yang di perbodohkan....so antara menteri dan rakyat, siapa yang lebih bodoh?
BalasPadamSaya bukan anti kerajaan, tapi ini sangat tak masuk akal.
BalasPadamLepas satu, satu keputusan dibuat 'pemimpin-pemimpin' kita yang pada saya menjengekelkan beyond words.
Prihatin dengan rakyat, tapi perlu KAJIAN lagi?
apa lagi yang nak di kaji? luar biasa sangat ke kisah peningkatan kos sara hidup sampai perlu DIKAJI?
atau, pemimpin2 kita ni dah terlalu biasa hidup senang,
sampai tahap rakyat mengadu tertekan dengan 'survival value' di Malaysia di pandang pelik dan tak masuk akal.
Seriously, I'm dumbfounded.
Sy x tau samada krajaan mndgr atau x keluhan rakyat biasa mcm kita. Sbgi cth utk kenaikan tol, mngapa Dato Seri Najib lbh risau syarikat konsesi lbhraya rugi brbanding rakyat yg sengsara? Kenyataan2 yg mcm yg mmbuat rakyat sakit hati mndengarnya. Utk isu tol, x mgkin syarikat konsesi tol rugi memndgkan bilngn knderaan brtmbh stiap thn. Tmbhn lak tiada jln yg di kl dn sngor ini tiada tol, semuanya ada. Hrp krajaan dpt menangani isu ini dgn bijaksana.
BalasPadamTahniah saudara mazidul,saudara tulus dalam berblog,dalan memuji yang salah tetap ditegur..teruskan usaha dalam menyuarakan masalah dan suara rakyat.
BalasPadamaku da byk kali menulis di wall najib pasal kepincangan kerajaan mahupun keputusan yg diluar dugaan.. korang rasa najib ada baca x? alangkah wall pun dia x baca, nikan pula blog,, aduhai najib2
BalasPadamSaya bersetuju dgn pendapat kawan2. Peningkatan kos sara hidup berlaku dgn mendadak sekarang ini. Kami yg tinggal di pinggir bandar pun terasa dgn kenaikan ini apatah lagi rakan2 kita yg tinggal d tengah bandar sana. Kita tiada pilihan kerana kenaikan harga barangan asas. Petrol, gula dan bakal naik tarif elektrik pula. Sebenarnya langkah penjimatan oleh kerajaan lebih ideal berbanding dgn pengurangan subsidi yg dinikmati oleh golongan bawahan. Pemberian BR1M juga bukan langkah yg baik. Lebih bersifat populis berbanding manfaat yg diterima rakyat. Jabatan dan agensi perlu mengawal perbelanjaan. Tiada gaya mewah bila membuat lawatan kerja oleh pegawai tinggi kerajaan. Penginapan mewah dan ber 'LO' kesana kemari. Tiada lagi pembaziran wang kerajaan dengan 'paperwork' palsu demi untk melancong, bercuti dan bersukaria dgn wang peruntukan kerajaan. Pembaziran ini berlaku kerana sikap anggota2 d jabatan yg tidak bertanggungjawab, penting diri dan merosakkan imej jabatan
BalasPadamsaya suka dan setuju dengan cadangan yang di buat oleh MARINA MAHATHIR ... memang sewajarnya begitu
BalasPadam