Visual anggota Balai Polis Bayan Baru, Pulau Pinang, menampar dua warga asing menjadi viral, 'bersuara' dan ditonton oleh ramai rakyat Malaysia.
Berikutan klip video disebarkan di facebook itu, anggota polis terbabit dilapor telah dipindahkan dan kini bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Balik Pulau.
Sungguh hebat kuasa media sosial.
Berikutan klip video disebarkan di facebook itu, anggota polis terbabit dilapor telah dipindahkan dan kini bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Balik Pulau.
Sungguh hebat kuasa media sosial.
Siapakah perakam klip video itu? Tidak penting tetapi ternyata dia telah melakukan tindakan di luar jangkaan anggota polis itu. Jika pembaca berada di lokasi sama, beranikah merekodkan visual memaparkan tindakan anggota pasukan berseragam itu? Sebilangan mungkin berani. Berani sekiranya kita bermaklumat. Mengetahui, pegawai dan anggota pihak berkuasa TIDAK diperuntukkan kuasa untuk mengkasari sesiapa sahaja sewaktu ditahan atau tatkala disiasat.
Di bawah klip video menarik, anggota polis trafik diprovoksi oleh pemandu kenderaan disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar.
Pemandu bertindak merakamkan video kejadian.
" ... apa SALAHAN saya?"
Nampak sangat pemandu itu tidak fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan. Visual dirakamkan bergoyang, berkemungkinan besar kerana pemandu itu berasa amat marah dan geram sehingga tangannya menggeletar.
Syabas saya ucapkan kepada anggota polis terbabit kerana berjaya mengawal emosi.
Cool.
smti
BalasPadam