Isnin, Disember 30, 2013

JIKA DILAMBUNG SEKALIPUN DIA TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN DIRI


Sebagai manusia, samada lelaki atau wanita, perasaan kita pasti tersentuh apabila mendengar berita kanak-kanak didera sehingga meninggal dunia.



Minggu lalu, jenazah Nurain Natasyah Abdullah, 4 diuruskan di masjid Jamek Ibu Khaldun pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Saya difahamkan Ahli Jawatan Kuasa Masjid terbabit dipengerusikan oleh Hj. Hamzah Abd. Wahab menawarkan khidmat percuma berikutan keluarga arwah dikatakan hidup susah.

Lazimnya, kos pengurusan jenazah sehingga dikebumikan, mencecah RM750.


Ibu mangsa, Zuraidah Jasman, 31 tahun, sebelum ini mendakwa, anak bongsunya itu didera oleh pengasuh pusat kebajikan di Kuantan, Pahang.


Mengikut laporan bedah siasat, Nurain maut pada 24 Disember lalu, akibat kecederaan di teruk di kepala.

Klik di sini.

Berikut rakaman kenyataan Zuraidah.


Gambar pegun pertama di atas, bapa tiri mangsa, membawa jenazah Nurain untuk dikebumikan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, lelaki bertugas sebagai jurukimpal terbabit ditahan polis petang semalam dan direman 7 hari. Dia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh. Ibu Nurain dilaporkan masih dalam tahanan polis.

Klik di sini.


Tidak tergapai dek akal waras, kanak-kanak mentah sebegitu sanggup didera secara kejam sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Jika disepak atau dilambung, dia pasti tidak mampu mempertahankan diri. 

Dia insan kecil.


Jemaah Masjid Ibnu Khaldun juga mengadakan majlis tahlil dipimpin oleh penasihat Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharduddin Zainal.


Sebagai ibu bapa, kekadang kita memukul anak tetapi biarlah berpada. Kita memukul untuk mengajar, bukan untuk mendera.


[ Klik di sini ]

9 ulasan:

  1. arwah adik nurain natasyah lebih kurang sebaya dengan anak saya
    saya menangis bila terbaca cerita arwah sebab teringat anak sendiri
    saya akui pernah tampar anak sendiri tapi dengan niat untuk mendidik
    nampak jelas kesan tamparan tu menandakan betapa kuatnya tamparan saya

    menyesal tak sudah sebab buat macam tu pada anak sendiri
    sekarang nak pukul pun fikir lebih dari sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la dgn saya.pernah gak libas anak dgn tali pinggang sampai berbirat belakang dia. umur baru 3tahun. masa mandikan dia tgk ada kesan libasan. ingatkan tak kuat. kesiannya kat anak saya.mungkin sbb saya lapar kot?

      Padam
  2. X pernah tampar sekalipun geram sgt..huhu...sbb sy tau mereka masih belum faham.sy cuma letak anak kt satu sudut sebagai denda..lepas tu ajar anak supaya minta maaf...apa2 pun cara tu mmg berkesan.

    BalasPadam
  3. sebenarnya pihak penjagaan yang salah ke atau mak bapa arwah yang salah?

    BalasPadam
  4. yang pasti kanak2 tu masuk syurga
    orang yang buat penderaan tu, kemanakah mereka??

    BalasPadam
  5. sedih tul baca citer ni. Baru-baru ni pernah gak libas anak dgn tali pinggang. Pergh!!! berbirat! Umur baru 3 tahun. Sampai la ni asyik teringat kesan libasan tali pinggang. Selalunya leh bersabar...ntah mcm mana hari tu boleh ringan je tangan pi melibas. Mungkin sbb saya lapar kot? Tp ntah la... sedihnya teringat balik kejadian tu.

    BalasPadam
  6. Saudara Mazidul bab-bab macam ini buat saya rasa hiba meskipun tiada kaitan dengan anak ini, namun hati nurani ini seorang insan bergelar ibu turut rasa di rundung lara, manusia yang sanggup melakukan perkara begini sehingga nyawa melayang patut menerima hukuman,,kenapa manusia semakin kejam dan zalim...saudara mazidul bantu keluarga ini mendapatkan keadilan...biar si pelaku harus sampai ke tali gantung.

    BalasPadam
  7. Dlm paper sebelum ni kalo xsilap, mak arwah gtau anta anknya ke pst jagaan d pahang.. Tp dia da bawa balik ke kl blan Ogos sbb ank2nya mengadu kna buli or something2 la... Pas baca brta tu sy mmg syak yg dera tu adalah bapak budak tu sndri... Xtau la plak lau pas ambik tu diorang anta balik ke pahang.... Apapun kesian kat bdak tu.... Alfatihah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.